Bahasa Kebangsaan – Sanjungan kepada Kerajaan

15 10 2011

Friday, October 14, 2011

NAJIB DILEMPANG MUHYIDDIN

Ini barulah JANTAN sejati…

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar — langkah yang pernah digunakan kira-kira tiga dekad lalu — bagi memantapkan peranan Bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu. Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu.

“Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, pekeliling perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Muhyiddin mengumumkan perkara itu pada majlis sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dekat Durian Tunggal semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan penting memperkasakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan syarikat.

“GLC sewajarnya mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang berkaitan perbankan, kewangan, perdagangan, perniagaan, pembuatan dan lain-lain perkhidmatan,” katanya. Katanya, Malaysia wajar mencontohi sikap beberapa negara maju dan sedang berkembang maju yang tidak meminggirkan bahasa kebangsaan masing-masing, meskipun masih mementingkan penguasaan bahasa Inggeris.

Malah, katanya, daripada lapan ekonomi gergasi dunia iaitu negara G7, dan China, hanya tiga negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada yang rakyatnya berbahasa Inggeris. Rakyat Kanada juga sebahagiannya berbahasa Perancis manakala di United Kingdom sebahagian rakyatnya berbahasa Welsh, Scottish dan Irish.

“Di Brazil, Russia, India dan China (BRIC) iaitu negara yang berada pada tahap kemajuan ekonomi paling rancak, hanya India tidak mengekalkan bahasa sendiri. Kebanyakan negara Nordik yang maju, juga mengekalkan bahasa masing-masing.

“Daripada empat negara Ekonomi Perindustrian Baru Asia Timur, hanya Singapura tidak mengekalkan bahasa ibunda. Jika kita teliti perkembangan negara-negara berkenaan, kita dapati bahasa Inggeris adalah bahasa penting tetapi bukanlah satu-satunya bahasa yang menjamin kemajuan.

“China tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikannya semata-mata kerana mahu meraih laba globalisasi. Mereka menyanjungi bahasa kebangsaan mereka dan menghormati bahasa kebangsaan negara lain,” katanya.

ULASAN:

Memang Muhyiddin dah kasi pelempang Jepun kepada Najib. Lepas ni apek yang tak faham isi borang dalam BAHASA MELAYU kena pergi kursus bahasa. NAJIB boleh sponsor. Dalam hari yang sama si Najib ni pergi merasmikan majlis pecah tanah di Melaka untuk Han higher Education. Yang duduk di depan Najib itu semuanya RAKYAT MALAYSIA dan hanya beberapa kerat sahaja rakyat negara lain.

Tapi Najib yg tak pernah reti bahasa ni dengan bangganya berucap di dalam BAHASA INGGERIS dan wallah, juruacara pula menggunakan MANDARIN. Sedangkan Backdrop menggunakan BAHASA MELAYU + Tulisan Cina. Barua betul. Rakyat Malaysia yg tidak mengenang budi mencari rezeki di Tanah Melayu tidak tahu berbahasa Melayu malah memperlekehkannya seperti Najib yang JARANG SANGAT berbahasa Melayu.

Sedangkan warga China sendiri mendapat TOKOH BAHASA MELAYU kerana berjuang berpuluh tahun untuk Bahasa Melayu diajar di 7 buah Universiti di China. Ehemmm NAJIB, ada tak FAKULTI Bahasa Melayu di UTAR, New Era College dan lain-lain Institusi milik kaum Han ini?


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: