Satu Sistem Sekolah BUKAN merujuk kepada Sekolah Kebangsaan yang ada sekarang

12 11 2011

 

Ramai Masih Tak Faham Maksud Satu Sistem Sekolah Termasuk Menteri

Sekolah vernakular bukan penghalang Perpaduan, begitulah kata Wee Ka Siong. KLIK . Sebagai contoh, ahWee namakan Datuk Arif Shah yang belajar disekolah cina, membesar dan mengamalkan budaya Melayu dan hidup sebagai orang Islam yang baik.


“He attended a national-type Chinese school. He grew up and practises Malay culture and lives as a good Muslim,”

AhWee ….., ahWee …. Yang jadi masalah sekolah cina ni ada dua :

Pertama – Sekolah cina bersifat perkauman dimana ia menghalang interaksi kanak-kanak dari bergaul antara kaum. Kita dapat lihat bilangan pelajar berdasarkan kaum yang ada disekolah cina berapa % cina dan berapa % Melayu . Bilangan pelajar Melayu dalam sekolah cina terlalu sedikit ( 10% ? saya tak pasti ) jadi ramai kanak-kanak cina membesar tanpa berpeluang untuk berinteraksi langsung dengan mereka yang sebaya dari kaum Melayu.

Mereka ini terus membesar dalam persekitaran cina, pergi sekolah bergaul orang cina, balik rumah semua orang pun cina, keluar bermain sesama kawan cina, pergi kemana-mana pun dalam kelompok cina, dah bekerja pun cakap dan bergaul dengan rakan cina ….. Mata mereka mungkin melihat ramai orang Melayu disekeliling mereka, tapi tidak lebih sekadar santapan mata.

Sebab ramai yang langsung tidak pandai bercakap Bahasa Kebangsaan makanya mereka terus dalam kepompong masyarakat cina. Tidak banyak bezanya kalau mereka ini hidup dinegara China atau Hong Kong !

Bila dah pandai berbicara politik, waktu itu baru nak sentuh isu-isu berkaitan negara yang berbilang kaum ….. berbekalkan pendedahan semata-mata visual saja, apakah mereka ini layak bercakap tentang Malaysia yang mempunyai rakyat pelbagai kaum ?

Bagaimana mereka ini mahu faham apa yang sering kita sebut sebagai sensitiviti kaum lain ? Apalah yang boleh diharap tentang kefahaman mereka ini tentang sejarah negara yang berkaitan isu perkauman, apakah versi 31 Mei 1969 mereka, fahamkah mereka kenapa DEB diwujudkan ? Tahukah mereka bagaimana tuk nenek mereka asalnya diberikan anugerah Kerakyatan Malaysia dan TANGGUNGJAWAB generasi seterusnya meneruskan persefahaman yang terjalin dulu ?

Bagaimana mungkin kalau mereka tidak didedahkan kepada hidup bermasyarakat dari kecil hingga besar ! Apa yang mereka faham tentang KEADILAN SOSIAL dalam tuntutan KESAMARATAAN ?

Ironinya, ahWee menggunakan contoh seorang Melayu yang belajar disekolah cina ! Contoh dimana interaksi berlaku  , contoh yang berlaku pada tahap 10% disekolah cina bagi mewakili keseluruhan 100% sekolah cina. Bagaimana dengan baki 90% yang TIDAK menyaksikan / mengamalkan apa yang contoh ahWee berikan ?

Apakah Datok Arif Shah mewakili cara hidup bersekolah kesemua murid-murid disekolah cina ?

Kenapa tidak diberi contoh yang lebih realistik, contoh yang mewakili apa yang dialami oleh MAJORITI murid sekolah cina ?

Kedua – Kurangnya penekanan keatas pentingnya Bahasa Kebangsaan disekolah cina. Kesannya amat berkait rapat dengan soal integrasi antara kaum. Kalau dah tak boleh nak bertutur dalam satu bahasa yang difahami, bagaimana mahu berinteraksi ?

Sila Klik dan Baca yang membuktikan sekolah cina menghancurkan Perpaduan yang pernah saya tulis bulan April dulu berkaitan kajian yang dibuat oleh NUTP, oleh orang cina sendiri.

Apa yang Malaysia perlukan adalah SATU SISTEM SEKOLAHUNTUK SEMUA pelajar. Satu Sistem itu BUKAN seperti apa yang ada sekarang ini – SRJK atau SK. Kelemahan-kelemahan yang ada pada Sekolah Kebangsaan ditonjolkan sebagai alasan kenapa sekolah cina patut diteruskan. Juga sebagai alasan kenapa Satu Sistem Sekolah mereka tentang.

Nampak tak betapa ramai yang SALAH FAHAM tentang SATU SEKOLAH ? Satu Sistem Sekolah BUKAN merujuk kepada Sekolah Kebangsaan seperti yang ada sekarang. Itu yang mereka tidak faham atau sengaja buat tak faham.

Bendanya amat mudah – Satu Sekolah adalah SATU SISTEM PENDIDIKAN yang digunapakai untuk SEMUA. Bagaimana bentuknya , terserahlah pada kita. Jadikan Sekolah Kebangsaan yang ada sebagai asasnya, dari situ buatlah apajua perubahan / penambahbaikan yang patut.

Kalau tak suka kelas agama diadakan semasa sesi utama, maka jadikan ia kelas tambahan SELEPAS sesi utama yang diwajibkan kepada murid-murid mengikut agama masing-masing. Begitu juga kelas bahasa ibunda. POKOKnya – Semua mrudi-murid tanpa mengenal kaum diletakkan bawah satu bumbung, belajar, bermain, bergaul dan membesar bersama-sama.

BUKANKAH ITU BARU DINAMAKAN 1MALAYSIA ? Tidak ada diskriminasi, tidak ada pilihkasih.

Saya ulang sekali lagi point bagi menjawap alasan utama yang menjadi masalah kepada cina – SEKOLAH SATU SISTEM BUKANNYA SEKOLAH KEBANGSAAN SEPERTI YANG ADA SEKARANG.

Jadi saya harap pemimpin cina semua faham, errr saya harap Najib juga faham. Kalau nak teruskan belajar Bahasa Cina, ia masih boleh diteruskan melalui Sekolah Satu Sistem ini, buat dan wajibkan Kelas bahasa Cina selepas sesi utama.

Bukankah itu cara yang TERBAIK buat rakyat dan generasi akan datang ?

Advertisement