Sebelum Menabur Wang Kepada SJK

7 01 2012

 

 

Perlu Bangunan Baru.

Ketiadaan bilik untuk guru serta kekurangan bilik darjah merupakan antara masalah yang yang disuarakan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dataran Muda, Kampung Lubuk Kawah, Puan Wan Norasyikin Wan Yahya kepada Penyelaras Parlimen Merbok YBhg. Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain ketika beliau membuat lawatan ke sekolah tersebut baru-baru ini.

Sekolah ini yang menjadi tempat menimba ilmu bagi pelajar dari Kampung Jerong, Kampung Pantai Cicak, Kampung Tanah Licin, Kampung Titi Panjang serta Ladang Kuala Muda juga terpaksa mengubahsuai ruang koridor untuk digunakan sebagai bilik stor kerana ketiadaan tempat untuk menyimpan barang serta peralatan. Menurutnya lagi, bangunan sekolah ini telah digunakan sejak tahun 1928 malah ada antara murid yang pernah belajar disini kemudiannya menjadi guru di sekolah ini dan telah pun bersara.

Ruang koridor yang diubahsuai menjadi stor.

YBhg. Dato’ ketika mengulas perkara berkenaan berkata, bangunan sekolah ini sudah tidak selamat untuk digunakan kerana usia yang sudah terlalu lama.Beliau mencadangkan sebuah bangunan tambahan dibina bagi menampung keperluan pendidikan yang sempurna di sekolah ini.

Untuk itu beliau akan meminta timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Dr. Puad Zarkashi untuk membuat lawatan ke sekolah ini dalam waktu terdekat.

“Sekolah ini mempunyai 2 bangunan yang mana 1 darinya dibina pada tahun 1928 dan 1 lagi pada tahun 50an, bangunan yang lama itu saya fikir sudah tidak sesuai diperbaiki jadi kita akan minta untuk bina sebuah bangunan tambahan” jelasnya.

Sekolah ini mempunyai 195 murid dengan 18 orang guru bagi sesi 2012.

Bilik guru yang sempit.

 


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: