Semailah Semangat Perpaduan dari bangku sekolah lagi

3 01 2012

 

Orang Minyak Kampong Laksamana Gombak menyatupadukan masyarakat?

Orang Minyak Kampong Laksamana Gombak secara tak langsong merapatkan jurang di-antara masyarakat sekampong!

Bilamana Kampong Laksamana di Gombak menjadi tempat dua orang minyak memburu anak2 dara penduduk kampong itu, maka secara tak langsong memaksa penduduk kampong, bersatu meronda bersama disebelah malam untuk melindungi anak2 gadis mereka dari dijadikan korban pengamal ilmu hitam tersebut!

Perbezaan politik, bangsa dan agama diletak ketepi dan seluruh penduduk kampong bersatu mengadakan rondaan2 kawalan keselamatan secara sukarela demi menyelamatkan anak anak gadis mereka dari dirogol orang minyak!

Begitu juga keadaannya bagi sesebuah negeri atau negara. Selagi tidak ditimpa bala bencana atau musibah angkara musuh bersama, maka selagi itu rakyat sesebuah negara itu akan bermusuh musuhan di antara satu sama lain.

Bila bala menimpa semua, maka ketika itu baru sedar langit tinggi rendah dan mahu melupakan segala permusuhan sesama mereka untuk terus hidup dan menghadapi musuh bersama.

Satu adegan filem klasik P.Ramlee Sumpah Orang Minyak
Berapa ramaikah di antara rakyat kita yang mahu mengambil iktibar dari kes serangan Orang Minyak ini untuk merapatkan saf dan menyatukan ummah menghadapi mana mana musuh kita yang nyata?

Melayu, India, Cina dan sekelian bangsa2 lain yang hidup di bumi bertuah tanahair kita semua ini sama sama mempunyai ahli ahli keluarga tercinta yang mahu kita lindungi dari serangan mana mana pihak musuh seperti orang minyak ini!

Namun disebabkan sikap ke-aku-aku’an kebanyakan pihak, maka perpaduan rakyat dikorbankan demi menuruti gejolak hawa nafsu dan kemaruk kuasa politik serta mencapai agenda masing masing.

Hanya kerana kedegilan dan kesombongan beberapa orang pemimpin politik yang mementingkan diri sendiri, kita semua menghadapi pelbagai macam perpecahan dikalangan warganegara ini sejak Merdeka lagi! 

Apakah negara ini perlu dijajah semula oleh mana mana kuasa asing sebelum kita semua bersatu didalam ertikata sebenarnya?

Kekadang bala bencana dan musibah itu menjadi penentu ‘turning point’ untuk sesuatu masyarakat itu, berubah kembali bersatu semula di atas kepentingan bersama dan melindungi diri serta kaum keluarga masing masing menghadapi musuh kita bersama!

Tak kiralah samada kita ini siapa sekalipun, sakit pening, lapar dahaga, suka duka yang kita rasa adalah sama sahaja!

Memang kubur kita masing masing dan destinasi terakhir di alam akhirat itu tertakluk kepada tahap dan kedudukan Iman dan amalan diri individu itu sendiri tetapi selagi kita masih bernyawa dan hidup di alam fana ini, tanggungjawab kita terhadap diri kita, keluarga tercinta dan bangsa, agama serta negara tetap terletak di pundak kepala kita!

Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan kita @ manusia dengan akal fikiran serta pertimbangan demi mencapai kejayaan di dunia ini sementara menanti berubahnya kita masuk ke Alam Barzakh pula sebelum terhenti di Alam Akhirat nanti.

Kenapa masih kita terus membiarkan masadepan kita tergugat dengan menjadi mangsa percaturan ahli ahli politik semata mata?

Malang sekali bagi masyarakat negara ini terdesak kembali bersatu dan merapatkan saf hanya bila ‘Orang Minyak‘ datang mengganas!

Bersama samalah kita mencegah perpecahan dikalangan warga Malaysia!

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: