Hipokrit 152 – Sekolah Vernakular vs PPSMI

3 11 2011

PPSMI – Akibat mengGUNAkan kepala LUTUT untuk berFIKIR melebihi kepala OTAK..

 

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Selepas berMATI-MATIan mengatakan KONONnya PPSMI menyusahkan para pelajar untuk memPELAJARi Matematik dan SAINS dalam Bahasa Inggeris, hari ini Kementerian Pelajaran dan MENTERInya terpaksa berGELUT pulak dengan usaha beberapa NGO untuk meneruskan PPSMI.. Yang menariknya, semasa diMANSUHkan dulu MENTERI yang sama menDAKWA mendapat SOKONGan RAMAI ibu bapa yang mahu PPSMI diMANSUHkan.. ->KLIK<-

Kenapa pulak hari ini JUMLAH ibu bapa yang menyokong PPSMI begitu SIGNIFIKAN? Apakah mereka ini dulu SETUJU tiba-tiba hari ini ubah penDIRIan kepada tidak SETUJU?

Dengan KATA lain, adakah PIHAK yang SENGAJA memBERIkan maklumat SALAH terhadap MENTERI Pelajaran semasa mahukan PPSMI diMANSUHkan dahulu? Apakah mereka yang mahu meMANSUHkan PPSMI ini bukan kerana mahu menDAULATkan Bahasa Melayu sebaliknya kerana ‘DENDAM peribadi’ terhadap mantan PM yang memperKENALkan PPSMI ini? Almaklumlah, antara penyokong TEGAR usaha meMANSUHkan PPSMI ini ialah seorang peSALAH POLITIK WANG dalam Pemuda UMNO.. Sedangkan dia sendiri manalah pernah BELAJAR di mana-mana SEKOLAH dalam NEGARA ini? Malah, kita rasa dia pun tak akan MASUKkan anak-anaknya ke sekolah TEMPATAN..

Kemelut PPSMI ini sebenarnya meRUGIkan institusi penDIDIKan NEGARA.. Kementerian tak RUGI, MENTERI Pelajaran pun HARAM tak RUGI apa-apa pun.. Yang RUGInya adalah anak-anak kita sendiri dan masa DEPAN mereka di NEGARA ini.. Objektif PPSMI adalah jelas – mahukan anak-anak kita menguasai MATEMATIK dan SAINS mengGUNAkan Bahasa Inggeris sebagai MEDIUM pemBELAJARan.. Sebaliknya, banyak PIHAK yang KHIANAT telah memutar-belitkan objektif PPSMI ini untuk menuduhnya sebagai TIDAK menDAULATkan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.. Sampai sekarang pihak yang diMAKSUDkan GAGAL memBUKTIkan pelajar asing dan TEMPATAN di NEGARA ini belajar Sains NUKLEAR, teknologi NANO atau Bioteknologi dalam Bahasa Melayu di IPT?

Soalnya, adakah sistem penDIDIKan vernakular yang diPRAKTIKkan di NEGARA ini sampai KIAMAT dan terpaksa diSOKONG oleh sesiapa yang menJADI kerajaan diLIHAT berjaya menDAULATkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan? Inilah perkara yang GAGAL diLIHAT oleh MALAUN-MALAUN yang menDAKWA diri mereka adalah pejuang BAHASA dan sebagainya.. Dah berapa KALI dah SLOGAN ‘BAHASA Jiwa Bangsa’ berkumandang, sebaliknya sampai sekarang Bahasa Melayu tidak menjadi MEDIUM pemBELAJARan untuk apa jenis SUBJEK di semua jenis sekolah? Sudah tentu MUSTAHIL untuk melihat Pak JANGGUT ‘Saruman The WHITE’ Sasterawan NEGARA mengajar SAINS atau MATEMATIK dalam Bahasa Melayu di mana-mana sekolah kerana dia lebih SELESA menjadi si GILA yang berDEMONSTRASI memBENCIkan kerajaan dalam segala segi!

Di manakah SILAPnya sistem penDIDIKan NEGARA? Apakah FAKTA yang dikemukakan oleh NGO yang menyokong PPSMI seperti PAGE tidak berASAS? ->KLIK<-

Di zaman GLOBALISASI yang memerlukan RAKYAT menguasai Matematik dan SAINS sebagai daya penahan, kita masih GAGAL meLAHIRkan ribuan SAINTIS yang diKAGUMi di peringkat antarabangsa.. Sistem penDIDIKan kita lebih banyak meLAHIRkan ahli-ahli POLITIK tahap SAMPAH yang meROSAKkan NEGARA dalam segenap aspek keHIDUPan.. Kalau nak kata mereka ini benar-benar menyayangi Bahasa Melayu, tak jugak? Cakap Bahasa Melayu pun tak berapa BETUL? Kalau BANGSA sendiri tak diSAYANGi, bagaimana pulak nak mengatakan diri sebagai pejuang BAHASA pulak? Atau semuanya demi POLITIK?

Kalau Kementerian Penlajaran boleh bersikap FLEKSIBEL terhadapu keWUJUDan sekolah-sekolah vernakular yang jelas mengetepikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kenapa pulak tidak dengan mereka yang menyokong PPSMI? Sekurang-kurangnya untuk subjek SAINS dan Matematik sahaja? Atau pun Kementerian Pelajaran patut mengADAkan SESI bersemuka dengan kedua-dua belah PIHAK yang menyokong dan memBANTAH PPSMI dalam satu SESI? Apabil keSEPAKATan tercapai, sekurang-kurangnya, TIDAKlah kita terjumpa perkataan ROJAK/YONG TAU FU/BUBUR ASYURA seperti berikut:-

1) ‘Sophisticated'(BI) – Sofistikated(diBMkan) – Canggih(BM asli)
2) ‘Conclution'(BI) – Konklusi(diBMkan) – Kesimpulan(BM asli)
3) ‘Variety'(BI) – Variasi(diBMkan) – Kepelbagaian(BM asli)

Apakah ini bukti menDAULATkan Bahasa Melayu? Atau ini menunjukkan ‘kerja MUDAH’ para pakar BAHASA atau para pejuang BAHASA kita seperti Pak Janggut ‘Saruman The WHITE’ Sasterawan NEGARA? Me’MELAYU’kan istilah ‘INGGERIS’? Bagaimana pulak dengan istilah di dalam SAINS dan Matematik? Apakah kita perlu menunggu mereka ini me’MELAYU’kan dulu istilah tersebut baru belajar SAINS dan Matematik atau kita belajar sulu SAINS dan Matematik baru me’MELAYU’kannya dan menDAULATkannya? Sendiri mau FIKIRlah.. Mungkin PM terLUPA nak ‘men’1 Malaysia’kan Bahasa Kebangsaan kot?

Wallahualam..


Actions

Information

One response

8 12 2011
Diana Ridzuan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: