Apabila Pendidikan Dijadikan Alat Untuk Mengaut Untung

26 11 2011

 

Kolej sarang penjenayah?


Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar.

Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas. Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba waktunya.

Jika gagal, mereka akan dibantu pihak kolej untuk memperbaharui visa kemasukan dan pas pelajar bagi menyambung pengajian sekali gus tinggal di negara ini.

Malah, terdapat pelajar asing yang cuba memperbaharui dokumen mereka lebih daripada sekali, meskipun tidak pernah hadir kelas dan disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah seperti dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.

Kegiatan lima buah kolej swasta di ibu negara itu yang seolah-olah melindungi pelajar asing tersebut terbongkar apabila ia dikesan Jabatan Imigresen ketika membuat permohonan memperbaharui dokumen pelajar masing-masing.

Pihak Imigresen bagaimanapun menolak permohonan itu selepas mengesyaki pas beberapa pelajar tersebut disalah guna hasil siasatan terperinci ke atas rekod kehadiran ke kelas serta keputusan akhir peperiksaan.

Malah, ketika permohonan, pihak pengurusan kolej bersungguh-sungguh merayu supaya dokumen pelajar mereka diperbaharui, dipercayai kerana pelajar tersebut sudah membayar wang pengajian.

Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Zahari Hassan memberitahu, pihak pengurusan dan pentadbiran lima kolej berkenaan telah dipanggil dan diberi amaran lisan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan selain memantau aktiviti pelajar mereka.

“Pihak kami dapati, segelintir pelajar asing kolej berkenaan mendaftar tetapi tidak memasuki kelas dan gagal dalam peperiksaan akhir.

“Berikutan itu, pihak kolej diminta mengemukakan keputusan peperiksaan serta rekod kehadiran ke kelas setiap pelajar warga asing sebelum pas mereka diperbaharui setiap tahun.

“Tindakan tegas boleh dikenakan termasuk menyenarai hitam kolej-kolej terlibat serta membatalkan serta-merta permit kelayakan pelajar asing,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan yang mula beroperasi di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Duta di sini hari ini.

Mohd. Zahari berkata, pihaknya mendapati kolej terbabit tidak mengambil berat prestasi dan memantau aktiviti luar pelajar asing.

Beliau tidak menolak kemungkinan pelajar terbabit ‘mengisi masa lapang’ dan menyalahgunakan pas pelajar dengan terlibat dalam kegiatan tidak sihat termasuk pengedaran dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.

“Dalam serbuan yang dijalankan bersama agensi penguat kuasa lain, ada pelajar wanita warga asing yang dipercayai pelacur tidak mengaku mereka terlibat dalam jenayah itu. Sebaliknya, mereka memberi pelbagai alasan termasuk pasangan dibawa itu kekasih mereka,” katanya.

KOMEN : BIASALAH TU BILA BERLAKUNYA SIFAT LEPAS TANGAN AGENSI KERAJAAN YANG MEMBERIKAN LESEN KEPADA PIHAK SWASTA UNTUK MENUBUHKAN KOLEJ… DARI SEGI PEMANTAUAN AKTIVITI KOLEJ SELEPAS ITU ADALAH LEMAH… KALAU DITANYA KEPADA KPT MESTI JAWAPAN STANDARD MEREKA, BUKA SEMUA YANG BUAT TAK ELOK… BAK KATA PERPATAH “NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA…”

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: