Selamat Menyambut Hari Malaysia dan Berita Mengenai Sekolah Vernakular

16 09 2011

 

 

BERITA MENGENAI SEKOLAH VERNAKULAR DARI KL POS

SJKC Dan SJKT Tetap Dibantu – Muhyiddin

15 Sep 2011 5:17PM

MUAR, 15 Sept 2011- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak pandangan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan dan kementerian kurang memberi perhatian kepada pembangunan SJKC dan SJK.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), malah ia sentiasa diberikan bantuan sewajarnya.

Kerajaan telah membina 1,200 Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan 600 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil setakat ini. Pembangunan ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah pembinaan pusat aktiviti serbaguna Sekolah Tinggi Chung Hwa Muar.

Walaubagaimanapun Muhyiddin berkata, negara mempunyai dasar pendidikan kebangsaan di mana ia memberi keutamaan bagi membina sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan pemberian peruntukan RM1 juta kepada Sekolah Tinggi Chung Hwa Muar bagi pembinaan pusat aktiviti serbaguna yang keseluruhannya berharga RM10 juta.


Actions

Information

3 responses

16 09 2011
antusiri

RM1 juta untuk pusat akviti bernilai 10 juta?? Have we ever heard any Sekolah Kebangsaan punya pusat akviti or dewan bernilai so much which may receive a 10% sumbangan? Does a sekolah kebangsaan ever have that much pusat akviti/dewan?

But whatever it is, the point is, sekolah vernakular adalah sekolah haram di sisi undang-undang negara. Hanya Najib and his gomen yang pusing-pusing belit-belit untuk tabur duit kat sekolah-sekolah haram ni at the expense of the sorry state of many sekolah kebangsaan.

16 09 2011
tobeng

Nampaknya semua tindakan pemimpin2 politik Melayu kita semata2 untuk survival politik masing2 bukan untuk kepentingan nasional dan negara.Zaman tun dulu sekolah perkauman tak dibenarkan bertambah,setakat maintain sebagaimana yg sedia ada.Zaman najib (mungkin juga sejak paklah lg)sekolah2 perkauman dibenarkan dibina bagaikan cendawan tumbuh semata2 untuk memenangi hati cina,kononnya untuk meraih undi cina(yg tak mungkin).Malah diberi peruntukan semahu2nya yg sudah tentulah sedikit sebanyak menjejaskan peruntukan sekolah2 kebangsaan.

Ini terang2 memecah-belahkan rakyat mengikut komposisi kaum dalam skala besar2an dalam jangka sederhana dan panjang.Dalam tempoh masa 10 tahun ke atas nanti kita akan melihat kesan ‘dahsyat’ hasil kerjatangan pemimpin2 politik kita hari ini.Pemimpin2 ini mungkin tak kisah sebab 10-20 tahun lagi mereka mungkin sudah padam.Its not my problem anymore,agaknya itulah fikir manusia2 yg ‘tersangatlah tidak mementingkan diri’ ini.Syabas najib!Jasa anda nanti akan dikenang oleh rakyat Malaysia selama2nya..

13 10 2011
Dot

Saya turut kecewa dengan pendirian DS Najib berkenaan sekolah Cina.
Terlintas difikiran bahawa jika ayahnya tahu pendiriannya ini akan kecewa dan putus hati juga dia.

Benar, desakan mengejar undi. So’alnya melintas sempadan. Dia perlu bertindak didalam sempadan. Terutamanya sempadan yang telah dibayangkan diPerlembagaan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: