Bahasa Sebagai Alat Untuk Berhelah

22 09 2011

Bila DAP berhelah dengan PAS dan Najib Tun Razak

Friday, August 19, 2011

Berikut adalah petikan dari laman HELEN ANG – Reboot Your Thinking.:-
DAP bercakap seperkara dalam bahasa Cina manakala menyatakan yang lain pula dalam bahasa Melayu dan Inggeris demi menjaga hati orang bukan Cina yang mendengar,” kata Tan Cheng Liang, timbalan setiausaha agung Wanita MCA merangkap ketua Wanita MCA Pulau Pinang.Misalannya, DAP akan memuji kegemilangan tamadun Islam dalam bahasa Melayu, menyebut fasal kemuafakatan dalam bahasa Inggeris tetapi membelasah dalam bahasa Cina.

Di sini suka saya membawa perhatian tentang apa yang dikatakan di atas:-PERTAMA : Kepada penyokong-penyokong parti PAS  

Belum jelas lagikah kepada anda permainan wayang cina cauvinis DAP sehinggakan pemimpin-pemimpin PAS menjadi begitu buta, pekak dan tuli apabila mereka menyamakan taraf Lim Guan Eng dengan Khalifah Umar? Belum jelas lagikah kepada anda bahawa PAS kini bukan lagi membela agama daripada asakan DAP tetapi sebaliknya PAS membela DAP apabila agama dipolitikkan dengan begitu teruk sekali? Kerana apa? Kerana “the enemy of my enemy is my friend“?

(Terlalu mudah terpedaya dengan hanya cara berpakaian? Siapa mereka di kacamata anda?)

KEDUA : Kepada DS Najib Tun Razak

Bagaimana kita hendak “bertolak-ansur (tolerance)” dan seterusnya mengamalkan “penerimaan (acceptance)” sekiranya pada awal-awal lagi faham bahasa pun tidak? Bukankah contoh di atas lebih menyemarakkan lagi perasaan curiga dan saling tidak mempercayai? Bolehkah perpaduan dicapai sekiranya perasaan saling tidak mempercayai ini semakin menebal?

SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA“, sudah-sudahlah Dato Seri dengan kemaruk pelbagai bahasa di negara ini, terutamanya Mandarin, sedangkan Bahasa Kebangsaan makin pudar kedudukannya. Sudah-sudahlah dengan ketegaran membela sistem pendidikan vernakular. Kuatkuasakanlah Akta Bahasa Kebangsaan, laksanakanlah segala peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini negara Malaysia bukan?

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: