Ektremis cina tidak setaraf dengan rakyat Malaysia

26 03 2012

 

DEKAT PRU..EKSTREMIS DATANG LAGI.

 

  • Sebagai negara yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, tentulah bukan sesuatu yang pelik,dan jauh sekali satu kesalahan jika majoriti rakyat hanya fasih kedua-dua bahasa ini sahaja.
  • Walaupun kaum Cina dan India mewakili kaum yang kedua dan ketiga ramai di Malaysia, Bahasa Mandarin ataupun Tamil tidak pernah dinobatkan sebagai sama taraf dengan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Kedua. Ini adalah amalan biasa bagi mana-mana negara yang bermasyarakat majmuk agar negara dapat mencapai matlamat perpaduan yang jitu.
  • Berdasarkan hakikat ini, maka memenuhi kehendak ektremis Dong Zhong agar semua guru-guru yang dihantar ke sekolah Cina wajib fasih berbahasa Mandarin tentulah sukar dipenuhi. Keadaan menjadi lebih buruk apabila kaum Cina sendiri kurang berminat menjadi guru dan begitu sedikit sekali yang menghantar permohonan untuk menjadi guru.
  • Justeru, bagi memastikan anak-anak Cina tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran Malaysia, guru-guru yang tidak fasih atau tidak tahu berbahasa Mandarin terpaksa juga dihantar ke sekolah Cina untuk mengajar beberapa matapelajaran lain, terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu.
  • Namun, sudah menjadi kelaziman mana-mana ektremis seperti Dong Zhong untuk tidak dapat berfikir secara rasional dan enggan menerima penjelasan yang diberikan kerajaan. Sebaliknya mereka mengambil sikap degil dan keras kepala inginkan tuntutan mereka dipenuhi walaupun ianya mustahil.
  • Oleh yang demikian, inilah disarankan agar kerajaan membenarkan Dong Zhong membuang sahaja semua guru-guru di sekolah Cina yang tidak boleh berbahasa Mandarin dan tidak perlulah membekalkan guru-guru Bahasa Melayu kepada mereka lagi selepas ini.
  • Biar mereka memaksimakan masa pengajaran beberapa kerat guru-guru yang fasih berbahasa Mandarin yang ada dalam negara bagi memenuhi keperluan pengajaran semua matapelajaran di sekolah-sekolah mereka. Jika perlu, mungkin mereka perlu menimbangkan kemungkinan seorang guru perlu mengajar di dua atau tiga buah sekolah.
  • Dan kemudian, kita lihat sahaja bagaimana anak-anak mereka akan membawa diri di Malaysia setelah tamat sekolah kelak. Bagaimana mereka berurusan dengan pelanggan Melayu, pekerja Melayu, kerajaan, pihak berkuasa seperti polis, imigresen dan sebagainya terutama apabila mereka menghadapi kesulitan.
  • Mungkin Dong Zhong terlalu yakin yang mereka boleh hidup dalam dunia terasing mereka sendiri, membawa aspirasi negara asal nenek moyang mereka dan tidak mengambil bahagian langsung dalam pembentukan Bangsa Malaysia.
  • Hari ini, bukan sedikit warga Cina Malaysia yang tidak fasih berbahasa kebangsaan mahupun bahasa Inggeris. Lihat sahaja bagaimana begitu banyak perniagaan kaum ini yang meletakkan iklan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang hancur lebur.
  • Penulis sendiri pernah beberapa kali ‘naik angin’ dan menghempaskan telefon apabila pegawai berbangsa Cina yang menjawab telefon tidak dapat berkomunikasi dengan baik sehingga menimbulkan kekecewaan dan kemarahan penulis sebagai pelanggan.
  • Sikap ini menunjukkan keangkuhan atau ‘chauvinism’ yang tegar di mana kaum Cina merasakan yang mereka tidak lagi memerlukan kaum lain untuk hidup di Malaysia.
  • Sedangkan masalah komunikasi yang buruk mampu menggugat sesebuah syarikat sehinggalah ke sebuah negara.
  • Contohnya, walaupun ekonomi Negara China sedang berkembang pesat, tetapi masalah komunikasi kekal menjadi masalah berat bagi syarikat-syarikat dari negara itu. Dari pengalaman kerja penulis sendiri, penulis menyaksikan bagaimana pegawai-pegawai dari syarikat negara itu diketawakan atau dicemuh kerana tidak memahami apa-apa di dalam mesyuarat dan akhirnya gagal menepati syarat dan prosedur yang dikenakan. Keadaan ini menyusahkan, menambahkan kos serta membuang masa semua yang terlibat.
  • Menyedari hal ini, Negara China akhir-akhir ini juga telah berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat mereka. Walaupun ia masih menjadi masalah sehingga kini tetapi kita boleh memaafkan mereka kerana masalah ini berakar umbi dari dasar negara mereka.
  • Tetapi, kita tidak boleh memaafkan mana-mana warga Malaysia yang sepatutnya fasih berbahasa kebangsaan dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik tetapi mempunyai masalah komunikasi yang sama sepertimana warga China.
  • Sedangkan dasar negara ini tidak pernah meletakkan Bahasa Mandarin sebagai bahasa utama dan tidak ada sebab kenapa seseorang yang mengaku sebagai warganegara Malaysia lebih fasih berbahasa Mandarin dari bahasa kebangsaan negaranya sendiri.
  • Kadang-kadang kita merasa letih mengenangkan walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka, soal bahasa Mandarin tidak habis-habis menjadi isu. Masalah ini tidak lain tidak bukan berpunca dari kewujudan ektremis seperti Dong Zhong yang enggan berpijak di bumi nyata dan enggan mengiktiraf langit yang dijunjung.
  • Selagi wujud ektremis seperti Dong Zhong, eloklah kaum Cina berhenti bermimpi yang Malaysia akan menerima mereka sebagai rakyat setaraf dengan bumiputera selama-lamanya.

Actions

Information

2 responses

26 03 2012
Pemerhati

These bunch of idiot under influence of DAP is dangerous and likely to cause harm to Malaysia KDN kindly take appropriate action before it out of hand. Hishammuddin pls act now or else you are in trouble.

We know very well DAP it racist and spread hatred toward Malaysian Government.

26 03 2012
protozoa

Rasanya tidak semua org Cina yg bersetuju dgn saranan Dong Zhong ini… sebenarnya tiada masalah sama ada guru yg dihantar ke SRJKC boleh berbahasa mandarin ataupun tidak. kalau dah dihantar utk mengajar BM dan BI contohnya, apakah perlu utk guru tersebut boleh bertutur dlm bhs mandarin? kalau pelajar kita boleh menuntut di luar negara, cthnya di UK, Australia, Amerika, dll dgn tanpa adanya pensyarah yg blh bertutur di dlm bahasa kita, mengapa kita tidak boleh menerima guru yg tidak blh bertutur dlm mandarin di SRJKC?

“Rejection” spt ini bkn baru. Mendiang pakcik saya pernah dihantar utk berkhidmat di SRKJC sbg guru besar pd tahun 1990-an, tetapi disebabkan beliau bkn berlatarbelangkan pendidikan cina (beliau berketurunan cina, tetapi disekolahkan di sekolah inggeris dari peringkat sekolah rendah sehingga menengah), beliau pernah menerima tentangan daripada guru-guru & ahli-ahli lembaga sekolah ketika mula-mula bertugas di sana.

Suka ataupun tidak, saya berpendapat bhw semua warganegara malaysia yg menetap di malaysia hendaklah memastikan mrk fasih berbahasa melayu & inggeris. memang tdk dpt disangkalkan kepentingan kedua-dua bahasa ini di negara kita. kalau fasih berbahasa mandarin, anggaplah sbg satu bonus krn menguasai bahasa ketiga. tetapi jgnlah pula abaikan bahasa kebangsaan & bahasa kedua sama sekali. kalau ada apa-apa permintaan, biarlah secara sederhana, jgnlah secara ekstrim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: