Debat bahasa Melayu 211 jam tanpa henti
1,300 peserta bakal berentap
DARI UTUSAN MALAYSIA
14/10/2011
Program debat ala perbahasan di Parlimen itu adalah kesinambungan daripada rekod terdahulu yang berjaya dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR) iaitu selama 100 jam, 10 minit 44 saat. Rekod itu telah dicipta oleh para pelajar UiTM pada 2006.
Sebanyak 211 usul juga akan dikemukakan dalam debat yang berlangsung secara berterusan selama sembilan hari dengan tema ‘Transformasi dan Perpaduan Bangsa’ .
Timbalan Naib Canselor UiTM, Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said berkata, pihaknya yakin cubaan pada kali ini akan dapat memecahkan rekod terdahulu selain dapat mengasah bakat dan kemahiran para pelajar UiTM serta mahasiswa institusi pengajian tinggi yang lain untuk berdebat secara spontan.
“Kita mahu jadikan program debat sebagai satu platform untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang peka kepada isu-isu semasa selain melatih mereka bekerja secara berpasukan dan berfikiran kritis sesuai dengan ciri-ciri pelajar yang ingin kita lahirkan.
“Dalam debat tersebut kita akan ketengahkan isu-isu berkaitan perpaduan dalam konteks gagasan 1Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) UiTM dengan Utusan Melayu (M) Bhd. dan pelancaran program debat tersebut di sini, hari ini.
Saya tidak pernah nampak sesiapa kisahkan sangat fasal ta’at setia dan semangat patriotisma atau cintakan kapada tanah air dinegara ini. Tidak pernah saya baca diblog, akhbar dan lain lain media massa – kalau ada pun mungkin hanya sekali dua dalam banyak tahun – perbincangan berkenaan ta’at setia dan patriotisma terhadap negara.
Saya fikir pada umumnya rakyat tidak tahu apa dia ukuran bagi ta’at setia dan patriotisma. Pada saya mesti berdasarkan Perlembagaan negara. Termasuk Perkara 152 berkenaan Bahasa Melayu/ Malaysia. Patriotisma juga termasuk mahukan negara setanding dengan negara maju didunia antarabangsa. Untuk itu, mungkin Bahasa Inggeris diperlukan ditahap yang sesuai dinegara ini.
Kementerian Penerangan, Budaya dan Media Massa sepatutnya usahakan berbagai aktiviti menonjolkan perkara ini. Kementerian Pelajaran sepatutnya anjurkan pertandingan bahath diperingkat daerah, negeri dan nasional berkenaan perkara itu dari masa kemasa.
Ini bagus. Ada banyak faedahnya. Menarik pelajar kapada acara yang bermakna, tidak membuang masa, bual kosong, terkontang kanting disana sini. Juga melatih, mencungkil bakat dll seperti kata Timbalan Naib Chanselor itu.
Saya harap akan diluaskan. Adakan debat besar-besaran diantara universiti. Kan dah ada 20 lebih universiti sekarang. Tentukan yang bukan Melayu pun ambil bahagain. Cara praktikal menggalakkan dan meninggikan nilai penggunaan BM.
Sediakan hadiah yang lumayan untuk menarik minat. Termasuk tambang, penginapan, makanan dll FOC ke Universiti Cambridge atau Oxford di UK melihat mereka berdebat disana.