Pendidikan Robot

20 02 2012

ADAKAH SISTEM PERSEKOLAHAN PERLU DITELITI?

  • Dalam keghairahan Kementerian Pendidikan untuk mengkaji waktu persekolahan 8 jam sehari, jangan dilupa faktor sokongan dan bantahan daripada pelbagai pihak. Banyak faktor perlu dikaji dan diberi perhatian untuk memberikan kemajuan kepada semua pihak.
  • Saya pernah mendengar keluhan ibu bapa dengan sesi persekolahan yang terlalu panjang. Untuk sekolah satu sesi, waktu persekolahan tamat pada pukul 3 petang adalah perkara yang biasa. Tetapi, pernahkah kita terfikir dengan maksud “biasa” itu sendiri?
  • Kita ambil contoh waktu persekolahan SMJK Chung Hwa Kuala Pilah.
  • Isnin hingga Rabu: Pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang
  • Khamis: Pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang (termasuk ko-kurikulum)
  • Jumaat: 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari
  • Saya mengambil contoh sekolah ini kerana sekolah ini merupakan antara sekolah yang mempunyai waktu persekolahan yang terpanjang di Negeri Sembilan. Malah, banyak lagi sekolah-sekolah lain di Malaysia yang juga mempunyai waktu persekolahan yang seperti ini malah lebih dahsyat lagi.
  • Sekiranya anak anda belajar di sekolah yang mempunyai sesi pembelajaran seperti ini, adakah anda akan merasa lega? Jawapannya semestinya ya kerana jaminan waktu ilmu yang baik tetapi pernahkah anda terfikir mengenai anak anda sendiri?
  • Waktu persekolahan seperti ini agak tidak rasional. Ini kerana anak-anak merupakan remaja dan bukannya robot untuk belajar. Mereka juga memerlukan waktu untuk tumbesaran. Bukannya semua perkara boleh diajar di sekolah. Waktu seperti beriadah dan bersama keluarga juga perlu diberi perhatian.
  • Saya agak khuatir dengan masa depan anak-anak yang menempuhi waktu persekolahan seperti ini. Sekiranya semasa muda anak-anak muda ini telah diajar menjadi robot, apakah nasib mereka apabila sudah berkeluarga kelak? Mampukah mereka memberikan kasih sayang sedangkan mereka tidak dipupuk dengan kasih sayang yang tidak cukup dari ibu bapa sendiri?
  • Nasib guru-guru juga akan terkena tempias. Perlu diingatkan betapa guru-guru juga mempunyai keluarga dan anak-anak sendiri. Jadi masa persekolahan seperti ini membebankan banyak pihak. Guru-guru juga adalah manusia dan mereka memikul tanggung jawab yang besar dalam membentuk anak didik dan anak mereka sendiri. Jadi Kementerian perlu mendengar luahan nasib mereka ini.
  • Saya mencadangkan agar waktu persekolahan hanya sehingga pukul 2 petang secara maksimum. Ini kerana waktu rehat pejabat Malaysia kebiasaannya di antara pukul 1 petang ke pukul 2 petang. Jadi, waktu terluang ini bolehlah digunakan untuk ibu bapa mengambil anak-anak dari sekolah. Dan saya percaya cadangan ini pastinya dapat mengurangkan beban ibu bapa yang sentiasa terkejar-kejar untuk mengambil anak sekolah. Ibu bapa dan guru dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga sendiri dan kasih sayang lebih banyak diterapkan. Jadi ini adalah “win-win situation”.
  • Mungkin ada yang mengatakan konsep ini akan membuatkan pelajar mundur dari segi pelajar. Tetapi pernahkah anda belajar dari statistik? Sejak dari tahun 90 an sehingga kini adakah pelajar-pelajar di sekolah semakin merosot pembelajaran mereka? Tidak kerana kesedaran belajar itu terletak pada pelajar sendiri.
  • Zaman sudah berubah. Di masa lampau sememangnya kesedaran untuk anak muda menimba ilmu itu kurang tetapi di zaman sekarang anak muda sedar akan kepentingan ilmu. Tetapi kita yang mencorakkan mereka perlu menyedarkan mereka kepada batas-batas dalam menimba ilmu.
  • Saya menyelar sikap seseparuh ibu bapa yang menganggap sekolah sebagai pusat jagaan kanak-kanak. Sebahagian ibu bapa hanya sekadar menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mengurangkan tanggungan mereka untuk menjaga anak-anak ini. Apa yang anak mereka lakukan di sekolah tidak diambil peduli.
  • Ini sikap yang sangat hipokrit. Tidak kasihankah ibu bapa dengan nasib anak-anak ini? Seharusnya mereka mendapat petunjuk dari ibu bapa mereka, bukannya sikap lepas tangan. Jalan yang ditunjukkan oleh guru-guru di sekolah tidak sama dengan ibu bapa kerana pertalian kasih sayang yang berbeza. Jadi, saya amat merayu janganlah ada ibu bapa yang melakukan perbuatan seperti ini. Kasihanilah nasib anak-anak kita supaya mereka dapat masa depan yang lebih baik dari kita.
  • Artikel ini ditulis berdasarkan kepada pandangan peribadi saya sendiri. Saya percaya memang banyak cacat-celanya dalam artikel ini tetapi mungkin juga ada perkara yang boleh diambil kebaikan. Jadi saya amat berharap agar pihak Kementerian membuka mata agar semua pihak mendapat manfaat yang lebih baik.

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: