Sistem Pendidikan Yang Memporak-perandakan Perpaduan

5 03 2012

Perpaduan Kaum Hanya Tinggal Dalam Lagu dan Slogan Jika Sekolah Jenis Kebangsaan Terus Wujud.

  • Tidak lama dulu, sewaktu menemani isteri menyelesaikan urusannya – urusan yang paling digemari oleh kaum wanita – disebuah kompleks membeli belah terkenal, Horas! dapati ketika itu, pihak pengurusan kompleks belibelah berkenaan memainkan lagu-lagu patriotik dan berbentuk perpaduan.
  • Berderet-deret lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Melayu tersebut diputarkan. Bersambung-sambung…lepas satu lagu kesatu lagu yang lain pula.
  • Usaha proaktif pihak pengurusan pusat beli belah tesebut memutarkan lagu-lagu patriotik dan lagu-lagu yang menyeru kepada perpaduan antara kaum itu wajar dipuji.
  • Namun dalam masa yang sama, berlegar beberapa persoalan didalam kepala Horas!.
  • Mampukah lagu-lagu patriotik yang menyeru kepada perpaduan itu menjadikan rakyat dinegara ini bersatu padu?
  • Adakah para pengunjung, terutamanya yang berbangsa Cina atau India (khasnya yang masih muda) menghayati atau ambil peduli tentang apa yang cuba disampaikan  melalui lagu-lagu tersebut?
  • Fahamkah majoriti generasi muda berbangsa Cina dan India yang tergagap-gapap dan tersangkut-sangkut bahasa Melayunya dan lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris itu dengan lirik-lirik yang terkandung dalam lagu berkenaan?
  • Secara peribadi Horas! yakin tidak.
  • Ciptalah berapa puluh ribu lagu-lagu patriotik yang menyeru kepada perpaduan yang merdu irama dan menyentuh perasaan liriknya mahupun slogan. Ianya tidak akan dapat banyak membantu dalam memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
  • Hakikatnya, bukan mudah untuk memupuk semangat perpaduan, terutamanya dikalangan generasi muda (Melayu, Cina dan India) yang dipisahkan sedari kecil diantara satu sama lain oleh sistem pendidikan yang diamalkan dinegara ini.
  • Mari kita lihat senario dibawah.
  • Tadika KEMAS dan yang seumpanya hanya dipenuhi oleh majoriti kanak-kanak Melayu. Kaum Cina dan India lebih selesa menghantar anak-anak mereka ke tadika swasta yang kebanyakan para pelajarnya terdiri daripada anak-anak dari kaum mereka. Maka terpisahlah anak-anak kecil dari latar pelbagai kaum itu untuk tempoh satu hingga dua tahun.
  • Begitu juga halnya apabila memasuki sekolah rendah. Sekolah-sekolah kebangsaan akan dipenuhi oleh anak-anak Melayu. Tidak dinafikan, ada juga ibubapa dari kaum lain yang menghantar anak mereka belajar disekolah kebangsaan, tapi peratusnya adalah kecil. Kebanyakan ibubapa keturunan Cina dan India lebih lebih selesa untuk menghantar anak-anak mereka kesekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil. Diperingkat ini mereka dipisahkan pula selama enam tahun diantara satu sama lain.
  • Ketika memasuki pendidikan peringkat menengah, perkara yang sama masih berlaku. Mereka dipisahkan lagi untuk tempoh  5 hingga 7 tahun pula.
  • Bayangkan, mereka terpisah dan tidak dapat mengenali dan bergaul mesra dengan rakan-rakan sebaya mereka dari lain-lain kaum dari seawal usia mereka 5 atau 6 tahun sehingga menginjak usia 17 atau 19. Kemudian setelah mereka menginjak usia remaja dan dewasa, mereka diminta untuk bersatu padu diantara satu sama lain ketika mereka berusia awal dua puluhan.
  • Semudah itukah?
  • Pepatah ada mengatakan jika mahu melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
  • Sedangkan yang ada hubungan kekeluargaan pun (sepupu sepapat misalnya) akan menghadapi masalah untuk bergaul mesra antara satu sama lain jika kemesraan sesama mereka tidak dipupuk dari kecil, inikan pulalah diantara mereka-mereka yang tiada apa-apa hubungan dan berbeza pula latar bangsa dan agamanya.
  • Dalam soal cuba menyatu padukan rakyat berbilang kaum melaui sistem pendidikan ini, pada pandangan Horas!, bangsa Melayulah yang paling banyak dan paling kerap bertolak ansur. Mereka sanggup berkorban dan kehilangan sekolah-sekolah beridentitikan Melayu apabila ianya ditukar kepada sekolah kebangsaan oleh kerajaan demi perpaduan antara kaum.
  • Namun usaha kerajaan yang dibuat atas pengorbanan Melayu itu tidak berapa dihargai dan tidak disambut oleh kaum-kaum lain dengan cara yang wajar. Hanya sedikit ibubapa dari kaum Cina dan India yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka belajar disekolah kebangsaan.
  • Dan dalam masa yang sama, setelah Melayu sanggup berkorban kehilangan sekolah yang beridentiti bangsa mereka, kaum Cina dan India tetap mahu sekolah yang beridentitikan bangsa mereka dikekalkan. Bahkan mereka mahu jumlahnya ditambah dari masa kesemasa selain kerap meminta-minta agar sekolah-sekolah berkenaan diberikan bantuan penuh oleh kerajaan.
Sekolah Melayu Pasir Gebu (skpasirgebu.blogspot)
  • Melayu memang baik dan tetap bertolak ansur. Pengorbanan yang dilakukan itu tidak pernah diungkit-ungkit atau dibesar-besarkan. Kerajaan juga baik. Gagal menarik ibubapa dari kaum lain menghantar anak-anak mereka belajar disekolah kebangsaan, usaha lain pula dibuat.
  • Maka atas tujuan dan matlamat yang sama (perpaduan) kerajaan wujudkan pula Sekolah Wawasan.
  • Kerajaan berharap dengan wujudnya Sekolah Wawasan yang menyatukan satu sistem pendidikan seragam selain menyatukan kaum yang dahulunya terasing antara satu sama lain ini, semangat perpaduan antara kaum akan dapat dipupuk sedari awal usia. Tapi lihatlah bagaimana sambutan ibubapa dari kaum Cina dan India terhadap Sekolah Wawasan. Amat mengecewakan dan hambar.
  • Jika dinegara-negara yang mengamalkan satu sistem pendidikan dengan satu bahasa penghantar adakalanya berlaku sifat curiga mencurigai antara satu sama lain yang seterusnya mengakibatkan pergeseran antara kaum, apatah lagi dengan sistem pendidikan seperti yang ada di Malaysia hari ini.
  • Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, Malaysia merupakan satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara yang masih mempertahankan sistem SJK dengan pendekatan yang cukup adil membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
  • Kesimpulannya, seperti kata Horas! awal tadi, ciptalah berpuluh lagu atau slogan yang menyeru rakyat berbilang kaum dinegara ini bersatu padu…ianya tetap akan hanya tinggal lagu dan slogan yang tidak banyak menyumbang kepada perpaduan.
  • Jika mahu rakyat dinegara ini bersatu padu, satu padukanlah mereka sedari kecil dengan satu sistem pendidikan didalam satu sekolah dari peringkat rendah hingga menengah.
  • Tapi ianya tidak akan dapat direalisasikan sekiranya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil masih wujud.
  • Kalau bangsa Melayu sanggup kehilangan ‘Sekolah Melayu’ mengapa kaum Cina dan India tidak sanggup pula untuk kehilangan sekolah jenis kebangsaan mereka demi perpaduan?
  • Mementingkan diri sendiri atau rasiskah mereka?

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: