Najib saja yang lemah?

18 04 2012

 

Isu sekolah Cina – Hakikat PAHIT Yang Terpaksa Kita Terima

 

Dalam kita duk hentam puak ultra kiasu yang bertopengkan DongZong dan Dap …pong paaaang, pong pang , hakikatnya mereka akan menang juga dalam tuntutan mereka.  Seperti biasa, mereka akan tuntut contohnya 5 perkara dan kalau kerajaan tunduk dan terima 2 pun dah kira satu kemenangan besar sebab ia merupakan satu langkah kedepan.

Nanti buat demo lagi …… dan tuntut 5 lagi. Dan kita pun bising lagi pong paaaaang, pong pang dan kerajaan pun tunaikan 2 lagi ….. dan begitulah putarannya.

Salah Najib sebab lemah ?

Ya, saya nampak dalam soal ini Najib ternyata lemah kerana terlalu tunduk kepada desakan mereka TAPI saya tidak menyalahkan Naib seorang. Apakah ada kita dengar suara mana-mana pemimpin lain yang turut bersuara mengkritik puak ultra kiasu ini ? Tak ada kan …..

Begitu juga dipihak Pakatan Rakyat, selain dari Dap dan pemimpin cina Pkr yang terang2 menyokong agenda kiasu mereka, ada kita dengan suara protes dari pemimpin2 Pas atau pemimpin Melayu Pkr ? Juga tidak ada kan ……

Seperti yang saya pernah tulis dulu, dalam soal sekolah cina ini UMNO DAN PAS SEPAKAT ! Malah saya pernah cadangkan keduanya jadikan persamaan ini sebagai titik tolak kearah perpaduan ! Hahahahaha ….

Inilah salah satu tanda yang paling nyata dan jelas betapa kerana mahukan kuasa undi, orang Melayu yang berpecah tewas kepada kumpulan minoriti yang bersatu suara yang berani menggunakan kuasa undi yang ada pada mereka. Mereka menggunakan politik untuk perjuangan bangsa mereka sementara orang Melayu menggunakan bangsa dan agama untuk berpolitik.

Sebab itu saya tak salahkan Najib seorang. Kalau Anwar jadi PM pun perkara sama akan berlaku, begitu juga Nik Aziz atau Hadi atau Mahfuz.

Kita marah dan saya tahu ramai juga orang Pas yang marah sama tapi apa yang kita buat ? Tidak ada apa-apa.

Apakah kerajaan akan hilang undi jika mengikut kata kita ? Kemungkinan besar iya. Isu akan dipolitikkan secara besar2an dan dijadikan satu isu perkauman dan ini akan menyebabkan kaum cina memberi sokongan kepada Dap. Pas pula akan duduk diam…… menggeleng kepala tanda kesal tapi waktu sama bertakbir Syukuuuuuur …… kerana PR dapat undi walaupun harganya mahal.

Apakah kerajaan akan hilang undi jika mengikut kata mereka ? Kemungkinan besar status quo tidak berubah.  Nah, berdepan dengan situasi begitu, apakah pilihan yang ada kepada kerajaan ?

Satu perkara yang perlu disebut juga, mereka yang menyokong sistem Satu Sekolah tidak terhad kepada orang Melayu saja. Ramai juga yang melihat isu sekolah ini dari sudut agenda perpaduan antara kaum. Ia tidak juga bermaksud mereka bersetuju dengan sistem pendidikan yang ada sekarang ini iaitu sekolah kebangsaan. Tapi bukan itu yang saya mahu bincangkan, cukup sekadar saya nyatakan bahawa sistem Satu Sekolah adalah sekolah kebangsaan + beberapa pembaharuan. Apa yang penting adalah SATU sistem sekolah untuk semua murid-murid.

Cuma suara yang menentang sekolah cina ini adalah suara senyap. Sama macam kita juga, walaupun kita ramai yang bersuara tapi hakikatnya  kita cuma sekadar bersuara tanpa sanggup mengambil risiko seterusnya iaitu menggunakan kuasa politik yang ada untuk mempengaruhi kerajaan supaya mengikut tuntutan kita.

Saya biasa juga dengar orang kata – takper, kita sokong dulu BN, kita pastikan BN dapat 2/3 semula. Lepas itu kita pula tuntut secara agresif dalam isu pendidikan ini. Benarkah begitu ?

Apakata BUKTIKAN dengan menandatangani PETISYEN SATU SEKOLAH di blog Satu Sekolah ? Bukannya susah sangat tapi itupun tak terbuat. Dah setahun setengah, tadi saya lihat angkanya cuma 3172 saja …….. alahaaaaai ….

The Star – Ministry confident teacher shortage in Chinese schools can be resolved


PUTRAJAYA: The Education Ministry is confident that the shortage of teachers in Chinese vernacular schools can be resolved effectively.

Deputy Education Datuk Dr Wee Ka Siong said the three-hour roundtable meeting with five education and Chinese groups on Monday went smoothly.

He said he would report the outcome of the meeting to Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin but declined to elaborate on the details.

Among the issues discussed at the roundtable meeting were the four resolutions agreed by the protesters at the 325 Rally on March 25.

Advertisement

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: