Di antara Pendidikan & Komersial

11 02 2012

 

 

Yayasan S’ngor lelong asrama untuk kepentingan komersial

SHAH ALAM: Alumni Yayasan Selangor mendakwa perobohan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur disebabkan masalah aliran tunai (cash flow) yang dihadapi kerajaan negeri.

Presiden Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor (Pays) Aina Hanim Mohd Lokman berkata kerajaan negeri memberi alasan mereka tidak lagi mampu menampung pembiayaan Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN).

Disebabkan itu, aset tapak kerajaan Selangor yang berstatus tanah institusi pendidikan dan bernilai jutaan ringgit itu terpaksa dikomersialkan untuk mendapat sumber kewangan.

Dengan itu, Yayasan Selangor yang mempunyai aset RM300 juta dapat dicairkan dan memberi pulangan pendapatan kepada kerajaan negeri, katanya.

“Semasa pertemuan alumni dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengarah Yayasan Selangor Ilham Marzuki pada 26 Disember tahun lalu, Khalid sendiri mengaku fungsi asrama penuh di Kuala Lumpur sudah tidak lagi relevan,” katanya dalam sidang media di Hotel Blue Wave di sini hari ini.

Pelajar jadi mangsa 

Sementara itu, Penyelaras Gerakan Saya Anak Yayasan Selangor mempersoalkan tindakan Yayasan Selangor yang menjadikan anak-anak di asrama tersebut dijadikan mangsa kelemahan pentadbiran kewangan kerajaan negeri.

Malah katanya keputusan dibuat tergesa-gesa tanpa mengambil kira pandangan ibu bapa dan kepentingan 468 pelajar terlibat sedangkan 98 peratus daripada mereka membantah perobohan asrama itu.

“ATPN telah dikosongkan dan pelajar perempuan dipindahkan ke blok ATDI manakala pelajar lelaki telah ditempatkan di blok bangunan makmal sains yang telah diubahsuai menjadi blok asrama yang sudah tentu menjejaskan keselesaan pelajar untuk belajar,” katanya.

Berikutan ini, beliau berkata pihaknya akan memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang Yayasan Selangor mengkomersialkan tapak tanah itu dalam masa terdekat.

“Tindakan kerajaan negeri itu bertentangan dengan penubuhan Yayasan itu sendiri. Bagi kami kalau tiada asrama tiadalah Yayasan Selangor kerana selama ini Yayasan Selangor berjaya melahirkan anak-anak Melayu yang berkebolehan,” katanya

Malaysia News Network


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: