DS Najib Yang Masih Tidak Mahu “Nampak”

25 10 2011

 

Isu Kolej HanCing – Produk Kebanggaan Najib ! Nak Buat Macamana ….

Saya ada mengulas isu Kolej Han Chiang dimana Rais mempertikaikan kebiadapan kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah meminggirkan Bahasa resmi Bahasa Malaysia dan susulan itu menyaksikan sesi ‘ berbalas pantun ‘ antara Rais dan Lim Guan Eng. Alasan utama LGE adalah ia sebuah kolej persendirian/swasta dan bukannya satu majlis anjuran kerajaan Negeri.

Mulanya saya tak berapa nak layan sangat KLIK , secara jujur saya katakan, kalau libatkan bab Bahasa Malaysia dengan PM Najib -Hah ! Kuali buat lawak bontot cerek hitam !  Saya sendiri dah beberapa kali hentam Najib bab menghormati Bahasa Kebangsaan dimajlis-majlis baik resmi maupun tidak resmi, asalkan ia dihadiri oleh hampir kesemuanya rakyat Malaysia.

Bagi saya, tidak semestinya majlis resmi saja, kalau yang hadir adalah rakyat Malaysia …LOGIKlah kalau bahasa yang digunakan adalah bahasa Kebangsaan melainkan pemimpin itu sendiri yang TIDAK meletakkan taraf Bahasa Kebangsaan ditempat yang sepatutnya.

Ia juga satu indikasi betapa pemimpin itu TIDAK menghargai peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Penyatuan rakyat pelbagai kaum.

Ia juga meletakkan pemimpin itu lebih kurang sama taraf je dengan majoriti rakyat bukan Melayu yang tidak merasakan ia satu tanggungjawab NORMAL seorang rakyat untuk fasih dalam Bahasa Kebangsaan negaranya sendiri. Harap pemimpin itu sendiri berbangsa Melayu, kalau tidak ……..

OK, itu pandangan AWAL saya. Ia masih SAMA, tidak berubah TAPI kini pandangan saya BERTAMBAH pula bila baca tulisan dari blog TOKJEN – Kolej Han Chiang, DAP Biadap – Malukan Menteri yang linknya saya dapat dari blog PISAU.

KLIK dan BACAlah ! Saya berbulu betullah bila dah diletak link, korang malas nak baca ! hehehehe ….

JELAS BAHAWA BUKAN SAJA RAKYAT CINA PULAU PINANG TIDAK HORMAT PADA BAHASA KEBANGSAAN TAPI MEREKA JUGA BERSIKAP BIADAP TERHADAP SEORANG MENTERI MELAYU !

Ini dah cerita lain ni ! Terdapat usaha yang disengajakan dipihak pengajur majlis untuk memperlekehkan Menteri dan majlis dijadikan pentas untuk merendahkan taraf Menteri Pusat dibandingkan taraf Ketua Menteri. Sememangnya puak cina terbabit amat BIADAP sekali !

Dan jika diambilkira partisipasi hadirin yang majoritinya murid-murid cina dalam aksi ‘penghinaan’ itu, korang boleh bayangkan – Bagaimana masadepan hubungan antara kaum dinegara kita, apakah makin baik atau bertambah teruk ? !

Najib, Najib ….. TAK NAMPAK LAGI KE ? Sekolah cina yang menjadi kebanggaan tuan yang tuan dengan bangganya mendabik dada telah perjuangkan dengan penuh keberanian sewaktu menjadi Menteri Pelajaran dulu, dan kini tuan mahu jadikan satu faktor kebanggan bagi Malaysia kerana mempunyai satu-satunya negara yang punyai sistem pendidikan vernakular ADALAH KILANG YANG MENGELUARKAN PRODUK ANTI PERPADUAN KAUM. Ia adalah kilang yang mengeluarkan bom jangka yang pastinya meletus satu hari nanti, menghancurkan apa yang selama ini diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

SIAPA YANG SEBENARNYA ‘ INGRATES ‘ ? – Yang tidak menghargai usaha pemimpin terdahulu ? Mereka yang menentang dan mahu mengubah apa yang pemimpin terdahulu putuskan kerana ia dilihat sebagai satu kesilapan, demi meneruskan cita-cita mereka ……. ATAU pemimpin yang meneruskan usaha pemimpin terdahulu yang ternyata satu kesilapan dimana kalau diteruskan juga pasti menghancurkan cita-cita asal mereka ?

Ya, disebalik kebiadapan yang ditunjukkan oleh kaum cina diMajlis Kolej HanCing, kita boleh marah dan salahkan mereka dan ibubapa yang tidak mengajar cara betul beradap sopan dan sikap menghormati orang lain. Tapi waktu sama kita juga kena akui, suasana persekitaran pembesaran dan pembelajaran mereka juga merupakan satu faktor utama kenapa mereka jadi begitu.

Cuba fikirkan – Apakah RATUSAN sekolah cina lain juga begitu ?
Cuba bayangkan – Apakah RATUSAN RIBU generasi cina masadepan negara juga akan jadi begitu ?
Cuba rasionalkan – Apakah tindakan Najib terus menambah bilangan sekolah cina dan memberi pengiktirafan pendidikan cina dari sekolah rendah hingga melayakkan lulusan sijil UEC memasuki Universiti tempatan dan luar negara merupakan satu usaha kearah Perpaduan antara kaum ?
Cuba gambarkan – masadepan negara yang mungkin maju tapi setiap kaum membawa haluan masing-masing dengan masalah perkauman menjadi semakin parah …. HANCUR NEGARA !

Sayangnya, ramai yang nampak tapi ……. takpelah, kita kena terus sokong Najib. Biarlah negara hancur pun ???

Bapak Vernakular

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: