Lupa Tentang Sejarah Pembentukan Negara

23 09 2011

KENYATAAN CHUA TIDAK MEWAKILI ASPIRASI 1MSIA,BUKAN UNTUK MAJU,SEBALIKNYA MUNDUR KEBELAKANG.

Tulisan oleh Perkasa Aug 10, 2011

1)-Unified Examination Certificate (UEC) untuk menjadi sandaran kepada kemasukan ke universiti-universiti tempatan dengan mengesampingkan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan semangat sistem pendidikan negara adalah satu pandangan, sikap dan tindakan yang menunjukkan Chua Soi Lek lupa tentang sejarah pembentukan negara, tidak ada setiakawan tulen ibarat ‘telunjuk lurus kelingking berkait’ dalam ikatan komponen BN,

2)-Cadangan tersebut juga jelas membelakangkan semangat Kontrak Sosial yang menjadi pemangkin kepada segala Dasar Pembangunan Negara, rapuhnya kesetiaan terhadap negara dan realiti wujudnya parti-parti politik teras Barisan Nasional. Ia turut akan menggagalkan hasrat kerajaan untuk merealisasikan segala gagasan dan wawasan 1 Malaysia.

3)-Dalam suasana dan keadaan yang agak kritikal bagi parti-parti politik meraih sokongan rakyat, Chua cuba menimbulkan ‘pergolakan isu’ untuk menjadi jaguh kaum Cina setelah kepemimpinannya kelihatan tidak mampu mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada kredibiliti MCA.
Akibat ketandusan wibawa, Chua sedaya upaya cuba mencari modal baru untuk dapat menampilkan kembali beliau sebagai pemimpin popular kaum Cina dan menginginkan supaya masyarakat Cina dapat menganggap beliau sebagai seorang pemimpin ‘de facto’ kaum Cina.

4)-Chua dan para pemimpin MCA tahu dan sedar bahawa silibus UEC adalah sama sekali berbeza dengan Dasar Pelajaran Negara dan tidak mengikut arus perdana pendidikan yang menjurus kepada pembentukan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dalam semangat setiakawan yang tinggi berdasarkan kepada realiti sejarah bangsa Malaysia.

5)-PERKASA melihat usaha ini adalah satu langkah mundur kebelakang untuk seterusnya ‘memberi’ apa yang tinggal kepada bangsa Melayu sebagai bangsa teras di negara ini. Sikap akamodatif di dalam tuntutan-tuntutan yang bukan-bukan dan melampau sifatnya ini akan terus meminggirkan bangsa Melayu sebagai bangsa definitif. Ia adalah penjualan maruah Melayu pada harga di bawah paras pasaran.

6)-Rata-ratanya kaum Cina sudah selesa mendapat apa yang selama ini mereka tuntut. Sebuah universiti dan ratusan kolej yang menerasi aspirasi mereka sudah bersepah dan tumbuh macam cendawan tumbuh selepas hujan. Mereka mempunyai ‘bargaining power’ yang tinggi untuk menjadikan segala impian mereka suatu kenyataan. Namun, tuntutan terbaru ini menunjukkan bahawa mereka tidak pernah merasa puas dengan apa yang sudah diperolehi dan tidak akan berhenti untuk terus mendesak dan meminta kepada pihak kerajaan walaupun ia bukan hak mereka.

7)-PERKASA meminta kerajaan supaya tidak membuka ruang untuk tunduk kepada sebarang tuntutan yang tidak berpijak di bumi dan menjunjung langit. Kerajaan tidak perlu melayan karenah dan surut kepada ‘kompromi maruah bangsa’ dan ia merupakan sandiwara politik Chua yang mahu kembali diterima oleh kaum Cina.Sekadar bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa Tekikal untuk mengkaji cadangan tersebut seperti yangbtelah dipersetujui oleh YB Menteri Pengajian Tinggi dan YAB Menteri Pelajaran bukanlah bermakna kerajaan sudah bersetuju dengan cadangan
Tersebut.

8)-PERKASA meminta agar kerajaan mengetatkan lagi segala syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam supaya benar-benar menepati hasrat dan semangat pembentukan masyarakat Malaysia yang menghayati sepenuhnya sejarah dan Roh yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.

9)- PERKASA juga meminta pihak kerajaan melipatgandakan pemantauan terhadap seluruh institusi pengajian swasta yang sedia ada supaya ia mencerminkan kualiti dan aspirasi 1 Malaysia dan sejajar dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan sistem pendidikan negara yang berteraskan kepada Penyata Rahman Talib dan Penyata Razak yang telah sekian lama digunapakai dan telah menatijahkan hasil yang begitu Memberangsangkan Kearah Pembentukan Masyarakat Malaysia yang dinamik dan bersatu padu.

Bagi Chua dan konconya, cukuplah!

Ruslan Haji Kasim
Ketua Penerangan
Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara ( PERKASA )
Email : hjruslan59@gmail.com


Actions

Information

One response

25 09 2011
msleepyhead

Nah, ambiklah penampaq besaq daripada 1MPM6 DSNTAR!

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsindex.php?id=615615

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: