Salahsatu sebab mengapa ramai yang menganggap “1-Malaysia” DS Najib adalah “crap”

10 10 2011

HAN CHIANG COLLEGE GOLDEN ACHIEVEMENT AWARDS

KOLEJ HAN CHIANG, DAP BIADAP – MALUKAN MENTERI

KHAMIS lalu, 29 Sept 2011, Datuk Seri Utama Dr Rais
 Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah hadir bagi merasmikan Majlis Golden Achievement Awards Kolej Han Chiang bertempat di Stadium Tertutup kolej berkenaan di George Town. Majlis itu bermula jam 8 malam dan berakhir hampir jam 11 malam. Dianggarkan 1,000 hingga 1,500 orang hadir termasuklah Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin pembangkang seperti Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan Ng Wei Aik (ADUN Komtar).
Kehadiran beliau pada majlis itu adalah sebagai wakil kepada YAB Perdana Menteri. Ini bermakna beliau merupakan tetamu kehormat di majlis itu dan

DS Utama Dr Rais - Tetamu yang dimalukan

sepatutnya dilayan dengan penuh penghormatan sejajar bukan sahaja atas kedudukannya selaku seorang Menteri Kanan Kabinet dalam pentadbiran kerajaan pusat tetapi juga kapisitinya selaku wakil kepada Perdana Menteri sekaligus mewakili kerajaan pusat.

Apa yang berlaku adalah sebalik. Dalam aturcara yang
disusun, selain menampilkan Tan Sri Tan Kok Peng selaku 
Pengerusi Lembaga Kolej berkenaan untuk menyampaikan ucapan alu-aluannya, turut disenaraikan menyampaikan ucapan ialah Lim Guan Eng atas kapisiti selaku Ketua Menteri manakala DS Utama Dr Rais Yatim pula sebagai mewakili Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat. Sesi ucapan dimulakan dengan Tan Sri Tan Kok Peng dan ikuti selepas itu ucapan Lim Guan Eng dan terakhirnya ialah ucaputama oleh DS Utama Dr Rais Yatim selaku wakil Perdana Menteri dan kerajaan pusat. Apa yang menarik semasa pengumuman ucapan oleh Lim Guan Eng, pihak
penganjur telah menayangkan  slide multimedia
 (multimedia presentation) khas untuk memperkenalkan Lim 
Guan Eng serta latarbelakangnya. Di antara perkara-perkara
yang ditayangkan ialah slide kedudukan Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP,
kedudukanya selaku Ahli Parlimen DAP Kawasan Bagan dan ADUN Ayer Puteh di samping beberapa slide ketika Guan Eng
 berucap di khalayak ramai yang dihadiri oleh ribuan 
penyokong semasa kempen pilihanraya umum 2008. Bagi setiap slide yang ditayangkan ianya mendapat tepukan, sorakan yang bingit serta jeritan gemuruh daripada para hadirin termasuk para pelajar yang hadir bagi menunjukkan kepada tetamu kehormat, DS Utama Dr Rais Yatim yang hadir dan juga kerajaan pusat betapa sokongan kaum Cina Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng khususnya DAP.

Guan Eng biadap - Malukan tetamu di khalayak ramai semata-mata cari pengaruh politik

Dalam p ada itu, ketika Lim Guan Eng berucap pula senarionya juga 
sama. Semasa manyampaikan ucapannya, Lim Guan Eng telah menselang-selikan dalam Bahasa Inggeris, Mand arin dan sedikit Bahasa Melayu. Ketika ucapannya dalam Bahasa Inggeris dan sedikit Bahasa Melayu, sambutan serta respon adalah sederhana sahaja. Bagaimanapun ucapannya dalam Mandarin mendapat sambutan serta respon yang amat baik sekali dengan tepukan gemuruh serta sorakan dan pekikan membingitkan daripada para hadirin termasuk kalangan pelajar. Walaupun intipati ucapannya tidak diketahui, apa yang nyata ucapan
tersebut sudah tentunya menyentuh isu-isu menarik perhatian hadirin atau isu yang menyentuh kepentingan kaum mereka.
Apabila DS Utama Dr Rais Yatim dijemput berucap pula,
respon serta sambutan para hadirin hanya biasa-biasa
 sahaja. Tepukan tangan pun tidak bermaya dan ada di antara yang hadir tidak ambil peduli pun. Lebih menarik lagi, ketika DS Utama Dr Rais Yatim berucap, suasana dalam
stadium tertutup itu  mula bertukar menjadi suasana sepertimana di pasar-pasar awam. Diperhatikan sebilangan besar hadirin yang 99.9% terdiri daripada kaum Cina bercakap-cakap sesama mereka dan tidak ambil peduli langsung apa amanat yang dibawanya atau pesanan Perdana Menteri kepada kaum Cina di Pulau Pinang khususnya golongan pelajar CIna. Sebagai seorang veteran politik, DS Utama Dr Rais Yatim menyedari akan senario itu di mana di akhir ucapannya cuba memikat hati para hadirin dengan menggunakan
beberapa ungkapan dalam Mandarin dan juga Hokkien (kalau tak silap). Walaupun ungkapan-ungkapan yang digunakan mendapat respon hadirin dengan tepukan, tetapi ianya hambar malahan tidak sedikit pun menyentuh hati dan perasaan.
Tan Kok Peng –
Bersubahat malukan tetamu

Signifikan di sebalik usaha pihak penganjur khususnya Kolej 
Han Chiang dan Tan Kok Peng selaku teraju utama 
kolej itu menayangkan “multimedia presentation”
mengagung-agungkan Lim Guan Eng di hadapan tetamu kehormat undangan mereka, sambutan serta respon membingitkan ke atas ucapan Guan Eng dalam Mandarin yang diyakini menyentuh isu-isu yang ada hubungkait dengan kepentingan kaum Cina, jelas merupakan satu perbuatan atau tindakan untuk memalukan Menteri berkenaan dan juga kerajaan pusat. Sememang itulah yang amat dirasai oleh beberapa kerat orang Melayu yang turut hadir di majlis itu terutamanya kalangan pegawai-pegawai kanan kementerian yang mengiringi menteri tersebut serta beberapa pegawai kanan kerajaan persekutuan yang lainnya.

Kesian apabila melihat seorang Menteri Kanan
Pusat diperlakukan serta dimalukan sedemikian rupa. Apa
yang diketahui, pada sebelah siangnya sebelum majlis itu 
berlangsung ada pihak tertentu telah menasihatinya agar 
tidak hadir di majlis berkenaan. Bagaimanapun beliau berkeras untuk 
hadir kerana telah diamanahkan untuk berbuat demikian bagi mewakili Perdana Menteri.

 Boleh dikatakan rata-rata reaksi dari kalangan
pegawai-pegawai kanan persekutuan terbabit melahirkan rasa kesal mereka di mana majlis yang sepatutnya menjadi medan untuk mengiktiraf pencapaian golongan pelajar telah dijadikan flatform untuk memalukan seorang menteri dan kerajaan pusat. Mereka juga sependapat bahawa sepatutnya DS Utama Dr Rais Yatim tidak perlu memenuhi undangan tersebut. Ada juga yang merungut berhubung dengan bantuan kerajaan sebanyak RM15 juta kepada sekolah-sekolah Cina di Pulau Pinang di mana ianya tidak sepatutnya diberikan. Menurut mereka lagi, tanpa bantuan kerajaan pusat pun sekolah-sekolah Cina boleh bergerak dengan sendirinya kerana sekolah-sekolah Cina berkenaan mampu memperolehi dana bantuan daripada pelbagai pihak dan pertubuhan kaum Cina sendiri. Adalah lebih baik bantuan seumpama itu disalurkan kepada sekolah-sekolah agama rakyat seperti Sekolah Al-Mansor. Ini adalah kerana kaum itu tidak akan berterima kasih apatah lagi menghargai apa jua sumbangan serta bantuan yang diberikan oleh kerajaan pusat. Lebih dari itu sumbangan atau bantuan yang diberi dipandang serong dan dilihat sebagai mempunyai muslihat serta “gula-gula” politik kerajaan untuk menarik sokongan atau menjerat kaum Cina agar menyokong kerajaan pusat menjelang pilihanraya umum akan datang.
Kolej Han Chiang Pulau Pinang
Satu pengajaran yang harus diambil dalam insiden memalukan menteri itu. Pertama ialah sikap biadap DAP dan sebilangan kaum Cina yang turut diterapkan di kalangan pelajar-pelajar agar menolak apa jua dasar serta sistem pentadbiran kerajaan pusat. Manifestasinya jelas, orang Cina tetap orang
 Cina. Kalau dulu matlamat mereka menguasai ekonomi dan
telah pun berhasil, kini matlamat mereka adalah merebut
kuasa politik di tangan Melayu. Mereka mahu jadikan
Malaysia seperti Singapura. Mereka mahu tukarkan Malaysia 
jadi negara republik. Kalau tidak, masakan Guan Eng
 berulang-alik ke Singapura untuk mendapatkan nasihat 
daripada Lee Kuan Yew. Kalau tidak, masakan Guan Eng bawa Lee Kuan Yew berkunjung ke Pulau Pinang bagi mentaklimatkan Menteri Mentor Singapura itu berhubung dengan pelan perancangan DAP untuk “mengSinpurakan” Pulau Pinang. Kalau tidak, masakan boleh sekumpulan paderi Kristian menjalankan upacara ikrar dan sumpah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian di samping berusaha untuk memastikan agar pada pilihanraya akan datang Perdana Menteri Malaysia hendaklah dari kalangan Kristian. Siapakah yang bakal menjadi Perdana Kristian Malaysia yang pertama itu kalau tidak Guan Eng? Bukankah Guan Eng seorang penganut Kristian Anglican?
(Maka Anwar Ibrahim pula tak perlulah lagi nak pasang
angan-angan tinggi nak jadi Perdana Menteri. Lupakanlah dan beri
perhatian kepada kes yang sedang dihadapi atau terus
bertaubat duduk di Masjid Tok Kun). Apa akan jadi kepada
Melayu Pulau Pinang sekiranya agenda DAP ini berhasil? Ke
mana lagi akan lari atau berhijrahnya Melayu Pulau Pinang
yang dilihat semakin pupus di kawasan pulau? Laksamana
Hang Tuah pernah berkata, “Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia”. Bagaimana pula dengan senario di Pulau Pinang, “ke manakah kan hilangnya Melayu Pulau Pinang?”

Lebih menarik lagi, apa yang berlaku semasa majlis Golden
 Achievement Awards Kolej Han Chiang itu juga sedikit
sebanyak memperlihatkan kalangan pelajar turut dan telah pun 
diindoktronasikan dengan ideologi DAP agar membenci
 kerajaan pusat. Peranan ini sebenarnya tidak lain dan tidak 
bukan diusahakan oleh Tan Kok Peng yang sememangnya
mempunyai hubungan istimewa dengan Guan Eng. Tidak 
keterlaluan jika dikatakan, berdasarkan doktrin sentimen 
keCinaan yang menebal disemai berterusan di kalangan
pelajar kolej berkenaan, produk yang akan dihasilkan adalah generasi muda Cina yang anti kerajaan pusat.

P/S – Untuk Datuk Seri Najib Tun Abd Razak : Ada ketikanya pertimbangan
politik itu perlu. Ada ketikanya pertimbangan juga perlu
 ambilkira “silent majority” kerana sekiranya “silent
majority” ambil sikap tidak peduli, akibatnya amat buruk..


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: