Sikap Perkauman Yang Mengatasi Keperluan Nasional

20 09 2011

Dari Laman DINTURTLE

 

 

Tun Mahathir Sokong Sekolah Cina ?

Dalam artikel TMI dimana Tun Mahathir mengulas isu masalah perkauman yang semakin teruk dengan menyalahkan extremis dari ketiga-tiga kaum utama sebagai puncanya, Tun meminta kesemua kaum menerima hakikat yang adalah mustahil bagi kerajaan untuk memuaskan hati semua pihak. KLIK.

Mungkin akan ada pemimpin lain yang menyambut kenyataan TDM ini dengan beri komen menyokong dan seperti biasa menyeru supaya semua pihak bersatu padu bla bla bla ……. so very the cliche la …. Maaflah kalau saya katakan, kenyataan UMUM sebegitu sudah tidak beri sebarang impak ketika ini. Tak percaya, cuba baca komen-komen pada artikel itu.

Kebanyakkannya yang pro Kesamarataan dan very the liberal minded Melayu melenting dan menuduh TDM lah yang paling rasis. Tidak ada seorang pun yang mahu terima kemungkinan mereka termasuk dalam golongan ekstremis yang disebut oleh TDM. Semua salahkan TDM, semua salahkan Umno, semua salahkan Melayu.

Zaman sekarang sebarang nasihat MESTI bersifat direct dengan memberikan contoh-contoh yang berkaitan, kemudian huraikan apa yang salah dan bagaimana yang sepatutnya. Kenyataan secara UMUM dah tak boleh pakai. Buang air liur je.

Ada satu ayat TDM yang saya mahu komen, TDM memberi contoh sekolah cina dimana kerajaan izinkan orang cina menggunakan bahasa ibunda mereka kerana kerajaan faham keperluan mereka.Tapi ada kes dimana bukan Melayu meminta Hak Melayu dihapuskan …. ini soal Saling Memahami. Kita tidak boleh tuntut semuanya untuk diri kita.

“For example, we allow the Chinese to use their own language in (vernacular) schools, we do that because we understand their needs.
“But then there are cases where non-Malays ask for Malay rights to be abolished… this is about understanding. We cannot claim everything for ourselves,” 

Sebelum puak-puak pro sekolah cina bersorak konon meraikan sokongan Tun Mahathir kepada kewujudan sekolah cina, suka saya ulas dengan lanjut kenyataan TDM itu.

TDM kata kebenaran bertutur dalam bahasa ibunda itu adalah atas dasar NEEDS / KEPERLUAN.  Isunya disini adalah – Keperluan apa ?

DULU mungkin kerajaan izinkan kerana tuntutan kaum bukan Melayu ini untuk memelihara warisan budaya termasuk bahasa ibunda mereka. Saya tidak ada masalah dengan tujuan murni itu.

KINI setelah berpuluh tahun sekolah cina wujud dan berkembang maju, ternyata NEEDS / KEPERLUAN untuk mempertahankan budaya ibunda itu telah mengatasi tanggungjawab yang lebih utama iaitu menjunjung status Bahasa Resmi Negara, Bahasa Kebangsaan kita yang wajib setiap rakyat Malaysia fasih. Telah TERBUKTI 1/3 daripada produk sekolah cina ini amat lemah penguasaan mereka dan 1/3 lagi langsung tidak memahami Bahasa Kebangsaan negara mereka !

Tidakkah ini menunjukkan bahawa needs/keperluan bangsa cina telah melangkaui / melebihi keperluan nasional. AND THEY TALK ABOUT BEING MALAYSIAN FIRST ! Poooorah …..

KINI terbukti juga kesan negatif bila sekolah cina terlampau mengagungkan bahasa ibunda mereka dan mengabaikan Bahasa Kebangsaan bila pengasingan kaum mengikut sekolah vernakular mewujudkan tembok perkauman yang begitu tebal dalam masyarakat berbilang kaum kita. Hidup berkelompok, begitu kurang integrasi menyebabkan kurangnya interaksi antara kaum dan hasilnya begitu sedikit kefahaman akan budaya kaum lain dan akan needs/keperluan kaum lain.

KINI terhasillah apa yang kita semua akui sebagai masalah perkauman yang semakin teruk. Langsung tidak ada inisiatif yang berkesan untuk menangani masalah ini pada akar umbinya. Apa yang kerajaan sering lakukan hanyalah program-program adhoc bersifat sementara yang lebih kepada publisiti stunt, konon melalui program-program itu kerajaan telah berjaya menyatukan rakyat pelbagai kaum. Kerajaan Najib pula begitu taksub dengan usaha menempel stiker 1Malaysia konon dengan hanya melaungkan 1Malaysia dan menunjukkan jari telunjuk ke udara, rakyat pelbagai kaum telah bersatu !

Semuanya HIPOKRIT ! Hakikatnya perpaduan antara kaum semakin meruncing. Kefahaman, toleransi, acceptance dan segala ungkapan yang sedap bunyinya itu AKAN HANYA WUJUD SECARA NATURAL BILAMANA RAKYAT PELBAGAI KAUM HIDUP MEMBESAR BERSAMA BERSANDARKAN SATU BAHASA BERSAMA IAITU BAHASA KEBANGSAAN MALAYSIA.

DULU mungkin pemimpin kita tidak nampak akan kesan negatif sekolah vernakular keatas masyarakat majmuk seperti kita. Pemimpin DULU bersangka baik bahawa kaum bukan Melayu sedar akan tanggungjawab mereka sebagai rakyat untuk fasih dalam Bahasa Kebangsaan disamping mengekalkan bahasa ibunda masing-masing. Mereka juga beranggapan murid-murid tetap berinteraksi antara kaum walaupun wujud sekolah vernakular.

Malangnya perkara sebaliknya berlaku bilamana Bahasa Kebangsaan dipinggirkan dan bahasa ibunda pula yang diutamakan dan interaksi antara kaum hampir tidak berlaku.

KINI dengan segala hasil nya yang telah terbukti jelas terpampang didepan mata, keputusan ditangan kerajaan sekarang samada mahu meneruskan jalan kehancuran negara atau membetulkan keadaan supaya perpecahan seterusnya dapat disekat dan perpaduan antara kaum generasi akan datang dapat dipupuk mulai sekarang. Bukan melalui program-program umpama melepas batuk ditangga atau slogan-slogan tapi satu tindakan yang berani dan drastik merubah cara hidup anak-anak Malaysia.

Biarlah saya digelar INGRATE atau tidak pandai berterimakasih kepada pemimpin lama kerana cuba merubah cara lama dari saya digelar STUPID kerana tetap juga meneruskan cara lama yang terbukti menghancurkan.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: