KECOH TAK SUDAH PASAL BAHASA MELAYU..
Tuntutan beri kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu
DARI UTUSAN MALAYSIA
3/11/2011
Beliau berkata, keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI bukan hanya mengambil kira prestasi murid kesan daripada pelaksanaan dasar tersebut, malah ia melibatkan aspirasi negara untuk membentuk jati diri, nasionalisme serta perpaduan menerusi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
“Adalah satu yang amat malang jika ada pihak tertentu seperti PAGE yang dipimpin oleh orang Melayu sendiri menentang keputusan kerajaan (memansuhkan PPSMI) dan mereka juga memberi tekanan serta mengugut untuk tidak menyokong kerajaan jika tuntutan tidak dipenuhi.
“Kerajaan dilihat telah melakukan yang terbaik dengan memansuhkan PPSMI demi satu agenda yang lebih besar iaitu pengukuhan perpaduan, nasionalisme, jati diri dan keperibadian rakyat negara ini dan dalam hal ini bahasa Melayu adalah instrumen yang paling sesuai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi perbincangan panel Program Rapat 1Malaysia bersama warga pendidik daerah Klang di sini, hari ini.
Turut menyertai sesi perbincangan panel itu ialah Timbalan Dekan Pusat Pengajaran Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian.
Kok Seong tidak menolak kemungkinan pihak yang mendesak pelaksanaan PPSMI sebagai golongan yang tidak yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan.
“Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah hebat dan pernah menjadi lingua-franca digunakan dalam pentadbiran, ekonomi, perundangan dan diplomatik di rantau nusantara.
“Dalam konteks moden, bahasa Melayu telah dibangun dan dimajukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) sejak 1956 lagi dan ia mampu berkembang sebagai bahasa ilmu. Malah, orang asing pun ketika ini dilihat yakin dan giat mempelajari bahasa kebangsaan ini di pusat pengajian di negara luar.
“Ironinya di sini, golongan penutur bahasa Melayu dilihat tidak yakin terhadap kemampuan bahasa itu, ini amat malang untuk negara kita,” katanya.
PERSOALANNYA DISINI….
1) BERAPA RAMAIKAH ORANG CINA DAN ORANG INDIA YANG MEMARTABATKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA?
2) SANGGUPKAH ORANG CINA DAN ORANG INDIA MENUTUP SEKOLAH BANGSA (VERNACULAR) MEREKA UNTUK SAMA-SAMA MENYAHUT DAN MEREALISASIKAN WAWASAN ‘SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA’ BAGI MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU?
3) MENGAPAKAH SECARA TIBA-TIBA, PARTI MCA DAN MIC MENYOKONG PERLAKSANAAN PPSMI DITERUSKAN? ADAKAH KERANA MENYEDARI RAMAI KAUM MEREKA YANG MENYOKONG PPSMI ATAU SEKADAR UNTUK MERAIH UNDI?
KESIMPULANNYA : SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA AKAN DAPAT MEMARTABATKAN KEGEMILANGAN BAHASA MELAYU DIKALANGAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM…
Latest Comments