Perjuangan Bahasa Melayu ATAU Bahasa Ibunda ?

19 03 2012

 

 

TERAS @ PAS – Perjuangan Bahasa Melayu Atau Bahasa Ibunda Atau Politik Semata-mata ?

Saya tertarik dengan kenyataan presiden Teras, Mohd Azmi Hamid yang mahu membangkitkan kembali gelombang bantah PPSMI. ( Harakah ) Saya tidak ada masalah dengan perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu / Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan kita …. Tapi saya ingin mengajukan satu pertanyaan – Ikhlaskah Teras atau Pas dalam Perjuangan Anti PPSMI mereka ? Benarkah ia semata-mata perjuangan bahasa dan BUKANnya perjuangan politik ?

Gelombang Anti PPsmi itu apakah Teras maksudkan dengan ini – KLIK

yakni Demo Haram bertarikh 7 Mac 2009 ? Itukah yangAzmi maksudkan dengan GELOMBANG diatas ? Tidak ada kaitan dengan politik atau tarikh PRU13 yang semakin hampir ?

Azmi perlu nyatakan dengan jelas, apakah Teras @ Pas sebenarnya mahu memperjuangkan Bahasa Melayu ATAU Bahasa Ibunda ? Kerana kalau tidak silap, mereka yang melalak atas jalan 3 tahun dulu itu BERGANDING BAHU bersama pejuang bahasa cina yang mahukan PPSMI dihapuskan supaya Sains dan Matematik turut diajar dalam bahasa cina !

Jadi saya tanya sekali lagi – Perjuangan Bahasa Melayu ATAU Bahasa Ibunda ?

Jika benar Teras mahu mendaulatkan Bahasa Melayu, apa pandangan Teras terhadap kewujudan Sekolah Vernakular ? Katakanlah Teras pun ikut setuju dengan sekolah vernakular, kenapa tidak diperjuangkan masalah kefahaman Bahasa Melayu / Kebangsaan yang begitu kronik dikalangan murid bukan Melayu ?

Atau perjuangan Teras adalah – setiap kaum dengan bahasa ibunda mereka sendiri ? Perjuangan yang BUKAN berpaksikan semangat nasionalisma , SATU BAHASA SATU BANGSA ? Melayu dengan bahasa Melayunya, Cina dengan bahasa cinanya dan India dengan Tamilnya ? Setiap kaum bawa diri masing2 ?

Bagaimana dengan golongan yang sudah menerima Bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda mereka ? Yakni golongan yang lebih mementingkan bahasa Inggeris dan tidak faham langsung bahasa ibunda mereka ? Apakah nanti perjuangan Teras @ Pas akan menjadi – Pembelajaran Sains dan Matematik dalam PELBAGAI BAHASA mengikut pilihan ibubapa ?

**********************************

Saya suka kaitkan Teras dengan Pas kerana terbukti perjuangan mereka agak seiring. Cuba buat carian Teras dalam kotak carian diHarakah, pasti banyak sekali artikel2 Teras mereka siarkan. Malah dalam isu Najib hadiri Thaipusam bulan lepas, Teras pun ikut sama menyanyikan lagu Pas agar fatwa segera dikeluarkan. Klik. Seperti Pas juga, mereka diam membisu bila gambar dan cerita yang sama dikaitkan dengan pemimpin Pas Nik Aziz  dan Anwar yang jelas lebih mesra dalam bersama2 meraikan upacara keagamaan kafir !

“Saya juga menyatakan bahawa adalah tidak salah salah bagi mana-mana pihak samada pihak kerajaan atau pembangkang untuk melakukan sesuatu tindakan dalam menghasilkan momentum berterusan  untuk memenangi hati rakyat bagi memghadapi pilihhanraya umum ke 13 ini,” Klik

Perjuangan anti PPSMI atau PRU13 ?

Seperkara lagi yang ingin saya timbulkan …… kalau kita baca dilaman web Teras , nampak jelas perjuangan Melayu mereka. Bagaimana mungkin Pas boleh begitu akrab dengan Teras yang kalau mengikut tafsiran Pas sendiri, mengamalkan Assobiyah …. macam Umno ?

Atau Teras ini lahir dari naluri orang Pas yang sebenarnya masih berjiwa Melayu tapi malu untuk mengakui demi mahu membezakan perjuangan mereka berbanding Umno ?


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: