Bacul Dayuskah Bangsaku?
Monday, October 10, 2011
Baculkah bangsaku sehingga ambil enteng keliru Bahasa Melayu?
Dayus sangatkah bangsaku sehingga Bahasa Melayu dipinggir kali yang kontang?
Kini Polis Di Raja Malaysia yang rakyatnya 93.6% rakyat Raja sudah hilang wibawa, dek tunduk kepada Bahasa Mandarin untuk urusan dalam Negara Bangsanya sendiri!
Kini Perdana Menteri Malaysia, nang tika, berkunjung ke Pulau Mutiara sudah hilang taring perkasa Almarhum Bapanya, dek tunduk kepada Bahasa Inggeris dalam Ucapan Rasmi di sana, tempohari?
Kini urusan Mesyuarat di Kementerian Pelancongan yang dikepalai oleh Dr. Ng Yen Yen sudah mendominasi Bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi permesyuaratan Kementerian dan pentadbiran. Apa maknanya ini?
Kini urusan penulisan perbankan di semua institusi kewangan berlesen, perundangan dan kerjaya profesional, gamaknya, makin luput kecintaan kepada Bangsanya dan Bahasa Melayunya!
Kini penyakit Orientalisme Bahasa Inggeris, obor Bahasa Mandarin telah mencabul nikmat yang makin mendorong kepada kembalinya KERANDA 152! Apa maknanya ini?
Kini gelombang pegawai PTD yang kekok dan berbahasa Melayu lintang pukang sudah membarahi persada Persekutuan, akhirnya Bumi Melayu akan hilangnya jatidiri juga tafsiran Melayu dalam 160(2).
Wahini, Bahasa Melayu dikelas sebagai Bahasa Kelas Ketiga oleh pentadbir, pengurus, teknokrat, diplomat dan cendiakawan. Bahari, perjuangan Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussin dan Tun Hussein Onn ialah untuk Negara Malaysia diperakui sebagai Bumi Melayu, rakyatnya fasih berkomunikasi Bahasa Melayu dan taat setia kepada tamadun adat dan budaya Melayu.
Apakah sudah tercabut akar atau ini ialah Balasan Allah kepada manusia seperti yang difirman olehnya sebanyak 32 kali dalam surah Ar-Rahman, “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan, yang kamu hendak dustakan?“
Siapakah yg memulakannya. Siapakah yang menggubal dasar PPSMI?. Bertitik tolak dari situ, bahasa melayu tidak lagi didaulatkan. Bahasa inggeris jadi tumpuan, cina mengambil kesempatan menonjolkan bahasanya. Sepatutnya dasar ini tidak dimulakan. Bukan senang untuk membetulkan kekalutan ini, memerlukan KEKUATAN yang bukan sedikit. Ada NGO (menggunakan nama MELAYU) tetapi beria-ia mempertahankan PPSMI kononnya mendapat sokongan dgn mengemukan soalselidik angan-angan kpd ibubapa. Mana jatidirinya.