Dalang di sebalik sekolah vernakular di Malaysia

6 10 2011

04/10/2011

Sekolah Vernakular: Adakah DS Najib Musang Sebenarnya.

 Oleh: HHalem.

1- DS Najib mengakui sendiri bahawa beliau lah yang berusaha mempertahankan akta berkaitan sekolah vernakular sewaktu menyandang jawatan Menteri Pendidikan, bagi memastikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang diamalkan terus sesuai dilaksanakan. Ia bukan lah hasil usaha Anwar.

Sementara Anwar yang pernah memegang jawatan Menteri Pendidikan gagal berbuat demikian.

“Pada masa itu, sebelum saya, ada seorang Menteri Pendidikan (Anwar),  yang tidak mahu melakukannya (pindaan akta), tiada keberanian untuk melakukannya. Seorang ‘sesumpah politik’ yang mempunyai warna berlainan ketika itu. Hari ini warnanya lain dan seterusnya kerap bertukar warna” 
Perasmian Perhimpunan Agung MCA Ke-58
di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur,
2- Dengan pengakuan benar dari mulut DS Najib sendiri, sekarang baru lah kita tahu bahawa siapakah yang sebenarnya menjadi dalang disebalik sekolah vernakular di Malaysia.

Bagus lah, DS Najib tidak pernah bertukar wajah seperti sesumpah Anwar. Oleh itu dapat lah kita ketahui siapa kah dalang didalam hal sekolah vernakular yang mendapat kritikan rakyat yang kuat menyokong Umno.

3- Satu lagi bukti yang DS Najib, bukan lah sesumpah seperti Anwar, dan beliau amat konsisten apabila sebelum ini pada 16 January 2011 beliau pernah menyebut perkara yang sama di Kucing.

DS Najib dengan bangganya pernah memberi jaminan kerajaan akan terus mempertahankan sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

“Jika kita lihat negara-negara jiran tetangga, tidak ada lagi sekolah jenis ini walaupun dulu ia pernah wujud di sebuah negara di selatan tetapi telah ditutup oleh kerajaan mereka”

“Berbeza di Malaysia, kerajaan bukan sahaja masih mempertahankan kewujudan sekolah-sekolah jenis ini, malah mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara secara rasmi melalui penggubalan Akta Pendidikan 1997,”  

4- Jadi kepada penyokong-penyokong penghapusan sekolah vernakular, amat jelas siapa musang berbula ayam yang sebenarnya terhadap orang-orang Melayu didalam isu ini.

5- Pendirian penulis amat jelas didalam hal Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Tamil, iaitu ia mesti dihapuskan segera kerana ia merupakan Agen Pemecah Belah Perpaduan Negara.

Disebabkan sekolah ini lah ramai anak Malaysia yang menganggap negara Tanah Melayu ini hak kepunyaan datuk nenek mereka yang datang dari Tongsan dan India. Tanahair datuk-nenek tersebut mesti senantiasa diingati.

Ini belum lagi diambilkira penyatuan rakyat Malaysia didalam segi bahasa pertuturan harian yang mana kesemuanya dibentuk diperingkat sekolah lagi.

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: