Komunis menggunakan sekolah Cina untuk menyebarkan fahaman mereka?

17 04 2012

Jangan hancurkan masa depan negara

(Sinar Harian 2 Apr 2012)

Lanjutan daripada artikel saya minggu lalu bertajuk “bahaya tuntutan ultra kiasu”, ekoran perhimpunan bantahan mengenai masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), saya telah menerima begitu banyak emel, terutama kalangan guru-guru bukan Cina, termasuk guru Cina (Muslim) yang mengajar di sana. Mereka melahirkan rasa amat tidak selesa dan tidak berpuas hati dengan tindakan ultra kiasu itu.

Salah seorang daripadanya, Anuar Koh (Cina Muslim) yang mengajar di SJKC, amat bimbang mengenai usul ekstrem yang dikemukakan dalam perhimpunan tersebut. Antaranya, menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menarik balik penempatan semua guru yang tidak berkelayakan Bahasa Cina termasuk guru-guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang ditempatkan ke SJKC. Mereka juga mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia menempatkan semula guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina ke SJKC yang dipindahkan sebelum ini.

Ini adalah strategi yang amat licik ultra kiasu untuk menjadikan SJKC sarang orang Cina, tanpa ada bangsa lain, seolah-olah berada di China. Amalan selama ini, guru-guru bukan Cina seperti guru-guru Melayu, India atau kaum lain, ditempatkan di sekolah Cina untuk mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mereka ini memang tidak ada kelayakan Bahasa Cina, atau mendapat kepujian atau kredit dalam Kertas Bahasa Cina dalam SPM. Adalah sesuatu yang amat sukar untuk mencari guru bukan Cina boleh menguasai bahasa Cina. Ultra kiasu mahu mewajibkan mereka memahaminya. Ultra kiasu ini siapa sebenarnya?

Persoalan, kenapa anak-anak Cina ini langsung tidak mampu berbahasa kebangsaan? Apa yang dilakukan saban hari di rumah? Kenapa mereka boleh menjadi sebegitu jahil dalam memahami agenda negara? Kenapa apabila kita pergi ke luar negara seperti Jepun, Korea, Perancis, German dan lain-lain, kita tidak wajibkan mereka memahami bahasa Melayu terlebih dahulu sebelum mengajar bahasa mereka terhadap kita.

Suka atau tidak, tahu atau tidak, kita kena paksa diri, mesti belajar bahasa asing, jika mahu berada di negara mereka dan menimba ilmu mereka, walaupun sepatah haram bahasa mereka tidak difahami. Akhirnya, fasih juga kita berbahasa asing. Ini bukan soal guru atau apa, tetapi soal sama ada kita sensitif atau tidak, dengan agenda membina negara atau kita terlalu perkauman? Sosialisasi politik kita sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah amat perkauman. Tidak ada keinginan langsungkah untuk bercakap sepatah dua bahasa Melayu di rumah?

Jika kerajaan tunduk kepada tekanan ini, maka niat mereka hendak menghalau semua guru bukan-Cina atau Cina yang bukan berpendidikan Cina akan tercapai. Mungkin sebagai langkah taktikal, tuntutan 325 hanya mahu pihak kementerian ‘menghalau’ guru-guru sedemikian yang ditempatkan tahun ini. Tetapi, kalau tuntutan yang berbau perkauman yang amat ultra ini dilayan, maka, langkah seterusnya tentulah untuk menghalau semua sekali guru-guru bukan Cina.

Menurut sejarahwan Inggeris yang banyak menulis mengenai sejarah orang Cina di Malaysia, Victor Purcell, ketika berlaku penghijrahan, bukti-bukti menunjukkan, komunis menggunakan sekolah Cina untuk menyebarkan fahaman mereka. Saya tidak kata ianya berlaku di SJKC kini. Saya cuma tidak mahu kita mengulangi kesilapan demi kesilapan. Takkan kita sanggup melihat sesebuah institusi kepunyaan kerajaan dihuni oleh satu bangsa sahaja. Di sekolah agama dan di UiTM pun tidaklah sebegitu ekstrem. Masih ada wajah-wajah bukan Melayu.

Lantaran, saya amat tidak faham dan amat sedih bagaimana pemimpin kanan Pas begitu tergamak mengangkat tangan setinggi-tingginya, menyertai perhimpunan ini dalam usaha mereka hendak menghalau semua guru bukan Cina, terutamanya Guru Melayu (termasuk India), keluar dari SJKC. PKR usahlah dicerita, mereka hanya mabuk kuasa.

Dengar khabar, pertubuhan ultra kiasu ini sedang merancang untuk menghalau semua murid bukan Cina yang sekarang belajar di SJKC, atas alasan murid-murid bukan-Cina telah menghalang perjalanan licin pengajaran Bahasa Cina. Untuk merealisasinya, langkah pertama ialah dengan menghalau dahulu guru bukan Cina, kemudian dikuti murid bukan Cina sebagai langkah kedua. Berbeza dengan SJKC di luar bandar, mereka akan berkempen habis-habis agar orang Melayu menghantar anak mereka ke sana. Ia bertujuan memastikan SJKC ini survive, walaupun terletak di kawasan Melayu.

Jika perancanganlicik ini berjaya, pertubuhan ultra kiasu, dengan sokongan kuat dari Pakatan Rakyat yang begitu yakin akan menang dalam PRU 13, akan menetapkan perlunya kelayakan Bahasa Mandarin bagi mereka yang ingin terus menginap di Malaysia. Pada masa itu, semua orang Melayu akan dihalau keluar Malaysia jika tidak berkelayakan Bahasa Mandarin.

Dalam perhimpunan tersebut, selain membidas kerajaan kerana tidak pernah mahu menyelesaikan masalah kekurangan guru di SJKC sejak tahun 1968 sehingga kini, mereka turut memperlekehkan pembinaan Menara Kembar Petronas KLCC dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dianggar membazir berbanding dengan pelaburan dalam pendidikan Cina.

Pertanyaan saya, buktikan SJKC boleh memenuhi agenda nasional negara? Bagaimana dengan produk SJKC yang langsung tidak boleh berbahasa Melayu? Kajian menunjukkan, orang Cina aliran kebangsaan lebih mudah bergaul dengan orang Melayu berbanding produk SJKC.

Kebimbangan saya lagi, Kementerian Kewangan mengumumkan minggu lalu, pengecualian cukai akan diberikan kepada mereka yang menderma secara tunai kepada sekolah dan rumah ibadat, tertakluk kepada pindaan undang-undang Akta Cukai 1967. Sebelum ini, Menteri Pelajaran ada mencadangkan agar derma Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut diberikan pengecualian cukai. Saya tidak pasti sejauhmanakah perkara ini telah berjalan dan dibincangkan.

Cadangan ini amat baik. Tetapi sebelum dilaksanakan, kajian mendalam perlu dilakukan terlebih dahulu, bukannya dengan membuat keputusan politik. Menggalakkan orang menderma adalah amalan mulia dan dapat mengukuhkan kewangan sekolah dan rumah ibadat. Apabila sudah mempunyai kewangan yang kukuh, sudah tentu ia dapat berfungsi dengan lebih efektif. Namun demikian, perlu juga difikirkan bersekali dengan implikasinya. Tindakan ini tidak menguntungkan agenda kebangsaan, malah akan menjadi identiti kebangsaan semakin pupus. Paling membimbangkan agenda perkauman semakin menebal, kerana logiknya setiap kaum akan membantu institusi masing-masing. Perkara ini telah berlaku sekian lama. Tanpa bantu kerajaanpun, institusi mereka tetap megah berdiri. Bayangkan jika semua bertindak menghulurkan derma mengikut institusi kaum, mampukah umat Islam bersaing dengan mereka?

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


Actions

Information

2 responses

8 05 2012
anonymous

salam prof… soal menghalau guru-guru bkn cina dari srjkc,ini antara sebabnya yg saya syaki (berdasarkan pemerhatian sy sbg seorg yg bukan berbangsa melayu tetapi tidak juga berbangsa cina – saya org malaysia… dan oleh itu saya berpendirian neutral ttg isu sjkc):
ia bkn semudah soal racism. sebenarnya ramai guru besar sjkc ketakutan…kalau ada apa-apa isu,mrk tak berani tegur guru-guru bkn cina. kalo guru cina, mrk tibai je, tapi apb berdepan dgn guru berbangsa melayu, mrk tak berani tegur. antara sebabnya, guru-guru besar sjkc sendiri tidak fasih berbahasa melayu (communication breakdown), dan sikap mrk yg takut org melayu. ya, ramai chinese leaders takut org melayu krn mrk berpendapat bhw kalau mrk personally menyinggung org melayu, mrk akn “hidup susah” pada masa kelak. tapi lain cerita pula kalau menyinggung secara ramai-rama dlm kumpulan. dong zong nampak berani apb mrk meminta ini dan itu, tp sbb perasaan insecurity lah mrk buat mcm tu. cara termudah utk selesaikan dilema guru besar yg takut org melayu, mrk pun mintalah supaya guru-guru bkn cina dikeluarkan dari sekolah mrk. maka senanglah mrk nak buat supervision, tak payah nak takut-takut utk berkomunikasi dgn guru-guru yg either non-chinese, mahupun chinese but non-chinese-speaking.

8 05 2012
Semarak

Dukacita, saya tidak setuju. Tidak ada so’al menyinggong perasaan bila menegur sesiapa di bawah mereka melainkan jika tak betul bahasa. Jika Guru Guru Besar itu lemah BMnya, maka kelemahan mereka lah. Tidak boleh Dong Zong ke sesiapa mencari helah.

Saya khuatir memang ada yang berpendirian seperti kominis di sekolah sekolah Cina, termasuk ibu bapa yang menyokong sistem pelajaran Cina. Mereka yang tak bercampur gaul, mengasingkan diri dari khalayak ramai. Itu sebab sekoah sekolah seperti itu perlu di serapkan ke dalam sistem Sekolah Kebangsaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: