Bahasa apa yang diperjuangkan?

13 04 2012

Apakah Peranan Dap Dalam Memartabatkan Bahasa Kebangsaan ? Kalau ada lah ..

Untuk memanjangkan lagi isu perhimpunan DongZong bersama Dap minggu lepas, saya ingin mengajukan pertanyaan kepada Dap apakah pemahaman mereka bila memperkatakan tentang MEMARTABATKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU dan MEMPERLUASKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA SERANTAU sepertimana terkandung dalam Buku Jingga –

3 . Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Semua tahu Perlembagaan kita juga mengiktiraf penggunaan Bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda lain, dan semua orang pun dah tahu betapa tinggi penghormatan yang diberikan oleh Dap terhadap Bahasa Inggeris. Bahasa cina tak payah ceritalah, sokongan penuh Dap kepada perjuangan DongZong sudah cukup membuktikannya.

Cuma dengan Bahasa Melayu yang juga merupakan Bahasa Kebangsaan Malaysia saja yang saya belum nampak peranan Dap dalam apa yang mereka sendiri panggil sebagai MEMARTABATKAN penggunaannya.

Setakat tercatat dalam Buku Jingga, setakat melalak dalam sesi ceramah, semua orang boleh buat. Tapi dari segi praktikalnya, apa yang telah Dap buat ?

DiPenang dimana Dap selaku kerajaan negeri, apakah yang telah Dap sumbangkan dalam memastikan MARTABAT PENGGUNAAN Bahasa Kebangsaan dijaga ?

Sewaktu Dap bersama-sama DongZong DAN Pas DAN Pkr turun kejalanan semasa Demo Anti PPSMI 3 tahun dulu, perjuangan Dap dan Dong Zong adalah sepertimana tajuknya – Anti PPSMI tetapi BUKAN untuk digantikan dengan penggunaan Bahasa Malaysia. Mereka sertai anti PPSMI supaya bahasa Inggeris yang digunakan sebagai medium pengajaran Sains dan Matematik digantikan dengan Bahasa Cina !

Sementara Pas dan NGO yang diketuai oleh Saruman pula mahu ia digantikan dengan Bahasa Malaysia. Perjuangan Anti PPSMI adalah Perjuangan Bahasa Ibunda BUKANnya Perjuangan Bahasa Malaysia !

Ini adalah janji Dap bersama PR seperti terkandung dalam Buku Jingga, tapi selain dari bercakap, apakah BUKTI dari segi tindakan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Dap kearah MEMARTABATKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU / MALAYSIA / KEBANGSAAN ?

Ada sesiapa boleh tolong berikan contoh  ………. kalau ada ?


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: