Anwar Will Speed Up The Removal Of Racial Quotas For University Places

31 01 2012

Anwar – Tiada Lagi Kuota Bumiputera IPTA

Buat renungan orang Melayu semua khususnya mereka yang punya anak-anak yang bersekolah, yang menaruh harapan tinggi disebalik keadaan yang serba kekurangan berbanding anak-anak kaum lain yang lebih berkemampuan dalam memberi segala bantuan tambahan dalam pembelajaran anak-anak ….. juga buat renungan mahasiswa pro BEBAS yang pencapaian akademik mereka langsung tidak melayakkan mereka untuk terus bergelar sebagai mahasiswa …

Jika Pakatan Rakyat mengambilalih Putrajaya, Anwar akan pastikan TIDAK ADA LAGI kuota Bumiputera untuk kemasukan ke IPTA. Semuanya Meritokrasi 100% !

If elected, Mr. Anwar said he would speed up the removal of racial quotas for university places and focus on helping lower-income groups regardless of race instead of solely aiding ethnic Malays.


Buat renungan orang PAS yang begitu bangga dan sering kaitkan perjuangan PAS dengan perjuangan HAMAS  ( seolah orang Islam selain Pas tidak sehebat sokongan mereka ) –


Anwar menegaskan yang beliau menyokong penuh segala usaha untuk mempertahankan keselamatan / kedaulatan negara Israel.


“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Dalam isu Homoseks, Anwar masih tetap dengan pendiriannya yang Undang-undang Liwat Malaysia sudah ketinggalan zaman dan perlu dipinda.

‘ Bukan urusan saya nak menyerang atau menangkap orang berdasarkan orientasi seks mereka.’


Still, Mr. Anwar said that Malaysia’s sodomy laws are “archaic” and could be amended.
“It is not my business to attack people or arrest people based on their sexual orientation,”.

Bolehkah kenyataan itu dibaca seperti ini –


Saya tak ambil kisah pilihan seks seseorang, seks bebas atau homoseks atau lesbian atau apa saja.. ? Semua BEBAS untuk memilih…..   ?

Petikan saya ambil dari Asian Wall Street Journal

 





Apa Hendak Jadi Dengan Negara Ini

30 01 2012

 

 

 

 

Negara Ini Negara Cinasia

Satu artikel yang baru diterbit oleh KEMPEN SSS berjudul:-

RACISM IN BROAD DAY LIGHT

  • Petikan dari artikel tersebut:-
  • “I wanted to enroll my 7-year old daughter at a Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) in Ampang. I went to see the headmaster but upon seeingthat my daughter wore a ‘tudung’, he asked me to send her to a Sekolah Kebangsaan.
  • “He said there is no place for a Malay student in a Chinese school, especially those with ‘tudung’,” he said, anguish and frustrated.
  • “He also said that Chinese schools are supposed to be for Chinese only.”

  • Tidak mahu komen banyak. Sebab di Malaysia ini “understanding, tolerance and acceptance” nampaknya macam “one-way-street” saja. Dulu, 2 pemuda dari satu kaum kena hukum sebab “molotov-cocktail”kan (?) gereja. Yang masjid, surau disimbah cat, dihumban kepala babi tidak pula diambil tindakan. Malahan dalam satu insiden surau di cat merah oleh budak dari satu kaum yang lain, dibuat jamuan sekampung pula siap dengan kehadiran ahli politik.
  • Ingat sajalah kepada insiden cikgu Siti Inshah? Pengetua sebuah sekolah di utara? Penolong Pengarah BTN? Orang PM sendiri sehingga terpaksa letak jawatan?
  • These are THE WORST KIND !!! Mana dia ikon 1-Malaysia? Tak nak buat video NAH! NAH!! SUCK!! SUCK!! ke yang merujuk kepada headmaster SRJK(C) kat Ampang tu?
  • Untuk “understanding”, Bahasa Kebangsaan dicampak ke dalam longkang, bahasa Mandarin (bukan bahasa ibunda pun! tetapi bahasa kebangsaan negara asing) dijulang. Biarpun ada akta bahasa rasmi dan artikel Perlembagaan 152!
  • Rakyat Malaysia yang lain juga diseru supaya “tolerate”, biarpun “ultra-kiasu” sudahpun terlampau di negara ini. Sikap hormat-menghormati nampaknya ditekankan dan diserukan hanya kepada sebelah pihak saja.
  • Nak “accept” apa kalau dah begini?
  • Dia kata “no place for a Malay student in a Chinese school” dan “Chinese schools are supposed to be for Chinese only“.  Jadi kalau orang lain kata “Is there a place for a chinese in MALAYsia? Chinese balik tongsang la! Pendatang!!!“, rasanya barulah adilkan? Imej di bawah ini baru saja saya ambil di sebuah persimpangan selepas keluar dari sebuah lebuhraya tol:-
  • Apakah maksud di sebalik papan tanda di atas ini bermakna “hanya untuk orang cina? Supposed to be for Chinese only, seperti kata headmaster itu? Well.. ini MALAYsia dan bahasa Kebangsaan serta bahasa rasmi negara ini, yang diperuntukkan oleh undang-undang dan Perlembagaan bukan bahasa yang diguna-pakai oleh papantanda di atas. Bahasa asing ini sudah begitu “rampant” sekali di negara ini, tidak sahaja terhad kepada papan tanda seperti di atas. Dari orang-orang tepi jalan yang mengaku dirinya rakyat Malaysia sehinggalah ke pemimpin negara sendiri!
  • Bagaimana kalau ada yang mengatakan MALAYsia ini hanyalah untuk orang Malaysia, tiada tempat untuk orang cina dan orang india? Tidak salahkan? Kerana kenyataan ini bersandarkan kepada Rukun Negara dan Perlembagaan yang kita semua telah setuju mengubah bumi ini dari Tanah Melayu kepada Malaysia dan bahasa Kebangsaan/Rasminya berasaskan kepada bahasa Melayu. Jadi, kenyataan headmaster cina itu “chinese school for chinese only” itu bersandarkan apa? Adakah ini bumi People’s Republic of China untuk dia mengatakan begitu?
  • Inilah.. sekolah haram TETAP HARAM, hanya pemimpin yang lemah terpaksa tunduk menabur wang tax-payer kepada sekolah yang bukan sekolah kebangsaan ini. Bila  tang itu, melaung pula nak disuruh layan samarata dengan sekolah kebangsaan… bila tang nilai-nilai kebangsaan, pandai pula kata sekolah cina tu ada pengurusannya tersendiri dan guna bahasa pengantar tersendiri walaupun ianya bahasa rasmi negara asing!! Yang “mother-tongue” cantonese bukannya fasihpun dengan Mandarin!




Pembinaan Bangsa & Negara Yang Dikompromi oleh Ahli-Ahli Politik Sekarang Ini

28 01 2012

 

 

DO dipaksa tukar tanah gezet diberi sekolah cina

 

 

Dulu Datuk Khusrin menjadi mangsa permainan politik mereka. Maklumat yang kami terima beberapa minggu lepas pula mengatakan Pegawai Daerah Petaling,Dato’ Zulkepli Bin Ahmad pula yang menjadi mangsa permainan politik PKR dan DAP.

Punca pergaduhan antara Khalid Ibrahim dengan Datuk Zul adalah kerana isu tanah sekolah.

Khalid Ibrahim mengarahkan Datuk Zul agar tanah-tanah yang telah digazetkan sebagai sekolah kebangsaan tetapi belum lagi dibina sekolahnya agar diberi kepada sekolah jenis kebangsaan cina.

Keengganan Datuk Zul menuruti perintah Khalid Ibrahim telah menyebabkan Khalid menghantar surat kepada Ketua Setiausaha Negara meminta agar Datuk Zul ditukarkan.

Khalid sekali lagi menunjukkan kebodohannya dalam pentadbiran sebagaimana kes perlantikan Datuk Khusrin dulu. Beliau bukan tidak boleh, malah tidak layak untuk meminta supaya pegawai daerah ditukarkan.

Kuasa tersebut terletak di tangan Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Ketua Setiausaha Negara. Orang yang layak menghantar surat kepada KSN adalah Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor.

Baca sepenuhnya di Sel13.com sini





Foundation To Build A Nation

27 01 2012

Pre GE13: If The Foundation of BN is Race & Ethnicity… Pakatan Rakyat?

Barisan Nasional is racist! UMNO, MCA, MIC are all racist bigots!!!

I guess that what is normally heard for the past few years. In a way, those kind of statement are due to the member of Barisan Nasional coalition are majority and largely made of race based party. The three main – UMNO to take care of the Malays and Bumiputera; MCA taking care of chinese matters and MIC on indian matters. Is it racist if one to concern of his/her own race?

Before we go any further..what is the definition of racist in the first place? Racist, according to thefreedictionary.com is defined as a person with a prejudiced belief that one race is superior to others.

If someone is concern about his/her own race development and achievement, does it made him/her a racist? I don’t think so, unless the concern or remarks he/she made belittled other race. For example the word “nigger” if it is said to certain people, you will get beaten as nigger is an offensive slang.

So, are most of us in Malaysian really understand the use of the word “racist”? Do most of us use it in a right condition? I let you to think, and perhaps you can share your thoughts here (with the exact wordings, so that I can understand where do you come from).

OK, back to the topic.

Barisan Nasional is a coalition based on few race based party which one of their main objective is to take care the welfare of their own race, without jeopardising the unity of the nation. In another point of view is, each of the party member also has a task to look after their race/ethnic’s concern and development. It is organised in a such a way, and focused. I guess, that’s the Barisan Nasional way of doing things and it is their system.

How about Pakatan Rakyat? What are they made of?

We have DAP, who claimed they are not racist based party, a party for all Malaysians. Recent development and the news they throw in the limelight shows that they are getting members from Malay (in which, I don’t understand the need if really they are not dominantly controlled by a single race). The news they shout out to show they are not racist as one accused them of. But hey, the malays/bumiputeras who joined them are merely members and not leader rank type. If they are, they should be also in the leadership hierarchy. Oh well, we’ll see how they are going about this, especially when the date of GE13 is announced.

We also have Parti Keadilan Rakyat (PKR), who also claimed they are a party for all Malaysians. Hmm.. okay, another party claimed for all Malaysians. So, two parties for all Malaysians in a single coalition? Hmm.. what are their differences? Can you tell me?

Another giant and important party in Pakatan Rakyat – PAS, which a party known their purpose is for Islam. Since Islam is not limited by a single race, technically, they are also a party for all Malaysians… but can a non-muslim be part of the party? If yes, what happened to all the accusations to UMNO saying working with kafir makes them a kafir too? Can someone explain?

In an overview, Barisan Nasional is made of race based parties, working towards to the unity of all. As for Pakatan Rakyat, they are made of parties for all (with one additional clause – Islamic based), working for all, but each of them having different intrepretations and directions.

Or…

Maybe I am wrong how Pakatan Rakyat is made of and how they work… can someone tell me? I am very much confused!!!

Question on the street: How long the Pakatan Rakyat agree to disagree can last? If they are to rule Malaysia, they need to agree on the foundation. If not, it will chaotic once broken.





RACISM IN BROAD DAY LIGHT

26 01 2012

NOTE :

In their post, JUST READ! asked:-

“All Sekolah Kebangsaan, SRJK (Cina) and SRJK (Tamil) are government-aided schools. It belongs to the government, right?”

Kempen SSS would direct readers’ attention to the previous post titled “SEKOLAH HARAM” (CLICK)

Full article by JUST READ! is reproduced below.

 

SRJK (C) is not for Chinese only!

 

“I wanted to enroll my 7-year old daughter at a Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) in Ampang. I went to see the headmaster but upon seeing that my daughter wore a ‘tudung’, he asked me to send her to a Sekolah Kebangsaan.

“He said there is no place for a Malay student in a Chinese school, especially those with ‘tudung’,” he said, anguish and frustrated.

“He also said that Chinese schools are supposed to be for Chinese only.”

I am checking on the allegation.

However, the public general perception has always been stereotype – that whenever a non-Chinese pupil enrolls at any SRJK(C), his or her intention is to take up Mandarin and acquire Chinese knowledge.

This is actually wrong, totally not right. All Sekolah Kebangsaan, SRJK (Cina) and SRJK (Tamil) are government-aided schools. It belongs to the government, right? (see ‘NOTE’ above)

So, while all Sekolah Kebangsaan accepts non-Malay students, the Malays too deserve all rights to enroll at any SRJK(C) and SRJK(T), am I’m not right? These are all government schools. (?? see ‘NOTE’ above)

But why must there still be abrasive remarks about the system? I don’t want to call the headmaster ‘a racist’ for his attitude but it reflects more on the government’s hands-on policy on non-Sekolah Kebangsaan matters.

The Education Ministry, I believe, only ensures that the schools are under good management and with ample facilities but it fails to monitor the type of teachers being deployed. Whether its a Sekolah Kebangsaan, SRJK(C) or SRJK(T), the teachers, especially headmasters must be tuned to the fact that they are on the government’s payroll.

Most important is, the schools are open to all Malaysians, not for a single race.

And I am also of the opinion that the ‘Satu Sekolah Untuk Semua’ will be most practical to address such a situation.





A Divisive CNY Message by A Politician – “He may be better off calling on his own flock to unite”

25 01 2012

 

 

Prosperous, sharing and together; or Fractured and divisive?

 

 

Kit Siang, in his New Year message, called on the Malaysian Chinese to “unite and rise as one dragon, together with all other Malaysians, to effect a change of power in Putrajaya in the next general elections”.

He may be better off calling on his own flock to unite. After the unseemly public feud between Karpal Singh and P Ramasamy, voters are disappointed that the party is riven by internal squabbles.

MCA, on the other hand, offers stability because of its partnership with Umno.

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, party president of MCA, said in his New Year message, “Let us hope that the Dragon Year will bring forth greatness to our country’s economy, political stability, and a better future for all Malaysians.”

It’s interesting to note that Chua did not turn his New Year message into a political speech, as Kit Siang had tried.

In fact, the MCA may well attract more Chinese voters as it offers a more restrained polity that stands in stark contrast to DAP’s strident politics.

For the Chinese voter, economic growth is important, as is political stability and ethnic harmony.

On these three key issues, the track record of DAP is found wanting. Its handling of Penang’s economy is now being questioned. Compare this to the steps being taken by BN to boost the national economy through its reforms.

As for political stability, you only have to look at the squabbles within DAP and its patchy ties with ally party PAS over hudud. In comparison, Chinese voters may find MCA and its established partnership with Umno more reassuring.

And finally, the Chinese community’s wish for ethnic harmony looks better served by the ‘1Malaysia’ vision of all communities jointly participating in the development of the country, not by the confrontational stance taken by DAP vis-a-vis the Malay majority.

After all, in a diverse country like Malaysia, a community progresses best when it works as part of a team, not when it loudly demands its dues – that would only raise the hackles of everyone else.

The Chinese vote is going to be important in the next election, and more than most people think.

For the community could be key in deciding the future of Malaysia: do we want a prosperous country where all communities work together and benefit jointly, or a fractured society where it’s every community for itself?

Extract from The Choice here





SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

23 01 2012





Bahasa Malaysia

19 01 2012

January 16, 2012

 

16 JAN — Judul sajak “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia” karya Retna Devi Balan turut menjadi moto bagi Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada Ogos 1999.

Di negara bertuah ini, topik berkaitan istilah “Bahasa Malaysia” adalah amat sensitif dan tidak mustahil si pengguna istilah itu akan dilabel sebagai “cuba menggugat ketenteraman rakyat di negara ini”.

Agak menarik untuk diperhatikan bahawa apabila Menteri Pelajaran, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempopularkan semula penggunaan istilah “bahasa Melayu” di sekolah pada awal 1990-an, ramai yang mula mengandaikan bahawa istilah “Bahasa Malaysia” sudah dimansuhkan, dihapuskan dan tidak wujud di mayapada.

Kemuncak daripada “kejahilan” itu adalah apabila pegawai tertentu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menghalang saya daripada menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” pada 1999.

Keputusan penggunaan semula ‘Bahasa Malaysia’ dilaporkan akhbar pelbagai bahasa.
Perkara itu saya dedahkan secara terperinci menerusi tulisan bertajuk “My Right to Use Bahasa Malaysia” di akhbar New Straits Times pada 3 November 1999.

Pada 20 Oktober 1999, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan rasmi bahawa istilah “Bahasa Malaysia” lebih sesuai digunakan dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini.

Hampir tujuh setengah tahun kemudian, iaitu pada April 2007, Jemaah Menteri membuat keputusan sebulat suara berhubung penggunaan semula istilah “Bahasa Malaysia” apabila merujuk pada bahasa kebangsaan.

Akhbar-akhbar utama Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin pada 4 Jun 2007 melaporkan bahawa keputusan itu dibuat dengan tujuan murni mewujudkan semangat bahawa bahasa kebangsaan adalah milik semua tanpa mengira kaum.

Keputusan bijak itu juga bertujuan mengelakkan polemik daripada pihak tertentu yang beranggapan bahasa Melayu adalah milik kaum tertentu.

Bahasa Malaysia mampu memupuk perpaduan dan semangat kekitaan.

Demikian diakui Timbalan Perdana Menteri, Najib dan turut dilaporkan di akhbar Utusan Malaysia, Malaysia Nanban dan Sin Chew Jit Poh pada 5 Jun 2007.

Semua kementerian dan institusi pengajian tinggi juga diarah memaklumkan kepada jabatan serta agensi masing-masing supaya menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” dalam surat-menyurat, notis dan dokumen, berkuat kuasa serta-merta.

Pada 6 Jun 2007, akhbar Berita Harian menyiarkan surat daripada seorang pembaca, Hasbullah Mat Daud dari Segambut, Kuala Lumpur.

“Keputusan Kabinet menggunakan semula istilah Bahasa Malaysia bagi merujuk pada bahasa kebangsaan adalah pendekatan yang baik dan sesuai.

“Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj memperkenalkan istilah Bahasa Malaysia sebagai langkah untuk menyemai identiti Malaysia. Pandangan Tunku cukup relevan sehingga ke hari ini,” katanya.

UPSR, PMR dan SPM sepatutnya sudah turut menggunakan istilah yang diarahkan.
Akhbar berkenaan turut menyiarkan kenyataan Kavyan menyokong penuh keputusan yang diambil kerajaan dalam usaha mewujudkan perasaan “kekitaan” dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, budaya, adat, agama dan bahasa ibunda.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon mengesahkan bahawa pekeliling sudah dihantar pada 18 Mei 2007 ke semua jabatan pelajaran negeri dan semua bahagian di Kementerian Pelajaran supaya istilah “Bahasa Malaysia” digunakan bagi mata pelajaran berkenaan di sekolah.

Akhbar The Star (7 Jun 2007) melaporkan bahawa sejak 1992, subjek itu dikenali sebagai “Bahasa Melayu” dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada 15 Jun 2007, akhbar Berita Harian dan The Star melaporkan kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengesahkan bahawa istilah “Bahasa Malaysia” akan digunakan dalam PMR dan SPM mulai tahun berkenaan.

Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran menerusi DBP akan menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” bagi semua buku teks subjek berkenaan.

“Penggunaan istilah Bahasa Malaysia menunjukkan ia bahasa ilmu dan bahasa perpaduan yang terus mempertahankan identiti kita sebagai negara berbilang kaum,” kata Hishammuddin.

Demikian senario yang berlaku sekitar empat setengah tahun dahulu. Orang ramai selaku The Third Force boleh menilai sendiri sama ada segala janji dan keputusan Kabinet pada 2007 (sebelum Pilihan Raya Umum 2008) dilaksanakan seperti sepatutnya.

Ahli Parlimen ditegur kerana kurang menguasai Bahasa Malaysia.
Kavyan masih menerima aduan dan rungutan daripada ibu bapa, guru dan pelajar pada setiap kali UPSR, PMR dan SPM berlangsung. Nampaknya penggunaan istilah “Bahasa Malaysia” masih diabaikan dan dipandang sipi oleh pihak berwajib.

Hal ini tidak bermakna orang ramai menolak penggunaan istilah “bahasa Melayu”. Sebaliknya masyarakat pelbagai kaum yang berasa bangga dengan keputusan penggunaan “Bahasa Malaysia” berhak dan mempunyai alasan kukuh untuk berasa kecewa apabila istilah itu tidak diletakkan pada kedudukan tinggi yang sepatutnya.

Sempena 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri, pada 10 Julai 2009, saya menulis artikel bertajuk “Jangan lupakan bahasa kita, Bahasa Malaysia” di The Malaysian Insider.

Saya nyatakan bahawa ada sesuatu yang “hilang”, “tertinggal” atau “terlupa” diberi perhatian oleh beliau sejak bergelar Perdana Menteri.

“Mungkin Datuk Seri tidak sedar bahawa sebenarnya sehingga hari ini masih ada diskriminasi terhadap penggunaan dan pengguna istilah ‘Bahasa Malaysia’ — suatu istilah yang diperkenalkan melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1970 bersama-sama Rukun Negara dan Rukun Tetangga berikutan peristiwa hitam 13 Mei 1969.

“Mungkin tidak sampai kepada pengetahuan Datuk Seri bahawa golongan yang menggunakan istilah ‘Bahasa Malaysia’ diberi pelbagai label negative yang sengaja dicipta oleh kelompok yang tidak bertanggungjawab,” saya tegaskan dalam artikel itu.

Tidak mustahil ada pihak yang menganggap isu berhubung hak penggunaan istilah “Bahasa Malaysia” sebagai perkara remeh-temeh yang tidak perlu diberi perhatian; apatah lagi oleh seorang Perdana Menteri yang tentu sahaja ada pelbagai perkara penting untuk difikirkan.

Bagaimanapun, bagi saya sebagai seorang rakyat biasa, perkara yang mungkin dianggap remeh itu tetap membawa makna dan kesan besar. Khususnya kerana lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.

Apa yang menyedihkan adalah bahawa Najib yang pernah lantang bersuara menyokong penggunaan istilah “Bahasa Malaysia” kemudian mula senyap dan menyepi selepas memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Dalam kesibukan beliau mempelopori gagasan 1 Malaysia di seluruh pelosok negara, mungkin beliau terlupa bahawa Bahasa Malaysia juga suatu aspek yang amat penting dalam pembinaan Bangsa Malaysia yang diimpikan.

Kita sering “seronok” mengata dan mengatakan kaum itu dan kaum ini kurang menggunakan bahasa kebangsaan. Pada masa sama, kita jugalah yang tidak mahu menerima hakikat kewujudan istilah “Bahasa Malaysia” yang menjadi milik bersama.

Gambaran seolah-olah kaum ‘Bukan Melayu’ tidak mencintai Bahasa Malaysia.
Apa yang menimbulkan keresahan adalah apabila “kaum Cina atau India” sentiasa dipersalahkan dalam soal penguasaan Bahasa Malaysia; seperti turut dinyatakan seorang individu menerusi surat yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 7 Ogos 2007.

Pada 14 Ogos 2007, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pula melahirkan rasa kesal terhadap segelintir Ahli Parlimen yang masih gagal menguasai Bahasa Malaysia dengan baik.

Katanya, rakyat mempunyai kuasa untuk “menghukum” pihak terbabit kerana “kalau sudah berada di Parlimen selama dua penggal tetapi masih tidak mampu menguasai Bahasa Malaysia, ia ibarat sia-sia.”

Saya percaya, kuasa “menghukum” yang sama juga wajar digunakan terhadap mana-mana pihak yang enggan mengiktiraf penggunaan istilah “Bahasa Malaysia”.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah berpendapat, “Malaysia gagal menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penyatuan dalam sistem persekolahan kebangsaan” (Utusan Malaysia, 28 Ogos 2007).

Kebetulan, hampir lima tahun selepas Kabinet membuat keputusan, kita masih menanti dan ternanti-nanti “Bahasa Malaysia” digunakan di kelas dan semasa UPSR, PMR dan SPM.

Lalu, siapa yang perlu “dihukum” oleh The Third Force dalam isu ini?

Atau kita ambil saja jalan keluar paling mudah dengan mengatakan “tidak pernah mendengar ada pertubuhan dari kaum Cina atau India yang menjalankan gerakan untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan” (Utusan Malaysia, 7 Ogos 2007).

Dalam perkembangan terbaru, Anwar dilaporkan “memberi jaminan akan menghapuskan diskriminasi kaum sekiranya dilantik menjadi Perdana Penteri selain mengesahkan Pakatan Rakyat akan mengangkat hak semua kaum” (The Malaysian Insider, 7 Januari 2012).

Soalan pertama saya: apakah Pakatan Rakyat akan mengiktiraf “Bahasa Malaysia” atau kembali kepada “bahasa Melayu” seperti pendirian Anwar pada 1990-an?

 

 

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.





Nasib Bahasa Kebangsaan Terletak di Tangan Orang Melayu

18 01 2012

 

 

Terpulanglah Kepada Orang Melayu Sendiri…

  • Dalam sebulan dua lepas, saya beratur untuk membeli sarapan pagi di sebuah gerai di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur. Di hadapan saya ada 2 anggota polis segak dengan seragam juga sedang beratur dan berbual sesama sendiri.
  • Aduh! sejuknya hati apabila memasang telinga. Bukan perhatian saya kepada isi perbualan kedua-dua adik polis ini, tetapi bahasa yang mereka gunakan untuk berkomunikasi. Saya agak kedua-dua adik polis ini baru ditauliahkan untuk menjalankan tugas-tugas menjaga keselamatan negara. Di dada mereka, tersemat ‘name tag’‘, seorang dari keturunan India dan seorang lagi dari keturunan Cina. Kedua-dua mereka berkomunikasi lancar dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan!
  • Aduh! Sesuatu yang jarang saya lihat di bandar-bandar besar, malahan pekan-pekan sekalipun di Malaysia dewasa ini!
  • Akhir tahun lepas, saya berjalan-jalan di Singapura menggunakan sistem pengangkutan awam mereka. Ini sebahagian cebisan pengalaman yang tersemat di kepala saya:-
    • Saya nampak empat bahasa di pintu MRT – Inggeris, Melayu, Mandarin (?), Tamil (?)
    • Abang pemandu teksi keturunan Cina berkomunikasi dengan saya menggunakan Bahasa Melayu sedangkan saya lebih menggunakan Bahasa Inggeris dengannya.
    • Di dalam MRT, lebih ramai yang mengadap iphone, ipad dan seumpamanya. Seorang Melayu berbual dengan seorang India dalam bahasa Melayu. Seorang Cina dengan Cina yang lain berbual dalam bahasa Inggeris. Sekurang-kurang 3 orang pelbagai keturunan, berbual sesama mereka dalam bahasa Melayu. Adik (keturunan Melayu) di kaunter pelanggan MRT berkomunikasi dengan saya dalam bahasa Melayu sedangkan saya banyak menggunakan bahasa Inggeris.  Seorang abang, nampak macam keturunan Serani (?) datang berbual dengan saya menggunakan bahasa Inggeris di sebuah ‘food court’ di mana tuan punya gerai roti canai (keturunan India) menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan rakan-rakan tuan punya gerai yang lain di sepanjang pemerhatian saya waktu itu. Di sebuah food court yang lain di mana hanya terdapat 2 buah gerai kepunyaan keturunan Melayu, majoritinya keturunan Cina – bahasa yang terdengar di telinga semasa minum itu adalah bahasa Inggeris dan Melayu sahaja. Kesimpulan yang saya boleh buat – Walaupun bahasa rasmi Singapura adalah Inggeris dan merupakan bahasa utama, Bahasa Melayu masih lagi menjadi bahasa komunikasi setempat yang relevan.
  • Tidak berapa lama dahulu, semasa rehat di katil menonton di kaca TV, perlawanan bolasepak liga Inggeris di sebuah hotel di Thailand – bahasa  pengulas bolasepak itu telahpun dialih-bahasakan kepada Bahasa Thai (bahasa original pengulas tersebut adalah Inggeris kerana pengulasnya orang UK!!). Adalah terjemahan teks kat bawah tu dalam bahasa Inggeris.  Sama keadaannya di hotel di Turki. “Content” asingnya dialih bahasakan kepada bahasa Turki untuk siaran di TV. Hmmm…. keadaan ini hampir sama masa saya  kecil-kecil dahulu – tetapi tidak lagi sekarang. Jarang saya lihat “content” asing dialihbahasakan ke bahasa Kebangsaan seperti di Thailand, Turki.. apalagi di Jepun dan Indonesia. Malahan “content” tempatan pun banyak yang tidak berbahasa Kebangsaan di Malaysia ini!!
  • Apa telah jadi dengan bahasa Kebangsaan Malaysia? Bolehkah anda semua rasai betapa “sejuknya hati saya” dalam pengalaman terserempak dengan dua adik polis di TTDI tadi?
  • Kita semua telah setuju dengan penubuhan MALAYsia dari penggabungan SABAH dan SARAWAK dengan SEMENANJUNG TANAH MELAYU dan penyingkiran SINGAPURA. Jika tidak, masakan nenek moyang kita pahatkan Artikel 152 dalam Perlembagaan Negara. Ditekankan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan! Apakah Artikel 152 persetujuan nenek moyang kita sudah LAPUK kini?
  • Bagi saya, ini terpulanglah kepada ORANG MELAYU, kaum asas penubuhan MALAYsia ini. Bahasa Kebangsaan MALAYsia adalah Bahasa Melayu. Sudahpun terpahat dalam Perlembagaan. Diperkasakan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan. Semua “perkakas memasak” sudah siap tersedia sejak dari dulu lagi. Persoalannya, “Adakah orang Melayu ingin terus memasak dengan segala apa yang telah tersedia?“:-
    • Kita tanya DS Najib, PM kita dan presiden parti politik kaum Melayu
    • Kita tanya TS Muhyiddin, TPM yang bertanggungjawab ke atas anak-anak bangsa Malaysia – “to build a nation, first build a school
    • Kita tanya kumpulan konon pejuang bahasa Melayu KINI, kumpulan pengusung Keranda 152. Kenapa hanya PPSMI yang bukanpun bertujuan mengajar “Bahasa”? Kenapa tidak mengusung Keranda 152 di sekolah-sekolah rendah vernakular yang menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pengantar? Dan kini semakin parah menjangkiti keseluruhan sistem pendidikan, terutamanya IPTS-IPTS. Kini sekolah menengah jenis kebangsaan pula sudah mula nampak berputik rancak? Kenapa tidak mengusung Keranda 152 di depan pejabat PM di Putrajaya apabila PM dengan bangganya mendabik bahawa BN adalah sahabat sejati sekolah vernakular? Ataupun depan pejabat Menteri Pendidikan yang ikut sama menabur baja kesuburan sekolah-sekolah vernakular ini? Depan persatuan Dong Zong? Kenapa PPSMI saja?
    • Kita tanya pada orang-orang Melayu yang sering menonton TV, yang sering melihat papan-papan tanda yang hanya mempunyai bahasa Inggeris dan bahasa Cina, yang sering menerima iklan-iklan dalam ‘mailbox’ mereka, yang memburu iklan-iklan pekerjaan, yang beriadah di taman-taman awam terutamanya di bandar-bandar besar, yang membeli belah di pasar, yang minum teh tarik di kedai-kedai mamak, yang sering mendengar bahasa-bahasa pilihan semasa menelefon institusi-institusi perbankan Malaysia … bahasa apa yang kedengaran di telinga anda yang dipertuturkan oleh orang-orang yang katanya orang MALAYsia? Tidak sejuk hati saya apabila saya bandingkan keadaan ini dengan pengalaman di Singapura. Tidak payahlah saya bandingkannya dengan yang di Jepun, Indonesia, Thailand, Amerika, Perancis, Australia, Sweden dan lain-lain lagi. MALAYsia ini memang unik. Keunikan MALAYsia dalam hal ini adalah….
Malaysia bukan lagi MALAYsia! Cacamarba yang semakin pudar identitinya kut?
  • Akhir sekali kita tanya pada diri saya sendiri.
  • Jawapan saya, saya TERBUKA! Selagi Artikel 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan masih lagi terpahat, selagi itu saya cuba melakukan yang sebaiknya bagi menjunjung Perlembagaan Negara kita. Harapan saya kepada pemimpin yang di undi, supaya saja mereka bukan sahaja SEWAJIBnya menjunjung Perlembagaan Negara tetapi juga memastikan BAHASA KEBANGSAAN yang sememangnya telahpun PERKASA sejak dari dulu lagi, terus menerus bersinar KEPERKASAANnya. Bukan dikhianati, diperlekehkan, diketepikan, di pandang sebelah mata, diperlemahkan, dilakukan segala macam bertentangan dengan Perlembagaan Negara Artikel 152. Kenapa rasanya kini DBP macam hidup segan mati tidak mahu sahaja? Dah jadi anak tiri kerajaan ke? Kenapa sekolah kebangsaan terasa begitu lemah longlai sehingga sekolah-sekolah asing mencemuh Bahasa Kebangsaan lalu langsung diketepikan sebagai bahasa penghantar?
  • Perlembagaan Negara adalah amanah bumi ini kepada pemimpin yang diundi. Itu adalah asas penubuhan negara MALAYsia ini. Apakah Artikel 152 Perlembagaan Negara sudah LAPUK di mata pemimpin hari ini? Maka ianya perlu dimansuhkan seperti termansuhnya ISA? AUKU (bakal)? Agama rasmi (dikhuatiri dari rentetan-retentan peristiwa nama Allah, Al Kitab, Murtad, Undang-Undang Gay etc)
  • Apakah bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan perlu ditukar kepada bahasa lain? Jika perlu, maka mansuhkanlah Artikel 152 dan ubahlah akta bahasa rasmi/kebangsaan. Tanyakan pada saya, saya jawab, saya TERBUKA. Saya akan menjunjung Artikel 152 selagi ianya terpahat, selagi ianya belum digantikan dengan Artikel lain.
  • Arahtuju, kesinambungan keperkasaan Bahasa Melayu di rantau ini adalah TERPULANG KEPADA ORANG MELAYU SENDIRI !! Tidaklah ianya boleh diharapkan kepada kaum keturunan lain, malahan PEMIMPIN MELAYU sekalipun!!




Pro-Nation : DEMI NEGARA

17 01 2012

 

 

#MyIdea : Politik Isu vs Politik Idea & Pro Partisan vs Pro Nation

Ada yang bertanya kepada saya, apa yang saya faham mengenai politik. Jawapan saya mudah, politik adalah satu metode untuk seseorang dapat menyalurkan idealisme dan pemikiran mereka dalam membentuk sesebuah negara yang mereka rasakan sesuai dan terbaik.

Melihat kepada negara sendiri, saya tidak nampak politik ini digunakan dengan cara yang benar. Adakah mereka menggunakan politik sebagai platform untuk membangunkan negara? Adakah mereka menggunakan politik sebagai media untuk mereka memikirkan bagaimana untuk membentuk bangsa yang kuat?

Apa yang saya lihat, politik adalah tempat caci maki, saling cerca mencerca, tuduh menuduh dan akhirnya bergaduhlah rakyat dan berpecah belah lah mereka. Soalan sy adakah politik seperti ini yang kita inginkan?

 

Politik Idea vs Politik Isu

• Permasalahan yg dapat sy lihat adalah suasana politik dalam negara yang akan membesarkan apa jua isu sehinggakan timbullah ketegangan antara pihak yang menyokong dan pihak yang menentang. Kadang-kala ada isu-isu yg tak perlu di’media’kan tetapi tetap dibesarkan. Mempolitikkan segala isu, bagi sy ini bukanlah politik yang perlu kita ikuti

• Saya lebih suka dalam kita berpolitik, apa yang kita ketengahkan adalah idea dan pemikiran masing-masing. Idea dan pemikiran setiap individu berbeza, pasti akan ada perbezaan pendapat, berjuang dalam mempertahankan pronsip dan pemikiran, akan tetapi masing-masing akan mencari titik temu atas satu matlamat: agama, negara dan bangsa perlu kita angkat ke tahap tertinggi.

• Politik Isu bersifat MEMUSNAH, Politik Idea bersifat MEMBINA. Politik Isu mencari SIMPATI dan POPULARITI, Politik Idea mencari SOLUSI. Oleh kerana itu, saya memilih Politik Idea, kerana yang ingin kita lihat adalah kemajuan negara bukannya melihat rakyat fokus kepada isu-isu yang tidak penting hingga pembangunan negara dilupakan.

 

Pro-Partisan vs Pro-Nation

• Poltik sering kali dikaitkan dengan parti politik. Banyak orang akan memilih fikrah mereka masing-masing dalam mereka menanggapi sesuatu perkara dalam hal-hal semasa dan negara. Mereka ini disebut Pro-Partisan. Idealisme dan dasar parti akan mereka pegang dan perjuangkan dan bagi saya itu tidak salah. Setiap parti akan lakukan yang terbaik dalam fikiran mereka bagaimana hendak membawa negara. Apa yang salah adalah apabila mereka mengiyakan segala apa yang dikatakan parti dan tidak menggunakan akal yang sihat dalam memilah yang mana benar dan yang mana salah. Yang benar kita katakan benar dan yang salah kita katakan salah, walau di mana parti pun kita berada. Itu HAK kita sebagai rakyat.

Pro-Nation yg saya fahami adalah mereka yg akan berbuat sesuatu dalam usaha untuk membangunkan negara. Apa yang mereka lakukan adalah untuk rakyat dan demi negara. Masing-masing juga punya pandangan sendiri mengenai bagaimana untuk bangunkan negara akan tetapi atas dasar demi negara, mereka akan mencapai kata sepakat. Adakah mereka ini tidak menggunakan politik dalam perjuangan mereka membangun negara? Sudah pasti politik dipraktikkan, tetapi yang lebih penting bagi mereka bagaimana dengan kaedah politik yang sedia ada dapat disalurkan sepenuhnya dalam ‘nation building’.

• Jika orang bertanya, mana yang sy akan pilih antara keduanya? Dalam keadaan politik sekarang, saya mengatakan sy memilih untuk menjadi Pro-Nation. Alasannya? Satu kepuasan yang tidak terhingga apabila dapat membentuk ketamadunan bangsa dan negara. Menjadi bangsa yang kuat dan disegani di mata dunia, membangunkan negara menjadi negara termaju tanpa mengikiskan nilai-nilai murni yg ada di dalam masyarakat. Segala-galanya adalah demi negara dan rakyat, akan tetapi kita ubah sedikit idealisme Pro-Nation supaya tidak bertentangan dengan kita sebagai orang beragama. Pro-Nation dengan acuan kita sendiri.

 

Peranan Kita?

• Kita sebagai orang profesional, kita bangunkan negara ini mengikut profesi yang telah kita pilih. Jika kita di dalam bidang kesihatan, selalu memperbaiki sistem kesihatan negara dan beri perkhidmatan yang terbaik supaya tahap kesihatan rakyat berada dalam kondisi yg terbaik. Begitu juga di sektor-sektor yang lain, kita bantu membangunkan negara dengan kepakaran yg kita ada.

• Semua rakyat harus memberi kontribusi dalam memberikan idea bagaimana untuk bangunkan negara. Ramai yg berpandangan bahawa itu adalah peranan kerajaan memerintah, akan tetapi siapa kata kita tidak boleh berbuat sesuatu? Dalam jadikan negara menjadi negara yang terbaik, setiap idea yang membina itu harus diambil kira.

Ini idea saya mengenai politik: Politik Idea dan Pro-Nation acuan kita, setiap dari kalian punya opini sendiri dan saya meraikan. Idealis? Benar, namun apa salahnya beridealis dalam mencari cara membangun negara? Jika setiap rakyat di negara kita punya keinginan untuk membantu dalam membangun negara dan bangsa, bukan fokus dengan isu sampah yang tidak menjana kemajuan, bayangkan betapa negara mampu menyaingi negara yang lain.

Apa definisi politik anda pula?





SATU SEKOLAH adalah program atau polisi jangka panjang untuk menyemai benih patriotik dan memupuk perpaduan antara kaum

16 01 2012

 

PLKN, program ‘mee segera’

Dari tinjauan rambang pendapat ibubapa kepada anak-anak yang pernah menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), ramai yang mengatakan anak-anak mereka tidak menunjukkan perubahan sikap seperti yang mereka harapkan selepas pulang dari menjalani latihan tersebut.

Sebagai ibubapa, adalah menjadi harapan mereka untuk melihat anak-anak mereka berubah sikap kepada yang lebih baik seperti lebih berdisiplin dan menghargai masa.

Mungkin objektif yang disasarkan oleh kerajaan tidak sama seperti apa yang diharapkan oleh ibubapa, akhirnya ibubapa tidak dapat melihat sebarang faedah yang ketara apabila anak-anak mereka menjalani program PLKN ini.

Yang selalu ditonjolkan dalam program PLKN ini kepada orang ramai ialah latihan fizikal dan pakaian seragam ala pasukan tentera, yang mengaitkan dengan pembentukan disiplin diri. Oleh itu tidak hairanlah kalau ibubapa mengharapkan anak-anak mereka akan menjadi orang-orang yang berdisiplin tinggi selepas menjalani latihan PLKN ini.

Tetapi itu bukanlah objektif kerajaan, objektif kerajaan mewujudkan program PLKN ini adalah untuk melahirkan warga yang patriotik dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum. Tetapi setakat mana kejayaan program PLKN ini telah mencapai kejayaannya sangat sukar untuk diukur dan dikenalpasti.

Apakah dengan mengumpulkan anak-anak dari berbilang kaum yang berumur 17 tahun ini di satu tempat dalam masa tidak sampai tiga bulan, boleh dididik menjadi seorang yang patriotic dan boleh membentuk perpaduan yang utuh?

Program PLKN ini tidak ubah merupakan satu kaedah penyelesaian “mee segera”, kenyangnya cepat tetapi tidak tahan lama.

Kita mesti ada program atau polisi jangka panjang yang mana benih patriotik dan pemupukan perpaduan harus disemai ke dalam masyarakat kita.

Saya tertarik dengan filem iklan yang diterbitkan oleh Yasmin Ahmad yang bertajuk Tan Hong Ming satu ketika dulu. Bukan saya sahaja, semua rakyat Malaysia samada Cina atau Melayu suka dan terharu menonton filem iklan tersebut. Mereka suka dengan perpaduan luhur yang bukan dilakunkan seperti ditunjukkan dalam filem itu. Saya percaya ia bukan filem yang dilakunkan tetapi adalah kejadian sebenar.

Kenapa filem iklan Hong Ming ini tersebut menjadi sangat menarik kepada rakyat Malaysia? Menarik sebab ia lain dari yang lain. Sesuatu tidak akan jadi menarik kalau kita menonton perkara biasa berlaku. Kalau kisah Tan Hong Ming ini adalah satu perkara biasa di Malaysia, ia tidak akan menjadi perkara yang menarik kepada kita.

Amalan kita di Malaysia sejak merdeka hingga kini, anak-anak diasingkan belajar di tadika dan bersekolah rendah mengikut kaum masing-masing. Oleh itu peristiwa yang berlaku dalam iklan Tan Hong Ming itu adalah satu perkara yang luar biasa kepada kita, dan itulah yang telah menjadi tarikan dalam filem iklan Tan Hong Ming tersebut.

Apakah berbaloi membazirkan wang pembayar cukai yang jumlahnya berbillion ringgit itu dengan mengadakan program PLKN yang tidak pasti keberkesanannya itu, sedangkan kita ada cara yang lebih sesuai dan lebih berjaya seperti ditunjukkan dalam filem iklan Tan Hong ming itu untuk mencapai objektif yang sama, tanpa mengorbankan satu sen pun.





School head to explain special coaching classes for only one race

13 01 2012

Sebuah emel kiriman seorang pengunjung laman. Diterbitkan sepenuhnya tanpa suntingan kandungan (kecuali suntingan kosmetik).

 

The Star
  • MALACCA: The Malacca Education Department will summon a school principal in Jasin, near here, to answer allegations that his school had given privilege to only one race to attend special coaching classes to improve their academic performance.
  • The principal of the elite school will be asked to explain the matter to its officials.
  • Some parents had complained that the special classes, taught after schooling hours, were for students who had received mediocre results in last year’s UPSR examination while excellent students were advised to only attend the normal classes or opt for external tuitions.
  • State Education, Youth and Sport Committee chairman Datuk Gan Tian Loo said the allegations could paint a negative impression of the country’s education system.
  • “At the end of the day, the Government will be blamed when the issue is blown out of proportion,” he said.
  • “We want his (the principal’s) side of the story before deciding the next course of action,” said Gan, adding that he would bring up the matter with Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam if the principal’s explanation is not satisfactory.
  • A parent, whose daughter had achieved excellent results in the UPSR examination, said she was not allowed to join the special class.
  • He further claimed field trips, free re- ference materials and outstation seminars were being planned for the special class children.
  • Another parent, who identified herself as Tee, said she had asked the principal about the matter but he did not respond.
  • She said the school had been practising this “policy” over the past decade.

 

Pengetua buat kelas khas utk pelajar2 bermasalah.. Kebetulan majoriti semua Melayu.. Dah budak2 Melayu ada yg suka jadi rempit & bohjan waktu sekolah dpt la result UPSR corot.. Ada yg mempunyai masalah kewangan & keluarga jugak pasal tu xle fokus pendidikan.. Yang mak budak Cina nak bagi anak masuk kelas khas utk pelajar corot kenapa? X puas hati pasal budak2 yg ada masalah dgn pelajaran dpt extra kelas, program luar sekolah & bahan rujukan?? Mak aii perangai cina Bukit ala DAP dah makin menjadi2… Ini kerja bangang namanya..





“Korang faham tak?”

11 01 2012

 

Di petik dari laman Kerambit Assassin’s – artikel bertajuk  “USM ‘Tung Shin’ Warrior 2.0“:-

 

Korang faham tak apa ke bendanya yang mereka cuba sampaikan? Kalau tak faham tu harap maaflah. Ini bukan masalah sound system beb. Aiyah, itu sound system talak rosak ooo!. Itu remote control button (I-II) yang bikin tu problem maa!!!..




Pembinaan Negara Yang Porak Peranda Kerana Kerajaan Sentiasa Tunduk Kepada Tekanan Perkauman

10 01 2012

 

Ultra kiasu dan pembinaan negara

 (Sinar Harian 9 Jan 2012)

Beberapa persatuan dan parti politik Cina ultra kiasu terutamanya Dong Zong dan banyak lagi Zong lain, terus mendesak supaya kerajaan memberikan kebenaran untuk membina lebih banyak lagi Sekolah Persendirian Cina, di samping desakan penambahan sekolah bantuan penuh (dan modal) kerajaan sedia ada seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC). Alasan mereka, sekolah persendirian tidak melibatkan peruntukan kerajaan, kenapa tidak dibenarkan didirikan? Beberapa pertemuan telah dibuat dengan Timbalan Menteri ultra kiasunya. Saya yakin mereka seia sekata. Perancangan sedang dibuat untuk bertemu dengan pimpinan tertinggi negara bagi merealisasikan tuntutannya.

Apa yang memelikkan, kajian mengenai kesan sekolah ini ke atas pembinaan negara bangsa tidak pernah dilakukan, yang ada hanya desakan dan tuntutan. Bila kebenaran pembinaan diberikan nanti, sekolahpun telah siap, pada masa sama, mereka juga mendesak kerajaan supaya sekolah persendirian dibantu dan sijilnya (UEC) diiktiraf, selaras dengan gagasan 1Malaysia. Paling tidak, dikecualikan cukai pendapatan kepada mereka yang menderma. Apakah kita tidak belajar daripada pengalaman sebelum ini? Apakah benar institusi ini berjaya melahirkan pelajar yang berpegang kepada prinsip Malaysian first, Chinese second?

Saya harap kerajaan tidak akan tunduk kepada ultra kiasu ini. Jika terlalu terdesak sangat kerana mengharapkan undi mereka, paling tidak, buatlah perjanjian. Pertama, pentadbiran dan pengurusan silibusnya mesti diletakkan di bawah kementerian pelajaran. Kedua, pelajar-pelajarnya mesti boleh fasih berbahasa Melayu dan mempunyai jati diri Malaysia yang kuat. Ketiga, jika kehendak ini tidak dipenuhi, sekolah dan tanah mereka akan diserap ke dalam pendidikan kebangsaan. Nasihat saya, jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Jadikan iktibar kesilapan lalu untuk berhadapan dengan masa kini kerana ia amat penting dalam pembinaan negara.

Apakah kita sudah lupa sejarah dan masalah yang telah, sedang dan akan dihadapi dengan SJKC, SMKJC, sekolah persendirian dan universiti perkauman yang sedia ada? Kesemua institusi ini seolah-olah langsung tidak boleh disentuh dari segi silibus dan pentadbirannya, walaupun kerajaan begitu banyak membantu, termasuk yang dibantu seratus peratus. Itupun mereka berani berhujah bahawa ‘kejayaan dan kehebatan’ sekolah vernakular hari hasil usaha mereka sendiri. Bantuan kerajaan dilupakan, malah dikutuk lagi. Paling menyedihkan, sekolah vernakular bantuan kerajaan sepenuhnya pun terpaksa tertakluk kepada lembaga pengurusan mereka. Misalnya, penempatan guru besar/pengetua dan guru-guru sekolah terbabit. Ini tidak termasuk penambahan waktu pengajaran bahasa Melayu dan keseragaman silibus yang ditolak secara total. Alasannya mudah, mereka tidak mahu menjadi bangsa pisang, luar kuning, dalam putih atau tidak menjadi Cina totok.

Terbaharu, paderi ultra kiasu yang bergelar Tan Sri pula mendesak supaya semua sekolah mubaligh/rahib Kristian yang berjumlah lebih 400 buah seperti SMK Convent Bukit Nenas mesti berpengetuakan pengetua/guru besar Kristian dan mendapatkan kelulusan pemilik sekolah di bawah perintah Infant Jesus (IJ) Sisters order. Ultra kiasu ini mengungkit janji Menteri Pelajaran pada 1976, untuk berunding dengan pihak berkuasa sekolah mubaligh berkenaan pemilihan guru besar/pengetua. Peliknya ‘sekolah mereka’ mesti dipimpin oleh mereka. Sedangkan sekolah aliran kebangsaan didesak untuk dibuka kepada semua. Adakah semua ini wajar, sedangkan kerajaan memberikan bantuan sepenuhnya kepada semua sekolah ini? Di manakah kita tinggal? Dalam negara Islam atau…?

Lebih dahsyat lagi, terbaharu, mereka mendesak supaya ditubuhkan kementerian bukan Islam bagi melindungi agama-agama bukan Islam kerana didakwa ‘dibuli’ selama ini. Pesanan saya, jangan dijolok sarang tabuan. Berikan contoh pada saya bagaimana bukan Islam dibuli, didiskriminasi dan dipinggirkan di negara, berbanding dengan nasib agama Islam di negara lain? Cuba kiranya berapa banyak rumah ibadatnya dan peruntukan yang diperolehi, berbanding jumlah bilangan mereka? Jangan terlalu ultra kiasu?

Kenapa tidak pernah bersyukur dengan kelebihan yang diperolehi? Sedikit terkurang, ditonjolkan seolah-olah negara ini sudah kiamat. Sebagai contoh, dalam budget 2012, Kerajaan telah bermurah hati memberikan peruntukan yang sama rata di semua sekolah. Sedangkan keperluan sesebuah sekolah dan bilangan sekolah tidak diambil kira, apatah untuk memenuhi kehendak perlembagaan? Berapa banyak sekolah agama yang dibiayai sendiri? Tidakkah kita sedar, pengiktirafan terhadap lepasan sekolah agama pun hanya dibuat selepas mereka menyelaraskan sistem pelajaran mereka kepada Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang ditetapkan kementerian? Apakah wajar pengiktirafan diberikan kepada UEC? Menurut Timbalan Perdana Menteri, kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap keperluan masyarakat setiap kaum dalam bidang pelajaran dengan peruntukan RM1.8 bilion dibelanjakan setiap tahun untuk membayar gaji guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) di seluruh negara. Ini tidak termasuk sekolah mubaligh dan lain-lain. Mana ada kemudahan sebegini di negara lain di dunia ini? Carilah. jika ada dan berhijrahlah jika dirasakan masih ada kekurangan di sini.

Perlu saya tegaskan, gelombang budaya ultra kiasu (komunis) sudah meresap dan mempengaruhi segenap aspek kehidupan. Mereka memperalatkan hak asasi manusia untuk memoptimumkan perancangan liciknya. Kebebasan yang diberikan dan gagasan 1Malaysia dipergunakan untuk memperkasakan agenda agama dan bangsa mereka. Sedangkan identiti Islam, Melayu dan kebangsaan mahu diliberalkan.

Saya masih berkeyakinan, selepas ini sijil UEC akan diiktiraf oleh kerajaan. Desakan ini telah lama dibuat oleh beberapa pertubuhan Cina sama ada berada dalam kerajaan mahupun ultra kiasu. Mereka mahukan lepasan UEC mesti diterima di IPTA. Sedangkan kita tahu, syarat-syarat kementerian tidak dipenuhi. Itupun lepasan UEC telah lama diterima di IPTS. Sekolah Persendirian ini lebih obses mematuhi kehendak universiti di China, Hong Kong dan Taiwan daripada negara sendiri. Kedudukan bahasa Melayu tidak ambil kira.

Apakah kita sudah lupa tuduhan mereka terhadap Matrikulasi, Kolej MARA, Sekolah Agama, UiTM dan beberapa institusi lain yang majoritinya pelajar Islam? Ultra kiasu secara berani menuduh, kejayaan cemerlang pelajar-pelajar ini adalah disebabkan oleh soalan yang telah permudahkan dan dibocorkan? Bagaimana pula dengan peperiksaan sekolah persendirian UEC, apakah soalannya begitu sukar dan tidak dibocorkan?

Kerajaan semakin kuat menunjukkan toleransi dan sanggup meliberalkan agenda nasional, orang lain terus mengambil kesempatan dan bersifat perkauman. Baru-baru ini apabila Perdana Menteri telah bermurah hati memperuntukkan sebanyak RM5juta kepada Hua Zong (Persekutuan Persatuan Cina Malaysia) untuk membina bangunan mereka di Seri Kembangan. Jika difikir secara logik, semua persatuan Cina sudah mempunyai bangunan mereka sendiri. Kenapa perlu dibina lagi? Berapa banyak mahu dibina? Jika dibinapun, biarlah menggunakan peruntukan sendiri, yang saya yakin, dana nya sudah melebihi daripada apa yang sedia ada. Selepas ini, setiap daerah dan negeri akan meminta peruntukan kerajaan untuk membina bangunan bersifat perkauman ini? Saya mencadangkan supaya Lembaga Hasil melakukan audit terhadap persatuan-persatuan ini. Adakah persatuan ini benar-benar miskin. Jika miskin kenapa mahu tambah lagi?

Saya difahamkan kerajaan akan bersetuju dengan permintaan ultra kiasu ini untuk mendapatkan pengecualian cukai kepada mereka yang memberi sumbangan untuk membiayai pembinaan bangunan itu. Saya tidak dengki, tetapi hormatilah perlembagaan dan kenakanlah syarat-syarat berkaitan agenda nasional. Ketika majlis pecah tanah tersebut, back drop masih mengutamakan bahasa ibunda, berbanding bahasa kebangsaan. Saya amat pelik, perkara sebegini besar (kecil) pun kita tidak mempunyai dasar? Bagaimana dengan perkara-perkara lain? Apabila bangunan ini siap, saya tidak nampak ciri-ciri akan menampakkan Malaysian first. Pesanan saya, janganlah kita terlalu yakin dengan bantuan tersebut, mereka akan memberikan undi kepada parti memerintah?

Profesor Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia





SURPRISING OUTCOMES OF THE EDUCATION SYSTEM

9 01 2012

 

 

Dont Blame The Education System – syedsoutsidethebox.blogspot.com

My Comment – A Very Interesting and Mind Boggling Article

  • Someone sent me this joke – I think it originates from India. But it applies to us too just as well.
Making Robots Out Of Humans
  • SURPRISING OUTCOMES OF THE EDUCATION SYSTEM !
  • The smartest high school students with many distinctions get admissions to medical, engineering, architect and science schools. They become doctors, engineers, architects, scientists who cure people and build things for society.
  • The students with less distinctions end up getting get MBA’s and LLB’s to manage (or harass) the doctors, engineers and others. .
  • Those mediocre students with no distinctions or just one or two distinctions enter politics, and cause chaos for both categories above.
  • Those students who are borderline cases join the underworld and eventually control all the others especially the politicians and the businesses.
  • And best of all?
  • Those students who are the duds, the school drop outs or who did not attend any modern school system (secular or scientific education) they become the priests, the religious people, swamis, gurus, tok guru and tok imam.
  • This group can threaten all the other people mentioned above (yours truly exempted) with heaven or hell. They control everyone’s mind.
  • Whether you are a doctor, engineer, lawyer, scientist, architect, accountant or whatever, whether you are a Hindu, Muslim, Buddhist or whatever when you go to your temple on Monday, to the mosque on Friday or church on Sunday – you place yourself at the mercy of this last category of people.
  • Forget your PhDs, forget your MBBS, your LLB, MBA, your four years of university education. You surrender yourself to people whom you may not even have noticed when you were both in high school.
  • Conclusion : Dont blame the Education System. Blame ourselves.