Tidak Faham Bahasa – Hasil didikan sekolah vernakular?

17 02 2012

Pekerja KFC Yang Kurang Ajar Atau Pelanggan Yang Mulakan Kurang Ajar ?

  • Kes pergaduhan yang melibatkan pekerja KFC dengan seorang pelanggan yang berbangsa cina yang sedang hangat di dunia cyber sekarang ini jika tidak ditangani dengan baik akan boleh menyebabkan berlakunya rusuhan kaum seperti 13.Mei.1969.
  • Kerajaan serta pihak berkuasa perlu memandang serius perkara ini dan jangan memandang remeh kepada kuasa internet. Sejarah telah membuktikan rusuhan yang terjadi di Mesir setahun yang lepas bermula dari internet.
  • Kes pergaduhan ini telah menjadi kes perkauman dan politik gara-gara campurtangan parti yang paling rasis dalam dunia iaitu DAP. Sepertimana yang kita semua tahu, semalam (khamis) Ahli Parlimen Segambut dari parti DAP telah mengadakan sidang media bersama dengan lelaki cina yang bergaduh dengan kakitangan KFC.
  • Ingat ! rusuhan kaum tahun 69 juga berpunca dari DAP.
  • Selanjutnya anda boleh baca kupasan dari blogger Dr.Novandri di sini dan juga di sini.
  • Pekerja-pekerja yang bekerja dengan restoran seperti KFC atau Mc Donald atau mana-mana restoran makanan segera yang mempunyai nama besar semuanya telah dilatih untuk berhadapan dengan pelanggan-pelanggan yang berbagai-bagai kerenah serta ragam. Bukan setakat dilatih berdepan dengan pelanggan, mereka juga dilatih berdepan dengan perompak jika outlet mereka dirompak.
  • Kalau setakat diperli, dimarah atau ditengking oleh pelanggan itu perkara biasa bagi mereka. Bohonglah sekiranya selama ini tidak ada pekerja KFC dimarah atau dimaki oleh pelanggan. Tetapi mereka sabar kerana mereka telah dilatih oleh majikan mereka.
  • Dalam kes yang terjadi di KFC i City Shah Alam saya berani katakan, jika tidak dimaki, dihina atau dicaci dengan teruk serta menggunakan bahasa-bahasa kesat tidak mungkin pekerja KFC berkenaan akan bertindak sedemikian rupa.
  • Jika setakat pelanggan marah-marah biasa atau menengking secara biasa adalah amat-amat mustahil untuk staf berkenaan naik angin sehingga bergaduh dengan pelanggan . Dia sendiri pun harus menjaga periuk nasinya.
  • Sudah pasti ada bahasa-bahasa yang kurang enak didengar atau yang melampaui batas yang digunakan oleh lelaki cina berkenaan kepada staf tersebut atau kepada rakan-rakannya yang boleh membuat beliau hilang sabar dan bertindak begitu.
  • Daripada pengalaman saya bergaul dengan orang-orang cina saya sering perhatikan kebanyakan cina-cina yang tidak tahu atau tidak mahir berbahasa kebangsaan selalunya bercakap kurang ajar dan tidak tahu adat. Ada kalanya mereka tak tahu apa maksud perkataan yang mereka gunakan. Sikap serta perangai mereka amat-amat berbeza dengan orang-orang cina yang fasih serta mahir berbahasa kebangsaan.
  • Jika anda tak percaya cuba anda perhatikan gerak-geri rakan atau kenalan anda yang berbangsa cina yang fasih berbahasa kebangsaan. Mereka lebih cerdik dan sopan.
  • Ahli Parlimen KepongContoh terbaik dalam parti DAP. Dalam ramai-ramai ahli parlimen DAP yang ada di Dewan Rakyat, orang yang paling fasih menggunakan bahasa kebangsaan adalah Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.  Lim Kit Siang, Tony Pua, Lim Lip Eng, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham dan ramai lagi, semuanya hancur Bahasa Malaysia. 
  • Yang hancur guna Bahasa Malaysia semuanya kurang ajar dan rasis. Tetapi tidak kepada Dr Tan Seng Giaw. Beliau dilihat cerdik, bersopan , dan tahu adat. Sikapnya itu membuatkan pihak lawan juga menyenangi dan  menghormati beliau.
  • Lelaki cina yang bergaduh dengan pekerja KFC tersebut tidak tahu berbahasa kebangsaan. Hinggakan dalam sidang media anjuran DAP semalam dia terpaksa menggunakan jurubahasa yang disediakan oleh DAP. Jadi, anda faham-faham sendirilah kenapa dia dipukul.

YOU JUDGE IT FOR YOURSELF,

CLICK HERE


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: