PRIMES – Badan Bukan Kerajaan Golongan Belia

24 12 2011

 

 

Pertubuhan Berdaftar Bukan Kerajaan NGO PRIMES

 
PERTUBUHAN INTEGRITI MELAYU BERSATU  atau nama ringkasnya PRIMES adalah satu badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Kerajaan Malaysia. Pertubuhan ini diwakili oleh golongan belia yang meletakkan kepentingan negara Malaysia, khasnya agama Islam dan kaum Melayu sebagai objektif pertubuhan.

 

Perjuangan ahli pertubuhan merangkumi perkara-perkara berikut:
  • Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia;
  • Mendukung dan mempertahankan perlembagaan negara, perlembagaan negeri-negeri dan raja berpelembagaan;
  • Menegak, mempertahan dan mengembangkan agama Islam iaitu agama rasmi Malaysia serta menghormati prinsip kebebasan beragama;
  • Mempertahankan dan memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia dan kebudayaan kebangsaan berteraskan kebudayaan Melayu;
  • Mempertahankan kerjasama antara kaum berdasarkan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera tanpa mengabaikan hak-hak kaum lain.

Sebagai tanda pengiktirafan, PRIMES telah menjadi rakan rasmi Sahabat NGO dan Duta Keamanan Dunia(International Association of Educators for World Peace, United Nations)