Di antara sebab mengapa “Perpaduan Dalam Kepelbagaian” 1-Malaysia DS Najib sukar difahami

11 10 2011

 

Siapa sokong Najib? Angkat jari hantu…

1. Akhir-akhir ni macam dah malas nak menulis walaupun bermacam idea menerjah kepala. Hilang mood sebab Najib asyik terkentut di tahiyat akhir. Tiba-tiba rasa letih nak pertahankan kerajaan Najib. Nasib baiklah blog Paneh Miang ini ada ramai penulis, kalau tak sah-sah la sunyi sepi berminggu-minggu. Kagum juga bila tengok ramai rakan-rakan blogger macam tak terkesan dengan kelaku Najib akhir-akhir ni. Tampak seperti rakan-rakan blogger begitu bersemangat hingga mampu update blog 4-5 artikel sehari. Sama ada mereka dibayar untuk menulis, ataupun terlalu banyak masa sebab takde kerja lain nak buat. Hehehe.

2. Najib bernasib baik hari ini kerana dia masih ada penyokong orthodox, yang masih memikirkan ada agenda Alif, Ba, Ta, yang lebih besar perlu dipertahankan selain mempertahankan Najib. Najib juga bernasib baik kerana masih wujud golongan penyokong ‘klasik nasional’ yang masih rasa terhutang budi kepada ayahandanya Tun Abdul Razak. Seperti sahabat kami bernama Faizal (memang nama sebenar) yang sering bermatian mempertahankan apa sahaja tindakan Najib, termasuk Agenda 1Malaysia-nya, walaupun slogan itu jelas dimanipulasi kaum chauvinist sehingga merugikan Melayu. Sama ada kami yang tak mahu faham, ataupun dia yang sebenarnya naif. Walaubagaimanapun, seseorang pemimpin memang seharusnya ada pengikut setia, dan juga harus ada pengikut waspada.

3. Sebagaimana kata Che Det dalam pertemuan sebelum ini, “Najib selalu keliru bila masa perlu bercakap, bila masanya perlu diam, dan akhirnya mengguris hati Melayu.”

4. Baru-baru ini Najib kata Layanan kerajaan serupa kepada semua sekolah. Tak kiralah Sekolah Kebangsaan ke…sekolah haram vernakular (sjkc/sjkt) ke, mahupun sekolah swasta, semuanya bakal dapat peruntukan serta layanan sama tanpa diskriminasi daripada kerajaan. Sama rata, sama rasa, kan Najib? Ada dalam Bajet 2012 nanti tak?

5. Tapi yang paling untung mestilah sekolah haram vernakular dan sekolah swasta sebab mereka dapat 2 peruntukan – satu daripada kerajaan dan satu lagi daripada dermawan kaum masing-masing. Dana PIBG setiap sekolah vernakular rata-rata berjumlah lebih RM1 juta setiap tahun kewangan berakhir. Itu belum masuk dana NGO Cina seperti Dong Zong, Jiao Zong, Dong Jiao Zong etc. Sekolah Kebangsaan sajalah yang sadis kerana terpaksa bergantung hanya daripada peruntukan kerajaan semata-mata. Sekolah haram ada banyak sumber income…Sekolah Kebangsaan hanya satu sumber income. Sekolah haram prasarana terkini, Sekolah Kebangsaan ketinggalan keretapi.

6. Sebelum ini juga Najib pernah umum pengecualian cukai kepada sesiapa yang menderma untuk Dana Kebajikan Pendidikan ‘Community Chest’ yang diwujudkan oleh korporat Cina bagi bantuan pendidikan sekolah vernakular, termasuk menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang. Tapi ikut logiknya, jika penderma tersebut dikecualikan cukai, maka sudah tentu pendapatan negara akan berkurangan. Jadi kaum mana sebenarnya yang untung? Penyudahnya, beribu Sekolah Kebangsaan juga yang rugi.

7. Ingat lagi siapa yang rela hati gubal Akta Pendidikan 1996 hingga menyebabkan dana kerajaan terpaksa diperuntukkan bagi membiayai sekolah haram vernakular? Siapa Menteri Pendidikan ketika itu? BN & UMNO sangat kuat pada 1996, dan tiada kaum bukan Melayu yang desak kerajaan untuk gubal akta tersebut. Tapi dengan manja relanya Menteri Pendidikan 1996 telah menggubal Akta Pendidikan untuk halalkan bantuan kerajaan kepada sekolah haram vernakular. Bukankah itu dasar pemimpin yang menyalahi perlembagaan oleh dua orang sepupu yang kurang cerdik? Bayangkan walau tanpa tekanan ketika itu pun Brader 1M dengan mudahnya serah tengkuk pada Cina, apatah lagi jika dia ditekan pada masa ini?

8. Alang-alang kita dah ada sekolah vernakular Cina/Tamil, apa kata kaum pribumi Sabah & Sarawak pula minta kerajaan tubuhkan sekolah jenis bahasa suku kaum mereka sendiri. MANA ADIL hanya sekolah Cina dan India saja diiktiraf. Tamadun suku kaum Sabah & Sarawak lebih layak diiktiraf kerana mereka adalah Pribumi yang punyai berpuluh bahasa sebagai khazanah warisan bangsa. Amacam orang Borneo? Setuju tak desak kerajaan tubuhkan pula sekolah bahasa pribumi Sabah & Sarawak?

9. Ataupun kita tutup saja semua Sekolah Kebangsaan dan kita pakat-pakat bahagikan semua sekolah kepada Sekolah Jenis Melayu, Sekolah Jenis Pribumi, Sekolah Jenis Cina, Sekolah Jenis Tamil, Sekolah Jenis Mubaligh etc. Rakyat pasti seronok sebab masing-masing ada sekolah berasaskan kaum sendiri.

10. Lepas tu kita pinda pula Perlembagaan Persekutuan untuk jadikan Bahasa Melayu, Bahasa Pribumi, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil sebagai bahasa Kebangsaan Bersama. Maka Bumiputera pun tak perlu nak sakit hati, Cina dan India pun tentu lebih gembira menyokong Najib.

11. Jika perkara 8, 9 & 10 dilaksanakan, sudah pasti PERPADUAN dikalangan rakyat Malaysia yang disemai sejak di bangku sekolah akan lebih terjamin sampai bila-bila.

12. Mari kita realitikan “Sistem Pelbagai Sekolah Untuk Semua” bagi menjamin keharmonian dan keamanan Malaysia berkekalan sentiasa.

13. What say you? Kalau setuju angkat jari hantu..


Actions

Information

4 responses

11 10 2011
arjuna waspada

Warith izin kan saya
Sabonar ai,

Najib sudah hijack strateji Lim Guan Eng yaani, kapada audience Cina cakap satu Malaysia,kapada Audience Melayu cakap satu Malaysia juga, tapi kandungan nya untuk cina kasi duit seseungoh liberal dan cakap sekolah cina bolih terus jadi sekolah cina dan dapat duit.
kapada sekolah melayu, kasi duit kat guru Besar dan mansuh yuran sekolah..
Dengan ini berserta semangat dapat lesen besar crap 1M liberal human rights sivil liberties inclusive engage populist kelainan unconventional plural liberal(sekali lagi),saya sokong hak asasi kita fcuk fcuk fcuk fcuk nameweeb*b*weec*b*i serta penaung nya Bapak Vernakular merangkap presiden ULCNO aka Liberal demokrat dan juga pemimpin 3.4 juta ahli umno yang tidak sedar yang mereka di ahli berketukan mca yang akan di reverse takeover dap.
credit pada mentor mentor mentor saya.
arjuna waspada
changkat lobak.

** Komen telah disunting Admin

13 10 2011
Dot

Saya sedar bahawa DS Najib telah amat condong kapada kepentingan kaum lain untuk mendapat undi. Sehinggakan kepentingan Melayu seperti DEB cuba disenyapkan dalam MBE, peraturan saham Melayu/ Bumiputera bagi syarikat syarikat berkenaan dihapuskan.

Saya berharap mana yang marahkan Najib akan bezakan dia dengan UMNO. Salahnya dia tidak semestinya salah UMNO. Saya khuatirkan jika pari Pembangkang sampai kePutrajaya akan lebih kecoh keadaan, menjejaskan ketenteraman dan keamanan di negara ini.

Saya berharap dapat berhujah lebih bila ada kesempatan.

5 10 2012
Dot2

I dont think you did your research well.

6 10 2012
Dot 3

And you make a half line comment – you research well?

And commenting on a comment made 1 year ago?

Jeeeez.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: