Kempen Secara “Lembut” Belum Nampak Berkesan

10 11 2011

 

Bahasa Kebangsaan TIDAK PENTING Untuk Rakyat

Semalam saya sentuh sedikit kenyataan Presiden Mic Palanivel ( KLIK ) yang dilihat sebagai menyokong tuntutan PAGE yang mahu PPSMI dikaji semula pelaksanaannya, kali ni bila Presiden MCA ahLek juga dilihat menyokong PPSMI dan usaha memartabatkan Bahasa Inggeris disekolah melalui saranannya yang mahu mewajibkan Sastera Inggeris ( KLIK ) ….. saya bertambah yakin dengan kenyataan saya sebelum ini – Isu Perpaduan Negara Melalui Satu Bahasa Kebangsaan Tidak Menjadi Keutamaan Pemimpin Berbanding Isu Excellence dan Quality.

TIDAK PERNAH lagi saya membaca dimana-mana adanya pemimpin bukan Melayu yang menggesa kerajaan kearah memperbaiki kefahaman Bahasa Kebangsaan dikalangan murid-murid, apatah lagi dikalangan rakyat !

Walaupun tahun lepas Pesuruhjaya Banci pernah merungut terdapat sebilangan rakyat bukan Melayu yang langsung tidak faham Bahasa Kebangsaan Negara sendiri semasa pegawainya membuat bancian, DAN juga hasil kajian NUTP yang mendapati satu pertiga murid sekolah cina lemah sementara satu pertiga lagi langsung tidak faham Bahasa Kebangsaan …… apakah ada reaksi pemimpin bukan Melayu supaya masalah ini ditangani segera ? Hampeh …..

Sementara penguasaan Bahasa Inggeris yang belum pun dilakukan kajian tahap penguasaan murid-murid, pemimpin bukan Melayu sudah pun menuntut tumpuan lebih diberikan. Hinanya Bahasa Kebangsaan Malaysia diperlakukan oleh rakyat Malaysia sendiri ……

Orang cina sendiri dengan sombong dan bongkak menyatakan bahawa TIDAK ADA KEPERLUAN untuk mereka belajar memahami Bahasa Kebangsaan. Jadi disitu kita sudah nampak jawapannya – Kerajaan Harus Wujudkan Keperluan itu !

Dari Utusan – Wajib belajar bahasa Melayu

Kerajaan sedang mengkaji untuk mewajibkan pembantu rumah warga asing yang ingin bekerja di negara ini terlebih dahulu menjalani kursus bahasa Melayu dalam tempoh masa enam bulan. KEPERLUANNYA –

“Jika tidak, akan wujud masalah baru disebabkan kegagalan untuk berkomunikasi dengan majikan,” 

Nah…  Nak dengan Tak Nak jer …. Hendak seribu daya.

Kalau pekerja asing kita boleh paksa mereka belajar berkomunikasi dalam Bahasa Kebangsaan kita, kenapa kita tidak boleh paksa rakyat kita sendiri yang tidak faham Bahasa Kebangsaan Negara supaya belajar ? !

Wujudkan Keperluan itu ! Hanya dengan cara itu saja rakyat dengan sendiri akan memahirkan diri untuk fasih dalam Bahasa Kebangsaan. Sudah terbukti berkesan. Lihatlah betapa fasihnya pekerja asing dari Bangladesh, Myanmar, Kemboja bertutur dalam Bahasa Kebangsaan tidak sampai beberapa bulan mereka tiba disini …. dan bandingkan rakyat sendiri yang berpuluh tahun membesar disini masih juga lemah penguasaan bahasa Kebangsaan mereka.

Segala kempen cara ‘ berlembut ‘ seperti Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan TIDAK AKAN KEMANAnya ! Yang ditumpukan adalah mereka yang sememangnya sudah mahir BUKANNYA mereka yang lemah dalam Bahasa Kebangsaan.

Seharusnya kerajaan memandang serius perkara ini. Dalam menggalakkan rakyat mempelajari bahasa kedua atau ketiga, penekanan seharusnya diberikan kepada kemahiran dalam Bahasa Kebangsaan TERLEBIH DAHULU.

PS – Oya, sebut tentang PPSMI nampak gayanya kerajaan sedang berdepan dengan satu lagi masalah yang semakin membesar. Yang kita duk dengar sekarang ini adalah suara mereka yang mahukan PPSMI diadakan semula …… tapi dimana suara mereka yang melalak menentang PPSMI dulu ?

Tulah, lain kali kerajaan kalau nak buat sesuatu itu biarlah kerana prinsip, BUKAN kerana tunduk kepada desakan. Suara mereka yang kuat terhadap sesuatu isu belum tentu mewakili majoriti kerana suara yang diam lebih ramai.

Nah, sekarang kerajaan berdepan masalah dengan PPSMI. Mereka yang melalak menentang PPSMI dulu tetap juga menentang kerajaan dengan isu-isu lain ( kerana motif mereka dulu lebih kepada politik ) sementara kerajaan berdepan kehilangan sokongan rakyat yang pro PPSMI.

SAMA jer dengan kes pemansuhan ISA !


Actions

Information

2 responses

10 11 2011
Ahmad Thamrin

Masalah Bahasa Kebangsaan dan perpaduan melalui SSS tidak dapat dilaksanakan kerana ada kumpulan yang covinis dan rasis. Dibawah sepandok Dong Zhong. Disokong dek parti Pembangkang DAP.

Bila Melayu berpecah akibat tindak tandok mereka seperti Nik Aziz PAS dan Anwar Ibrahim PKR, pemerintah tidak sanggup berkeras dengan konsep sekolah satu aliran. Malahan, pemerintah mereng kapada kaum Cina untuk mmendapat undi. Maka nampak tindakan yang berupa memupuk sekolah Cina. MCA dan MIC pun ambil kesempatan dan cuba utarakan bermacam macam pulak.

Tindakan seperti itu semua perlu dihentikan. Negara perlu aman dan damai untuk maju dengan tidak tersekat atau terbatuk batuk seperti keadaan akibat pergaduhan kaum 13 Mei 1969 dahulu. Perpaduan jangka masa panjang perlu dan mesti timbul melalui sekolah satu aliran atau Satu Ssekolah Untuk Semua, SSS. SSS mesti dilaksanakan suatu masa nanti. Lebih baik cepat dari lambat.

Kita perlu teruskan memuukul canang, malahan melaungkannya, supaya pemerintah rancangkan implmentasi sekolah satu aliran itu.

10 11 2011
Sher

Apa yang tidak pentingnya? Tengok saja dimerata dunia. Bukankah ada bahasa kebangsaan ditiap negara. Walau macam mana rojak pun berbagai bangsa, ada bahasa resminya. Dia orang janganlah politik banyak sangat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: