Menilai Tahap dan Mutu Penggunaaan Bahasa Kebangsaan

2 12 2011

 

Nama Saya Tan Sri Muhyiddin Yasin!

 

 

Tahniah Tan Sri..inilah yang sudah lama kita tunggu-tunggukan. Sudah tiba masanya bahasa Melayu diaudit penggunaannya dalam agensi dan badan-badan berkanun kerajaan. Malah, kalau dilakukan audit, saya percaya banyak sekali kesalahan bahasa dan ejaan yang dilakukan para penjawat awam sewaktu mereka berucap, menulis memo, menulis surat, menulis minit mesyuarat dan lain-lain aspek penggunaan bahasa. Selama ini kita hanya mengaudit kewangan, pengurusan, kualiti dan perjawatan sahaja – sudah sampai masanya tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan penjawat awam disemak dan diteliti kemampuan mereka – kita mahu mereka menguasai bahasa Melayu tinggi dan bukan bahasa Melayu pasar. Syabas Tan Sri. Perjuangan yang tidak pernah selesai.

KUALA LUMPUR, 10 November – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disaran menjalankan pengauditan bahasa Melayu melalui penarafan bintang ke atas institusi kewangan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan penggunaannya di sektor itu adalah menyeluruh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengauditan itu perlu bagi menilai tahap dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua urusan di institusi kewangan dan GLC.

“Penarafan ini akan menjadi kayu ukur kepada pencapaian institusi kewangan dari segi penggunaan bahasa Melayu.

“Kita memahami bahawa penggunaan bahasa asing terutama bahasa Inggeris adalah penting untuk meningkatkan perniagaan dan perdagangan di peringkat antarabangsa, tetapi tidak bermakna kita harus meminggirkan bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sektor Kewangan dan Insurans di sini, hari ini, yang turut dihadiri sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Muhyiddin menambah, institusi kewangan juga wajar melihat budaya penggunaan bahasa Melayu dalam sektor itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat yang perlu dilaksanakan. Sebagai contoh, kata beliau, institusi kewangan boleh memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan untuk menjayakan aktiviti dan program yang menjurus kepada pembudayaan bahasa Melayu.

Muhyiddin percaya banyak kerjasama strategik antara institusi kewangan dengan badan bahasa dapat diusahakan untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

“GLC sewajarnya mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang kewangan. Dengan itu, inisiatif yang digerakkan oleh DBP dan BNM seperti simposium ini dapat diteruskan oleh penggiat industri kewangan sendiri,” katanya. Muhyiddin turut mencadangkan supaya semua institusi kewangan menyediakan kursus berkaitan bahasa bagi melahirkan modal insan yang mahir dalam bahasa Melayu. – Utusan Malaysia

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: