Saranan “English-Medium” national-type school pula

20 11 2011

 

Bangsar M’sia mahu ditubuhkan sekolah Inggeris

 

 

Waaah, nampaknya kalau berlagak cukup agresif akan mampu menundukkan Kementerian Pelajaran jua. Pusingan ini dimenangi para pengiat PAGE yang berjaya dalam tuntutan mereka untuk mengekalkan PPSMI.

Setelah diasak kanan kiri dan bertubi-tubi, Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin akhirnya mengalah lalu mengumumkan dasar menggunakan bahasa Inggeris (BI) – yang sepatutnya dilupuskan tahun depan – sekarang akan diteruskan bagi budak-budak Darjah Dua/8 tahun ke atas.

Lim Kit Siang turut menyelar Muhyiddin dengan berkata ianya mustahak pelajar-pelajar maju (yakni yang pandai Sains dan Matematik dalam BI) tidak dikekang pencapaian mereka hanya semata-mata kerana lain-lain murid (yakni budak kampung yang diajar dalam BM) ketinggalan.

Mengambil iktibar daripada kejayaan mendaulatkan BI sebagai pengantar matapelajaran Sains dan Matematik, puak Anak Malaysia melangkah ke depan lagi dengan mendesak supaya diwujudkan sistem pendidikan aliran Inggeris.

Baca saranan: ‘Why we need English-medium national-type schools’, ‘PKR MP moots English-medium schools’ dan komen-komen pembaca di lubuk-lubuk Malaysian First.

Screenshot: The Malaysian Insider

 

Malah puak ini mendakwa bahawa bahasa ibunda mereka ialah bahasa Inggeris.

Klik untuk baca Malaysiakini

 

Bahasa ibunda membawa maksud bahasa yang ditutur oleh ibu (dan ayah) kita.

Maka umum harus faham bahawa Malaysian Firsters bukan berketurunan Cina! Jelas sekali bahasa Cina tidak diturunkan kepada puak ini oleh nenek-moyang mereka.

Mereka yang berbahasa ibunda Inggeris adalah berbangsa Anak Malaysia, umpamanya Shay Adora Ram.

Melihat kepada perkembangan di atas, saya teringatkan kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSUS) yang pada suatu kala pernah menghantar memo kepada Muhyiddin.

SSUS telah menyuarakan bantahan terhadap pengabaian bahasa rasmi negara serta menegaskan bahawa ‘Bangsa Malaysia’ harus fasih bertutur di dalam bahasa Malaysia.

Jenis macam empunya blogger ini tidak layak menjadi Bangsa Malaysia kerana dengan anjing belaan saya pun saya bercakap Cina (betul). Ia mungkin sebab bahasa rumah saya adalah bahasa Cina. (Klik untuk lihat gambar anjing saya, Suzie)

Yang mengaku Bangsa Malaysia ialah pemimpin evangelis DAP.

Salah seorang daripada mereka, Teo Nie Ching yang tekun mengangguk, angguk, angguk dan berkata “Ya, Ya”, merupakan Ahli Parlimen Serdang merangkap timbalan ketua biro penerangan parti.

 

 

Nota: Walaupun segmen Nik Aziz bercakap di dalam video parody Nie Ching (atas) adalah ‘dubbing’ namun ungkapan “padan mukalah dirogol” ada disebut Nik Aziz di sini (video asal, minit 5:16) sementara klip Nie Ching yang original dimuat turun oleh TV PAS pada bulan Ogos 2010.

Adakah idola-idola Bangsa Malaysia ini menunjukkan kepimpinan melalui teladan dengan percakapan bahasa kebangsaan mereka yang begitu pelat dan celaru?

Klik untuk tonton YouTube

 

Transkrip

2: 34 — “Ini Utusan Malaysia macam Shit Bet tau, macam Mossad. Dia bertindakan macam Shin Bet dan Mossad nak bunuh, nak fitnah, nak bunuh sifat dan watak seseorang tanpa bukti. Ini Shit Bet Malaysia ini, Mossad Malaysia ini, Utusan-Shin Bet ataupun Utusan-Mossad ini nak menyatakan fitnah dan penipuan yang tidak berasas.”

4: 28 — “Tapi untuk Utusan Malaysia cuba kaitkan pembunuhan zalim dengan isu politik, saya rasa amat tidak bermoral sekali, dan seperti yang saya sebut tadi nak bunuh sifat dan watak seseorang tak lain seperti Shin Bet dan Mossad Israel nak bunuh orang Palestin. So sekarang Utusan Malaysia macam Shin Bet dan Mossad menggunakan isu-isu yang tidak berasas untuk cuba bunuh watak dan sifat seseorang.”

6: 20 — Itu sebab apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Nazri Aziz memang benar. Ini Utusan Malaysia memang jahat lah, saya rasa lebih teruk daripada itu macam Shin Bet dan Mossad Israel nak bunuh orang saja. … Dan saya rasa ini sekarang dimainkan oleh Utusan Malaysia, bukan saja jahat tetapi gunakan taktik Shin Bet dan Mossad Israel untuk timbulkan perasaan benci di antara rakyat Malaysia.”


Actions

Information

One response

20 11 2011
Mohd

Saya yg terdidik di tahun 60-an telah melalui persekolahan English Medium.
Di dlm kelas walau pun kami bising mengata – Melayu, Cina kui, Bhaii dan Hindu kpd teman2 sekelas, kamu bercampur-gaul dgn begitu mesra dgn semua kaum. Sehingga sekarang, setelah lebih 50 tahun, kami masih akrab tidak kira kaum Cina, Melayu atau India.
Saya kira utk perpaduan kaum Satu Malaysia yg tulin, kita harus balik ke sistem English Medium.
Orang Melayu tak usahlah bimbang sangat kerana Bahasa Melayu tidak diagung2kan lagi. Agama Islam pun, orang Melayu dah jual kpd Agama lain. Kuasa politik kaum Melayu pun dah dilacurkan kpd kaum Cina. Apa lagi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: