Memartabatkan Kedudukan Pribumi

1 12 2011

UiTM, Utusan Melayu meterai MoU

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin bertukar dokumen dengan Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sambil disaksikan Abdul Aziz Ishak dan Dr. Za’faran Hassan di bangunan Canselori UiTM, Shah Alam, semalam. – UTUSAN/SHAHARANI SAIBI

SHAH ALAM 13 Okt. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Utusan Melayu (M) Bhd. hari ini menjalin kerjasama bagi menjayakan program memartabatkan kedudukan pendidikan orang Melayu, penyelidikan dan perkembangan bahasa Melayu.

Kerjasama itu dimeterai melalui satu memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua institusi tersebut untuk memartabatkan kedudukan bangsa Melayu dan bumiputera di negara ini, termasuk meningkatkan kedudukan bahasa Melayu serta tulisan jawi.

Ini termasuk sokongan Utusan Melayu terhadap program Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti anjuran Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Fakulti Pendidikan UiTM pada 24 November hingga 2 Disember ini di sini.

Menurut Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Utusan Melayu secara konsisten telah banyak membantu memberikan publisiti meluas mengenai UiTM seperti berita mengenai kejayaan pelajar dan para pensyarahnya dalam aspek penyelidikan, pengajaran, pembelajaran dan aktiviti masyarakat.

“Kami di UiTM sentiasa memandang tinggi kepada Utusan kerana pada dasarnya Utusan dan UiTM berkongsi satu wawasan,” katanya pada majlis menandatangani MoU tersebut dan pelancaran program debat berkenaan di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd . Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan timbalannya, Datuk Othman Mohamad.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Debat 211 Jam Tanpa Henti dan Pengarah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM, Prof. Madya Dr. Za‘faran Hassan.

Sahol berkata, memorandum yang ditandatangani tersebut merupakan satu ikatan formal daripada hubungan yang telah terbina sekian lama dan berharap kedua-dua pihak dapat menubuhkan jawatankuasa bersama bagi merangka pelan tindakan bagi memartabatkan bangsa.

Dalam pada itu Mohamed Hashim berkata, pihaknya berasa bangga kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan UiTM yang selama ini telah berjaya memberikan pendidikan tinggi kepada anak-anak bangsa di samping melahirkan ramai tokoh Melayu yang berjaya dalam pelbagai bidang.


Actions

Information

6 responses

13 08 2012
Mat Bantai Membantai

Bos sendiri pung dah mengaku nipu tulis berite ini lagi satu projek nipu rakyat jelata, tak lain tak bukan…

14 08 2012
A Hadeeq Saai

pribumi? sape yang benar2 pribumi? apakah mamak itu pribumi?

14 08 2012
Ruzain Reza

Baca la Perlembagaan Msia tentang siapa itu Bumiputera.
Definasi Melayu(Bumiputera) ialah mereka yg berugama Islam & mengamalkan adat resam Melayu.
Pasal tu orang asal usul Arab,Pakistan,India,Bangla,Selatan Thailand,Kepulauan Nusantara, Selatan Filipina & Brunei boleh jadi Melayu.
Melayu ikut Perlembagaan bukan warna darah ko ada keris waris Hang Tuah.
Kalau nak ikut definasi Nazi tentang siapa itu Rakyat Jerman sejati sampai salasilah 7 keturunan kena periksa aku jamin hampir semua Melayu bukan Melayu tulen.
Tukang bikin Perlembagaan sengaja biar definasi Melayu itu longgar dengan harapan ramai akan menjadi Melayu.

14 08 2012
Sinaran

Apa yang di namakan “Keluarga Besar Melayu” ada 350 juta maanusia di Gugusan Pulau Pulau Melayu atau The Malay Archipelago dan di luarnya.

Baca lah buku “Tamadun Alam Melayu”, 2009, dan “The Malay Civilization”, 2007, kedua duanya di tulis oleh Mohd Arof Ishak, di terbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia, Tingkat 2, Bangunan Persatuan Sejarah Malaysia, depan IJN, Jalan Tun Razak, KL.

14 08 2012
Sinaran

Yang berasal di Gugusan Pulau Pulau Melayu (The Malay Archipelago) ini kesemua nya ada lah Satu Rumpun. Di panggil Keluarga Besar Melayu.

Ini di terangkan dalam dua buku penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia yang menerangkan hasil penyelidekan dan kajian dibuat pakar pakar antarabangsa dan tempatan dalam bidang bidang berkenaan sejak abad 19, di giatkan di bahagian kedua abad 20 yang lalu.

Penerangan pendeknya adalah seperti berikut:

Buku buku “The Malay Civilization” (2007) dan “Tamadun Alam Melayu” (2009), penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia membuat klasifikasi yang lebih meluas berkenaan istilah Melayu, yang merangkumi Orang Asli di Semenanjong dan orang tempatan atau Bumiputera (natives of) Sabah dan Sarawak. Buku buku itu mengatakan kaum Melayu berasal di Gugusan Pulau Pulau Melayu (the Malay Archipelago), yang termasuk Semenanjong Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, lebih 7,000 tahun lalu. Mereka menanam padi dan mula berbudaya makan nasi lebih awal dari mereka di tanah besar China.

Orang Melayu telah masuk keluar pulau pulau didalam Gugusan itu, termasuk Semenanjong Tanah Melayu dan Pulau Besar Borneo, dan keluar hingga ke Madagascar, Australia, New Zealand, Indo-China, Taiwan, Pulau Pulau Malayo- Polynesia dan Pulau Pulau Pacific, hingga ke Hawai. Pada mulanya menggunakan “perahu” yang dipasang pelampong kayu atau “outriggers”, kemudiannya dengan kapal kapal bertingkat, sebesar kapal kapal Angkatan Tentera Roma purba. Mereka mempunyai kepakaran membina kapal dan kemahiran jurumudi yang tidak berbanding disuatu zaman dahulu. Ini semua ada di tulis didalam rekod sejarah purba di negeri Cina dll.

Istilah istilah “Proto-Malays (Orang Asli), Deutero Malays (Melayu mengikut definasi di Perlembagaan Malaysia, penduduk asal atau Bumiputera (natives of) Sabah and Sarawak, Indonesia dll), Malayo-Polynesians dan Austronesians” adalah merujuk kapada “Keluarga Besar Melayu atau Rumpun Melayu” yang meliputi 350 juta maanusia. Usaha usaha mengklasifikasi tersebut telah dilakukan secara saintifik oleh pakar pakar dalam bidang bidang yang berkenaan, berdasarkan bahasa, sifat sifat fisikal, jenis darah (blood types), DNA, dll.

14 08 2012
Sinaran

Mengukut buku “Tamadaun Alam Melayu” yang tersebut di atas, ada lebih dari 1200 bahasa di dalam apa yang dipanggil “Keluarga Besar Bahasa Melayu” didunia sekarang ini. Ahli ahli sains telah menyelidek dan mengkaji bahasa bahasa di Gugusan Pulau Pulau Melayu ini sejak pelayaran Captain Cook di Lautan Pacific. Sejak itu, berbagai pakar telah menyelidek, merekod dan mengkaji sebaran bahasa itu, yang terkemuka diantaranya seperti berikut:

Malay Peninsula: 1 (+4 Aboriginal Malayan languages)
Borneo: 153
Phipippine Islands: 160
Sulawesi: 114
Java Island: 3
Taiwan Island: 23
Madagascar Island: 11

Berikut ada lah contoh perkataan perkataan yang ada persamaan dasar didalam Bahasa Melayu, Tagalog (Philippines), Fiji, Samoa, dll:

dua, empat, lima, enam, mata, jalan, pandan, nior.

Bahasa kumpulan kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak banyak persamaannya dengan Bahasa Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: