Pro-Nation : DEMI NEGARA

17 01 2012

 

 

#MyIdea : Politik Isu vs Politik Idea & Pro Partisan vs Pro Nation

Ada yang bertanya kepada saya, apa yang saya faham mengenai politik. Jawapan saya mudah, politik adalah satu metode untuk seseorang dapat menyalurkan idealisme dan pemikiran mereka dalam membentuk sesebuah negara yang mereka rasakan sesuai dan terbaik.

Melihat kepada negara sendiri, saya tidak nampak politik ini digunakan dengan cara yang benar. Adakah mereka menggunakan politik sebagai platform untuk membangunkan negara? Adakah mereka menggunakan politik sebagai media untuk mereka memikirkan bagaimana untuk membentuk bangsa yang kuat?

Apa yang saya lihat, politik adalah tempat caci maki, saling cerca mencerca, tuduh menuduh dan akhirnya bergaduhlah rakyat dan berpecah belah lah mereka. Soalan sy adakah politik seperti ini yang kita inginkan?

 

Politik Idea vs Politik Isu

• Permasalahan yg dapat sy lihat adalah suasana politik dalam negara yang akan membesarkan apa jua isu sehinggakan timbullah ketegangan antara pihak yang menyokong dan pihak yang menentang. Kadang-kala ada isu-isu yg tak perlu di’media’kan tetapi tetap dibesarkan. Mempolitikkan segala isu, bagi sy ini bukanlah politik yang perlu kita ikuti

• Saya lebih suka dalam kita berpolitik, apa yang kita ketengahkan adalah idea dan pemikiran masing-masing. Idea dan pemikiran setiap individu berbeza, pasti akan ada perbezaan pendapat, berjuang dalam mempertahankan pronsip dan pemikiran, akan tetapi masing-masing akan mencari titik temu atas satu matlamat: agama, negara dan bangsa perlu kita angkat ke tahap tertinggi.

• Politik Isu bersifat MEMUSNAH, Politik Idea bersifat MEMBINA. Politik Isu mencari SIMPATI dan POPULARITI, Politik Idea mencari SOLUSI. Oleh kerana itu, saya memilih Politik Idea, kerana yang ingin kita lihat adalah kemajuan negara bukannya melihat rakyat fokus kepada isu-isu yang tidak penting hingga pembangunan negara dilupakan.

 

Pro-Partisan vs Pro-Nation

• Poltik sering kali dikaitkan dengan parti politik. Banyak orang akan memilih fikrah mereka masing-masing dalam mereka menanggapi sesuatu perkara dalam hal-hal semasa dan negara. Mereka ini disebut Pro-Partisan. Idealisme dan dasar parti akan mereka pegang dan perjuangkan dan bagi saya itu tidak salah. Setiap parti akan lakukan yang terbaik dalam fikiran mereka bagaimana hendak membawa negara. Apa yang salah adalah apabila mereka mengiyakan segala apa yang dikatakan parti dan tidak menggunakan akal yang sihat dalam memilah yang mana benar dan yang mana salah. Yang benar kita katakan benar dan yang salah kita katakan salah, walau di mana parti pun kita berada. Itu HAK kita sebagai rakyat.

Pro-Nation yg saya fahami adalah mereka yg akan berbuat sesuatu dalam usaha untuk membangunkan negara. Apa yang mereka lakukan adalah untuk rakyat dan demi negara. Masing-masing juga punya pandangan sendiri mengenai bagaimana untuk bangunkan negara akan tetapi atas dasar demi negara, mereka akan mencapai kata sepakat. Adakah mereka ini tidak menggunakan politik dalam perjuangan mereka membangun negara? Sudah pasti politik dipraktikkan, tetapi yang lebih penting bagi mereka bagaimana dengan kaedah politik yang sedia ada dapat disalurkan sepenuhnya dalam ‘nation building’.

• Jika orang bertanya, mana yang sy akan pilih antara keduanya? Dalam keadaan politik sekarang, saya mengatakan sy memilih untuk menjadi Pro-Nation. Alasannya? Satu kepuasan yang tidak terhingga apabila dapat membentuk ketamadunan bangsa dan negara. Menjadi bangsa yang kuat dan disegani di mata dunia, membangunkan negara menjadi negara termaju tanpa mengikiskan nilai-nilai murni yg ada di dalam masyarakat. Segala-galanya adalah demi negara dan rakyat, akan tetapi kita ubah sedikit idealisme Pro-Nation supaya tidak bertentangan dengan kita sebagai orang beragama. Pro-Nation dengan acuan kita sendiri.

 

Peranan Kita?

• Kita sebagai orang profesional, kita bangunkan negara ini mengikut profesi yang telah kita pilih. Jika kita di dalam bidang kesihatan, selalu memperbaiki sistem kesihatan negara dan beri perkhidmatan yang terbaik supaya tahap kesihatan rakyat berada dalam kondisi yg terbaik. Begitu juga di sektor-sektor yang lain, kita bantu membangunkan negara dengan kepakaran yg kita ada.

• Semua rakyat harus memberi kontribusi dalam memberikan idea bagaimana untuk bangunkan negara. Ramai yg berpandangan bahawa itu adalah peranan kerajaan memerintah, akan tetapi siapa kata kita tidak boleh berbuat sesuatu? Dalam jadikan negara menjadi negara yang terbaik, setiap idea yang membina itu harus diambil kira.

Ini idea saya mengenai politik: Politik Idea dan Pro-Nation acuan kita, setiap dari kalian punya opini sendiri dan saya meraikan. Idealis? Benar, namun apa salahnya beridealis dalam mencari cara membangun negara? Jika setiap rakyat di negara kita punya keinginan untuk membantu dalam membangun negara dan bangsa, bukan fokus dengan isu sampah yang tidak menjana kemajuan, bayangkan betapa negara mampu menyaingi negara yang lain.

Apa definisi politik anda pula?


Actions

Information

One response

18 01 2012
Snuze

Sangat setuju dengan pandangan di atas!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: