Memertabatkan kejahilan

29 11 2011

    • Memang kebanyakkan manusia malas berfikir. Kalau kebanyakkan manusia mmembenarkan diri mereka untuk berfikir, maka tidak wujudlah penindasan dari segi fizikal dan rohani. Hakikat bahawa begitu ramai manusia tidak sedar tentang penindasan ini membuktikkan bahawa sememangnya mereka telah selesa dalam zon kejahilan mereka. Begitu juga jika manusia memang rajin berfikir, tidak lah Al-Quran itu mengandungi berpuluh-puluh ayat yang mengajak, mengajar dan memujuk mansusia untuk berfikir. Malangnya dalam bidang agama pun mereka telah menggadaikan minda mereka kepada segelintir manusia lain yang kononnya mempunyai monopoli hidayah Allah. Namun itu persoalan yang lain.
    • Walaupun manusia amnya malas berfikir, malangnya diNegara tercinta ini kemalasan berfikir bukan sahaja lumrah tetapi telah diinstitusikan sebagai satu budaya yang harus dipertahankan. Kelesuan dan kengganan untuk berfikir telah menular kesegenap lapisan kehidupan kita.
    • Kita bangga dengan pemimpin-pemimpin yang boleh mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja tidak masuk akal tetapi menghina pemikiran manusia waras. Kenyataan-kenyataan mereka itu dengan bangga disiarkan dalam TV dan media arus perdana seolah-olah kita mahu mensejarahkan kebodohan kepimpinan kita. Begitu kerap sekali saya lihat kebodohan kempimpinan politik diraikan seperti pesta diringi oleh tepuk sorak badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan blogger-blogger upahan yang semestinya “allergic” kepada kebolehan berfikir. Seperti ayat dalam Al-Quran, masing-masing gembira dengan kenerakaan masing-masing dengan memikirkan bahawa itulah syurga!
    • Lebih teruk daripada dahulu, hari ini kita dapati begitu ramai “cendikiawan-cendikiawan” yang tumbuh sebagai cendawan tanpa sebarang kebolehan berifkir secara berilmiah atau pun mempunyai kebolehan intelektualisme walaupun masing-masing tanpa segan silu memakai gelaran “Dr” dihadapan nama mereka. Saya tidak harian perkembangan ini kerana saya sudah pun menjangkanya berlaku sewaktu saya masih belajar di UKM bertahun-tahun dahulu. Saya sudah  melihat dahulu bahawa satu budaya baru yang menghormati kelulusan daripada ilmu semakin berkembang di dalam negara tercinta ini. Kelulusan formal atau rasmi disamakan dengan keupayaan intelektualisme. Malangya juga ramai “cendikiawan” yang tidak faham maksud “intellectualism”. Ini lah antara sebabnya yang telah menahan saya daripada belajar sehingga keperingkat PhD kerana saya tidak dapat bayangkan diri saya dinilai oleh puak-puak “superficial” ini walaupun saya begitu cinta dengan ilmu dan proses pemikiran.
    • Hari ini ramai bangga dengan adanya berpuluh-puluh universiti yang tumbuh bagai lalang yang tidak terjaga dan kehadiran hampir 2000 professor-professor dalam negara tercinta ini. Memandangkan kita mengagungkan dan memartabatkan kejahilan, maka tidak pernahlah kita tanya apakah sumbangan professor-professor ini kepada perkembangan ilmu dan masyarakat? Berapa banyakkah buku-buku ilmiah yang telah diterbitkan oleh cendawan-cendawan ini? Apakah teori atau falsafah yang telah mereka “profess” dalam kerjaya mereka sehingga layak digelar professor? Hari ini, professor adalah jawatan bukanya melambangkan keupayaan pemikiran. Perkara yang sama ini telah saya bincang dengan Allahyarham Professor Syed Hussein Al-Atas, bekas VC Universiti Malay dimana beliau mengelar golongan seperti ini sebagai “educated barbarians”.
    • Apabila kita memartabatkan guru-guru dan pensyarah-pensyarah jahil, adakah kita harapkan penuntut-penuntut keluaran universiti tempatan akan berkembang sebagai pemikir, reformis dan berguna?
    • JIka kita membuat satu kajian rambang, kita akan dapati bahawa kebanyakkan kita seolah-olah menganggap berfikir itu satu dosa besar yang harus dihindari. Kita katakan “boring”. Buku-buku yang memerlukan seseorang itu untuk berifkir dipandang sebagai satu virus yang tidak harus didekati. Kalau ada rakan yang membuahkan satu topik yang memerlukan perbincangan menggunakan akal, kita anggap dia sebagai gila atau ganjil. Mereka lebih minat untuk bercakap-cakap kosong mengenai kejadian didalam kehidupan mereka yang juga sama-sama kosong – hal ofis mereka, gelagat orang lain, wayang yang dilihat, masalah-masalah kecil-kecilan dalam kehidupan mereka yang dilihat besar oleh minda mereka yang kecut, dan lain-lain “mundane topics”.
    • Sebenarnya bagi orang yang boleh berfikir, topik-topik ini lah amat membosankan kerana ianya dapat dijangka.  Sememangnya boleh jadi “stressful” bagi seorang yang boleh berfikir hidup dalam masyarakat yang menganggungkan kebodohan dan kejahilan.
    • Paling ketara sekali penyakit tidak mahu berfikir ini adalah dalam hal yang bersangkutan dengan ketuhanan. Amat anih sekali bahawa mereka yang kononnya menganggap agama itu penting tidak mahu meluangkan masa untuk mengkaji atau memikirkan tentang apa yang mereka anuti. Kemalasan mereka itu cuba ditutup dengan alasan bahawa mereka tidak mahir dalam hal-hal agama dan oleh itu membiarkan orang yang lebih “berilmu” itu mengupas bagi pihak mereka. Apakah asas-asas pun tidak tahu? Begitu yakin sekali mereka ini dengan golongan yang dikatakan “berilmu”?  Saya yakin ramai yang tidak akan faham maksud saya disini kerana kita sudah pun di indoktrinasikan  dengan tanggapan bahawa mereka yang berkelulusan daripada universiti semestinya pakar dalam bidang tertentu. Maka, kita tidak pernah mahu berfikir atau menilai mengenai “kelulusan” pakar yang kita idolakan itu. Memang susah ke mendapat kelayakan formal universiti hari in?
    • Pada saya, masyarakat yang membudayakan kebodohan dan kejahilan mengundang musibah keatas dirinya sendiri. Padahnya akan tiba walaupun mengambil masa yang lama.
    • Namun mereka yang sudah lazim dengan candu tidak mahu berfikir akan ketagihkan kebodohan dan kejahilan. Seperti semua ketagihan yang merosakkan, kesudahannya amat jelas.

    Salam.


    Actions

    Information

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s




    %d bloggers like this: