Pendidikan Dahulu dan Sekarang

23 11 2011

Artikel dari PANEH MIANG

Thursday, August 11, 2011

Anak Melayu Jangan Leka

 

1. Dasar pendidikan penjajah Inggeris dikenali sebagai Penyata Thuraisingham bersempena nama Menteri Pelajaran pra pilihanraya 1955 iaitu EEC Thuraisingham, tersangatlah tidak prihatin dengan pendidikan aliran Melayu.

2. Penyata Thuraisingham hakikatnya telah menyekat ramai anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran. Pelajar yang melebihi usia 12 tahun tidak dibenarkan mengambil peperiksaan penilaian. Tambahan pula ketika itu ramai pelajar darjah 6 berusia melebihi usia 12 tahun akibat ‘tertahan’ disebabkan sistem Thuraisingham.

3. Berdasarkan sistem ini, mereka yang tidak lulus peperiksaan hujung tahun akan ‘ditahan’ untuk naik darjah. Sekiranya murid tersebut dalam darjah 3, maka mereka akan kekal dalam darjah 3 untuk tahun berikutnya. Rentetan itulah ramai pelajar telahpun berusia 15 tahun ketika berada dalam darjah 6. Disebabkan usia mereka melebihi had kelayakan yang dibenarkan untuk memasuki sekolah menengah, maka peluang untuk meneruskan persekolahan terus tertutup.

4. Pendidikan Melayu sebelum itu hanya setakat darjah 5 sebelum perang yang kemudiannya dilanjutkan ke darjah 6 selepas perang tamat. Anak Melayu ketika itu yang mendapat pendidikan hingga darjah 7, hanya diberi peluang menjadi guru pelatih disamping mengikuti latihan ‘normal class’ di Seremban.

5. Bagi anak Melayu yang bernasib baik lulus darjah 7, akan dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke MPSI Tanjung Malim sebagai guru terlatih. Manakala para pelajar menengah aliran Inggeris mendapat peluang yang lebih baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Universiti Malaya di Singapura.

6. Sememangnya apabila tidak wujud sekolah menengah aliran Melayu, maka peluang anak-anak Melayu untuk memasuki pengajian tinggi agak terbatas. Hanya ibu bapa yang mempunyai kesedaran pada zaman itu sahaja yang mengambil inisiatif untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris melalui kelas peralihan (remove class).

7. Tambahan pula hanya wujud 4 sekolah menengah aliran Inggeris di Seremban, Negeri Sembilan iaitu Sekolah King George V (KGV), Sekolah St Paul Institution, Sekolah Convent dan Anglo Chinese School di Jalan Labu. Di daerah lain hanya wujud sekolah-sekolah rendah yang dikenali sebagai Government English School (GES).

8. Anak-anak Melayu yang lulus cemerlang peperiksaan bagi remove class kebiasaannya akan dihantar ke sekolah berasrama iaitu Sekolah KGV bagi lelaki dan Sekolah Convent bagi perempuan. Mereka yang tidak lulus pula hanya dibenarkan terus belajar di sekolah rendah Inggeris (GES) di daerah masing-masing.

9. Pembelajaran di sekolah menengah Inggeris hanya sehingga peperiksaan Malaya Certificate Education (MCE) dan bagi melanjutkan pelajaran hingga Higher School Certificate (HSC), mereka terpaksa pula menyambung pengajian selama 2 tahun di tingkatan 6 sama ada di Sekolah KGV, Sekolah Convent, ataupun Sekolah St Paul Institution. Disebabkan ramai anak Melayu ketika itu tinggal di kawasan luar bandar, maka peluang melanjutkan pelajaran di kawasan bandar amat terhad.

10. Namun, selaras dengan Penyata Razak yang menyarankan sistem pendidikan aliran Melayu perlu diteruskan ke peringkat tertinggi, maka Negeri Sembilan mula menggerakkan sekolah menengah Melayu pertama di negeri ini pada tahun 1959.

11. Perubahan yang dilakukan Tun Razak dalam sistem pendidikan Melayu berhadapan dengan pelbagai rintangan terutamanya berkaitan tenaga pengajar serta buku teks dalam bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang asalnya berpusat di Johor Bahru telah dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1956, namun ianya masih belum mampu menyediakan buku teks serta buku terjemahan untuk sekolah menengah Melayu. Guru-guru terpaksa mengajar menggunakan buku teks bahasa Inggeris yang diterjemahkan sendiri ke bahasa Melayu.

12. Sekolah Menengah Melayu di Negeri Sembilan bermula dengan 80 orang murid sebagai pelopor bidang pendidikan menengah Melayu. Pasa masa itu hanya terdapat 3 orang guru sahaja sebagai tenaga pengajarnya iaitu Cikgu Shaharuddin bin Ishak dari Pantai, Cikgu Zaharah Haji Awang serta Cikgu Muhd Yusuff dari Kuala Pilah. Cikgu Shaharuddin dan Cikgu Muhd Yusuff adalah lepasan maktab, manakala Cikgu Zaharah berkelulusan Maktab Perguruan Kirkby, United Kingdom.

13. Ketika itu, bilik darjah sekolah menengah Melayu ini menumpang di bangunan Sekolah Channer Road (sekarang Sekolah Kebangsaan Sri Kelana Seremban) yang terletak bersebelahan maktab guru bagi Pusat Latihan Harian (Day Training Centre atau DTC).

14. Pada tahun 1960, seramai 80 pelajar lagi mendaftar di tingkatan 1 setelah 80 pelajar sebelumnya naik ke tingkatan 2. Rentetan itu, 3 orang guru lagi ditambah sebagai tenaga pengajar iaitu Cikgu Khatijah Awang, Cikgu Tifla Haji Zakaria dan Cikgu Ainon Tan Sri Dr. Mohd Said.

15. Berikutan pertambahan bilangan pelajar menengah Melayu, Sekolah Channer Road tidak lagi mampu menampung jumlah pelajar yang ramai, lagipun murid-murid Sekolah Channer Road sendiri kekurangan bilik darjah.

16. Akhirnya pada tahun 1961, sekolah menengah Melayu ini telah dipindahkan ke bangunan sekolah KGV di Jalan Hose. Guru juga bertambah lagi seramai 3 orang setelah sekolah menengah Melayu ini mempunyai 6 kelas iaitu 2 kelas bagi setiap tingkatan dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 240 orang.

17. Pada 1961 bermulalah peperiksaan pertama Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang status kelayakannya sama dengan LCE dalam aliran Inggeris. Cikgu Shaharuddin Ishak telah dilantik sebagai Pengetua pertama untuk sekolah menengah Melayu peringkat percubaan ini. Namun selepas peringkat pertama murid-murid menduduki peperiksaan SRP, Cikgu Shaharuddin telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, sehinggalah pada 1974 beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

18. Selepas mengharungi pelbagai pahit getir menubuhkan sekolah menengah aliran Melayu pertama di Seremban, akhirnya Sekolah Menengah Melayu diiktiraf dan dikurniakan bangunan sendiri di Jalan Sikamat yang hari ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah; yang serentak dengan penubuhan sekolah menengah Melayu di Kuala Pilah iaitu Sekolah Menengah Tuanku Muhammad.

19. Proses penyediaan pelajar menengah aliran Melayu ini adalah untuk memenuhi dasar pendidikan kebangsaan berdasarkan Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Tujuannya adalah untuk mendaulatkan Bahasa Melayu dalam pendidikan kebangsaan; seterusnya memungkinkan kepada penubuhan institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmunya iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Mei 1970.

20. Cuma para pelajar Sekolah Menengah Melayu di Seremban yang mengambil SPM antara tahun 1963 hingga 1969 agak malang sedikit kerana ramai yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti disebabkan UKM hanya wujud selepas tahun 1970.


21. Begitulah sedikit coretan bagaimana peritnya generasi terdahulu, terutamanya anak-anak Melayu yang terpaksa bersusah payah semata-mata untuk menimba ilmu serta mencapai taraf pendidikan tinggi.

22. Generasi muda hari ini sangat beruntung kerana segala-galanya sudah tersedia, cuma rajin atau tidak saja untuk menimba ilmu pengetahuan.

23. Kepada adik-adik pelajar di luar sana, janganlah mensia-siakan harapan ibu bapa, guru, masyarakat dan kerajaan apabila telah diberi peluang yang seluas-luasnya untuk menguasai ilmu.

24. Dunia ini dahulunya dikuasai oleh umat Islam sehingga berupaya menggerunkan pihak Yahudi dan Nasrani, disebabkan kehebatan ilmuan Islam dalam menguasai segala aspek ilmu, sama ada dalam bidang sains, teknologi, perniagaan, ketenteraan, sastera etc. Malah puak macam GMDU di PJ pun pastinya tidak akan sesekali berani bagi alasan bodoh atau buat provokasi bangang terhadap umat Islam sebelum tahun 1492.

25. Tetapi hari ini tiada lagi negara Islam yang benar-benar kuat sehingga mampu menggerunkan pihak musuh. Maka besarlah harapan kami agar suatu hari nanti kegemilangan dan ketamadunan Islam akan dapat dikembalikan menerusi generasi muda Islam Malaysia, yang mungkin bakal menjadi peneraju baru revolusi dunia dalam ilmu sains dan teknologi.

26. Janganlah mudah terpedaya dengan dakyah sesat komplot pembangkang yang cuba untuk memecah-belahkan sesama Melayu dengan cara mengeliru serta meracuni pemikiran generasi muda agar membenci segala dasar kerajaan yang baik selama ini.

27. Tanggungjawab kita selaku bangsa Melayu sangat berat dan tidak mustahil untuk bangsa Melayu yang sedikit ini, mampu untuk menguasai dunia pada suatu masa nanti.

28. Yahudi hanya ada 7.7 juta orang sahaja di muka bumi ini, tetapi mereka telah berjaya menguasai segala aspek kehidupan manusia di seluruh dunia. Umat Islam ada seramai 1.2 billion di seluruh dunia, tetapi mereka lemah kerana tidak bersatu.

29. Ingatlah bahawa saiz dan jumlah sesuatu bangsa itu bukanlah halangan untuk menguasai dunia ini.

30. We are born unarmed. Our mind is our only weapon. Use it wisely.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: