Perjuangan ke arah “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”

13 12 2011

 

Perjuangan KEMPEN SSS kini berputik!

 

Kempen SSS memuatkan berita mengenai kajian semula sistem pendidikan dengan melibatkan UNESCO. Baca artikel terkini Kempen SSS:-

Kajian Semula Sistem Pendidikan bersama UNESCO

 

  • Blogger PURE SHIITE pula memuatkan artikel terbaru , “The Story of The Satu Sekolah Memo” di mana beliau menyingkap kembali sejarah Kempen SSS. Bagaimana ianya bermula dari perbincangan sekumpulan penggiat alam maya di DEMI NEGARA, penghasilan sebuah memorandum yang tidak pernah disampaikan secara rasmi kepada Menteri Pelajaran serta ranjau sepanjang jalan yang ditempuhi oleh Kempen SSS sehingga hari ini.

  • Walaupun memorandum tersebut hanya tersemat di laman Kempen SSS tanpa pernah disampaikan secara rasmi kepada Menteri berkenaan, sebahagian objektif utama Kempen SSS ini nampaknya telahpun disahut oleh kerajaan, khasnya Menteri dan Kementerian Pelajaran, iaitu:-
  • Kajian Semula Sistem Pendidikan
  • Kajian terhadap matapelaran Sejarah
  • (sila baca artikel PURE SHIITE seperti yang dipautkan di atas untuk maklumat lanjut mengenai pencapaian objektif Kempen SSS setakat ini)
  • Adalah penting juga untuk ditekankan bahawa terdapat silap faham, terutama dari golongan-golongan mereka yang merasakan kaum mereka tergugat dari Kempen SSS ini. Mengulangi kata-kata Tagore, iaitu “to build a nation, first build a school“, Kempen SSS ini memperjuang pembentukan negara MALAYsia berasaskan kepada Rukun dan Perlembagaan Negara di mana ianya perlu dididik/diterapkan seawal usia semenjak dari bangku sekolah lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
  • Later, upon satisfactory cohesion and amalgamation of the Malaysian populace into a truly united Bangsa Malaysia, then by law, ALL references to race and ethnicity in our daily activities should be forbidden.

  • Apabila kita semua menjadi BANGSA MALAYSIA (sila hayati tulisan Kijang Mas yang dipautkan di atas untuk memahami siapa itu Bangsa Malaysia) maka tiadalah sifat perkauman Melayu, Cina, India dan lain-lain yang menghantui kita selama ini.
  • Kenapa MALAYsia? Kerana bumi dahulunya bernama Semenanjung Tanah Melayu. Jadi janganlah kita begitu tebal sifat perkauman seolah-olah negara kita sebenarnya berada nun di seberang laut, hanya tubuh badan saja “mendatang” di bumi ini. Dan janganlah pula, akibat ketebalan sifat perkauman ini, kita hendak “spin” dengan menyamakan Bangsa Malaysia anjuran Kijang Mas/Kempen SSS ini sama seperti “Bangsa Malaysia” Malaysian Malaysia DAP yang sebenarnya berbau hapak politik kecinaaan. Jangan dikelirukan Bangsa Malaysia ini seperti yang dilakukan oleh blogger INI. Bagi saya, blogger ini telah menyerang Kempen SSS secara tidak adil dengan menggambarkan seolah-olah Kempen SSS ini adalah mereka-mereka yang “ektrim” kemelayuan dan keislamannya sedangkan Kempen SSS berjuang ke arah “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”. Di sini juga nampaknya blogger ini juga cuba mencemari perjuangan Kempen SSS ini dengan cuba menyamakan perjuangan ini dengan konsep DAP Malaysian Malaysia. KijangMas pernah memberi komen (pautannya di SINI):-
  • “this woman must have gone through gut wrenching personal trauma involving Malays and Islam for her to write such vicious fallacies.”

  • (Komen di atas merujuk kepada artikel blogger berkenaan yang bertajuk, “Enforcing NEP on minority religions” – sila klik DI SINI untuk pautan artikel tersebut)

  • Itulah sebahagian duri-duri sepanjang jalan yang ditempuhi oleh Kempen SSS dalam perjuangan “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA” yang datang dari pelbagai golongan, hatta seorang Timbalan Menteri Pendidikan pun seperti yang diceritakan oleh PURE SHIITE dalam artikel beliau di atas.
  • Voices Around menyokong langkah-langkah yang di kini diambil oleh Kementerian Pelajaran, khasnya langkah kajian semula sistem pendidikan negara dan matapelajaran sejarah. Harapnya juga kepada DS Najib, kalaupun tidak mahu memberi sokongan kepada SATU SEKOLAH ini, setidaknya-tidaknya DS Najib tidak perlulah begitu lantang bersuara untuk menegakkan sistem pendidikan vernakular di negara ini sekali gus mengguris semangat Kempen SSS dalam perjuangan membina anak bangsa dan negara ke arah “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”.
  • Apabila kita semua benar-benar berbangsa MALAYsia (walaupun kita semuanya dari pelbagai keturunan atau kaum), maka perlukah kita sebut lagi “aku Melayu, kau Cina, dia India” sedangkan kita semua sebenarnya berbangsa MALAYsia? Hayatilah tulisan Kijang Mas di atas di mana, apabila lahirnya Bangsa MALAYsia ini, maka, “ALL references to race and ethnicity in our daily activities should be forbidden.” 



  • KITA MERDEKA SEBAGAI SATU BANGSA MALAYSIA


  • Mari kita semua meriahkan perjuangan ini dengan menyumbang ke arah usaha murni KEMPEN SSS dengan:-


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: