Bapa Vernakular Sebagai Gelaran Rasmi

30 10 2011

Anugerah Paling Layak Buat Najib. ( serius ni … )

Bapak Vernakular

Artikel sebelum ni saya melahirkan rasa kekaguman saya diatas keberanian yang telah Najib buktikan semasa menjadi Menteri Pelajaran dulu dengan menggugurkan kuasa Menteri menukarkan sekolah cina kepada sekolah kebangsaan bagi memastikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang diamalkan terus sesuai dilaksanakan. KLIK

Najib siap menjadikan Menteri Pelajaran sebelum itu sebagai contoh betapa beliau ( Najib ) adalah LEBIH berani dan LEBIH sayang pada sekolah cina. Pada masa itu, sebelum saya ada seorang Menteri Pendidikan yang tidak mahu melakukannya (pindaan akta), tiada keberanian untuk melakukannya.

Dan hasilnya –
Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang masih meneruskan sistem sekolah vernakular sehingga kini.  Oya, bulan disember tahun lalu semasa Konvensyen BN, Najib sebut juga benda ni, Bulan Mac pun sebut juga. Kalau tak silap waktu tu beliau sebut ‘ satu-satunya didunia ! ‘ Malas saya nak cek… Dunia ke , Asia Tengggara ke .. point yang penting disini adalah – kita dapat rasakan betapa sayangnya  Najib pada sekolah cina !

Betul ni …. saya bukan menyindir. Korang dapat tak rasakan kesungguhan yang Najib tunjukkan dalam memperkasakan sekolah cina ? Najib begitu bangga dengan pencapaiannya dalam menggugurkan kuasa Menteri Pelajaran sehingga beliau BERULANG KALI menyebutnya didepan khalayak ramai cina.

Najib sifatkan tindakannya dulu itu satu contoh KEBERANIAN. Berulang kali disebutnya. Begitu juga kenyataan betapa uniknya Malaysia punya pendidikan sekolah cina, berulang kali disebut Najib walaupun pada audien yang sama !

Siap cerita hantar anaknya belajar bahasa cina di negara China lagi. Ini bukan saja nak menarik sokongan undi cina tapi sememangnya Najib juga sayangkan sekolah cina !

Najib tidak mahu orang cina lupakan jasanya itu. Saya sebut orang cina saja sebab Najib tidak pernah sebut benda yang sama didepan audien Melayu.

Tapi tidak adillah kalau hanya kaum cina saja yang menyanjungi Najib, Melayu pun nak juga. Makanya disini saya ingin cadangkan gelaran BAPA VERNAKULAR secara resmi diberikan kepada Perdana Menteri Keenam kita – Najib Tun Razak.

Bukan menyindir OK ! Ni serius giler ni . Najib sendiri bersusah payah mahu mengingatkan rakyat akan perjuangannya dalam memperkasakan sekolah cina, fact is NAJIB BANGGA dengan usahanya itu ! Tidak ada siapa boleh nafikan sumbangan Najib itu. Ia adalah satu fakta sejarah. Dan ADA HASILnya, kita sendiri boleh lihat betapa berkembangnya sekolah cina setelah mendapat lesen besar dari Najib.

Sekiranya gelaran Bapa Vernakular itu dianugerahkan kepada Najib, tidak perlu dah beliau sering sebut-sebut benda tu, nanti orang akan kata masuk bakul angkat sendiri. Sudah tiba masanya negara dan rakyat Malaysia mengiktiraf perjuangan sekolah cina Najib !

Seperkara lagi, gelaran Bapa Vernakular adalah LEBIH BAIK dan LEBIH AFDHAL buat Najib berbanding Bapa Transformasi. Bapa Transformasi itu terang-terang satu usaha bodek oleh pihak tertentu. Apakah Najib sudah layak menerima gelaran Bapa Transformasi sedangkan usaha-usaha transformasi itu baru saja diperkenalkan Najib dan masih belum menampakkan hasil ?

Perhatikan gelaran yang kita berikan kepada PM-PM yang lalu – Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, Bapa Perpaduan, Bapa Pemodenan, Bapa Jin …… Tak perlu disebut siapa yang menerima gelaran mana, kita semua sudah tahu kerana mereka sememangnya LAYAK dengan gelaran itu. Usaha-usaha mereka diiktiraf dan hasilnya kita dapat lihat.

Atas dasar itu, gelaran Bapa Transformasi tidak harus diberikan lagi kepada Najib sehingga beliau benar-benar layak menerimanya. Omputeh kata – He has to earn it ! Kita janganlah terlalu nak bodek Najib dengan gelaran atas polisi yang baru yang masih belum jelas hasilnya.

Najib lebih layak dengan gelaran Bapa Vernakular. Ia adalah perjuangan Najib yang sebenar, malah ia telah diperjuangkan Najib SEBELUM beliau jadi PM lagi. Hasilnya dapat kita lihat sekarang dan perjuangan Najib itu semakin rancak sejak menjadi PM.

Saya yakin Najib akan menerima anugerah ini dengan perasaan yang amat bangga sekali kerana akhirnya segala pengorbanan dan keberanian yang Najib tunjukkan selama bertahun lamanya diikitiraf dan diabadikan selama-lamanya.

NAJIB – BAPA VERNAKULAR MALAYSIA

Saya boleh bayangkan Najib waktu menerima anugerah terhormat ini kelak ….


I … I … I am …. I am soo … I’m sorry, this is so touching. This moment …. I have been waiting for this moment for so long. I … I …don’t know what to say … ( sambil mengesat airmata terharu … ) Thank You Malaysia …. Thank You 1Malaysia ! This is for YOU !


I like to take this opportunity to say my thanks to my lovely wife …. Rosmah, whom without her , I would …. bla bla bla ……

Very the touching la …. Ayuh kita berikan sokongan kepada BAPA VERNAKULAR MALAYSIA – NAJIB !

Nota:

1. BAPAK VERNAKULAR – Voices Around

2. BAPAK & BAPA MALAYSIA – Voices Around


Actions

Information

2 responses

30 10 2011
arjuna waspada

Saya sokong gelaran Bapak Vernakular pada Najib.

arjuna waspada
changkat lobak
pst… bapak yang lain juga aku dah bagi kat blog lain.

2 11 2011
Halim

Saya rasa apa macam pun Najib tak tukar pendirian dia sehingga PRU13. Undi punya pasal.

Selepas PRU 13 pun, kita tengok sama ada dia neo-liberal ke hape ke. Kalau dia masih Bapak Vernakular menerus, kita laungkan pulak minta UMNO cari pemimpin baru.

Saya fikir TS Muhyiddin peka kapada kepentingan negara, perlunya bersatu padu dijangka masa panjang melalui sistem satu sekolah untuk semua.

Sekarang dia terpaksa patuh kapada boss dia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: