Kedudukan Bahasa Kebangsaan

21 04 2012

 

Jangan campuri hal ehwal Islam

  • Minggu lalu saya telah dijemput oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah kepemimpinan baharu Prof Awang Sariyan. Tahniah! Inilah julung-julung kalinya DBP meraikan pandangan cendekiawan dalam pelbagai bidang. Sebelum ini, ada segelintir pemimpin DBP sibuk berpolitik sehingga lupa tanggungjawab mereka yang sebenar dalam menjaga dan memartabatkan maruah bahasa jiwa bangsa.
  • Kami diminta memberikan input dari sudut keagamaan, walaupun ini bukanlah bidang kepakaran saya kerana saya bukanlah ustaz seperti yang digelar oleh khalayak. Saya hanya ilmuan kerdil bidang politik dan kerajaan. Itupun saya tidak berani menggelarkan diri saya pakar, kerana hanya kita sahaja tahu kemampuan diri kita sendiri. Berbanding kadangkala segelintir khalayak dengan mudah menggelar dirinya dengan gelaran pakar motivasi, sedangkan ijazah dan kepakarannya langsung tiada. Hanya kerana seseorang itu, termasuk ustaz dan ustazah pandai bercakap, maka mereka menggelarkan diri mereka pakar motivasi atau perunding motivasi. Persoalannya, siapakah yang melantik mereka? Apa kelayakannya? Apa yang nyata, dia melantik dirinya sendiri.
  • Saya telah membangkitkan beberapa perkara kepada DBP mengenai kedudukan bahasa Melayu daripada perspektif agama. Bahasa adalah mekanisme penting dalam merubah merubah kehidupan Melayu. Melayu asalnya menganut fahaman Buddha-Hindu, sebelum mereka memeluk Islam 600 tahun lalu. Penyebaran Islam dibawa melalui tiga penjuru, Arab, Cina dan India.
  • Sudah tentu dalam soal ini Islam disebarkan melalui bahasa. Bahasa adalah alat dakwah. Bahasanya sudah tentu bahasa Melayu. Mustahil pedagang Arab, Cina dan India datang ke Alam Melayu terus bertutur dalam bahasa Melayu atau bahasa mereka sendiri. Bagaimana mereka belajar? Bagaimana orang Melayu dapat memahami bahasa asing. Bermakna, orang asing atau orang luar kawasan terpaksa atau mesti berbahasa Melayu untuk menyebarkan dakyah atau dakwahnya. Inilah yang berlaku di Alam Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa Lingua Franca, dipelajari dan dipertuturkan seluas-luas untuk mencapai matlamat mereka yang mendatangi sesuatu tempat.
  • Persoalannya hari ini, kenapa bahasa Melayu seolah-olah langsung tidak mendapat tempat di kalangan sebahagian mereka yang datang berhijrah dan tinggal di bumi bertuah ini? Kita terpaksa berdakwah atau menyampaikan maklumat dalam bahasa ibunda mereka, bukan menggunakan bahasa rasmi negara. Dakwah tidak dapat berkembang luas kerana masalah bahasa. Lantaran, mualaf seperti kami disuruh dan dipaksa berdakwah kepada orang bukan Melayu menggunakan bahasa ibunda. Jika perkara ini berterusan, sampai bilakah mereka boleh memahami bahasa Melayu? Tidakkah mereka sepatutnya diwajibkan belajar bahasa Melayu. Akhirnya, dakwah terbantut, sehingga ke hari ini tidak sampai satu peratus bukan Melayu memeluk Islam.
  • Agak menjelekkan dalam satu seminar baru-baru ini di tempat saya sendiri, hanya kerana terdapat seorang pelajar Korea, secara tiba-tiba kita terus tukar medium bahasa daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Kita sanggup korbankan kepentingan nasional/negara, hanya kerana seorang Korea yang berada dalam majlis tersebut. Kenapa perkara ini boleh berlaku dalam negara yang berasaskan kenegaraan Melayu? Ini bukan insiden kali pertama, tetapi telah berlaku berulang-ulang kali. Hina sangatkah bahasa Melayu? Siapa yang sepatutnya belajar bahasa Melayu jika mereka berada dalam sebuah negara Melayu?
  • Perkara sebegini tidak pernah berlaku kepada negara-negara yang mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka. Cuma kita sahaja yang terlalu menjaga hati orang sehingga hati sendiri terluka dan berdarah, langsung tidak dipedulikan. Akhirnya, kaduk naik junjung. Golongan ini menjadi semakin ultra kiasu. Kepentingan bangsa lebih diutamakan daripada kepentingan negara. Kata-kata Malaysian first adalah satu penipuan besar dan lakonan yang amat licik, untuk menutup kelemahan mereka. Malangnya kita terus bersangka baik, kita takut negara tidak membangun, kita takut kehilangan undi, kita takut kehilangan bakat (brain drain). Bolehkah negara membangun jika rakyat tidak mempunyai semangat sayangkan negara atau kepentingan bangsa mengatasi patriotisme? Kita terlalu mengejar pembangunan, sehingga mengenepikan jati diri dan kepentingan nasional. Tidakkah kepentingan nasional dan jati diri ini yang melonjakkan pembangunan sesebuah negara? Kajilah sejarah negara-negara membangun. Jawapannya pasti ada.
  • Cuba lihat cara akhbar-akhbar ultra kiasu yang tidak faham agenda nasional, undang-undang dan kedudukan agama Islam. Puncanya adalah kerana masalah bahasa. Apabila bahasa tidak dikuasai mereka tidak akan dapat memahami budaya dan cara hidup sesuatu kaum, terutama kaum majoriti. Baru-baru ini seorang penulis biadab akhbar ultra kiasu mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikatakan bertindak seperti Perdana Menteri dan kabinet yang berkuasa ke atas kerajaan.
  • Ini berikutan dengan arahan Ahli Majlis Bandaraya Perlis yang mahu menurunkan iklan atau papan tanda perempuan yang mendedahkan aurat. Penulis biadab ini mempertikaikan, pada ayat mana pula di dalam al-Quran yang menyatakan melarang wanita Muslim tidak memakai tudung? Siapa yang menentukan garis panduan menutup aurat? Sedangkan masyarakat Muslim terutama kumpulan pergerakan hak asasi kaum wanita sering mempertahankan hak wanita.
  • Ternyata ultra kiasu ini amat jahil mengenai kepentingan nasional dan agama Islam walaupun telah tinggal di Alam Melayu sekian lama dari generasi kepada generasi. Orang seperti perlu dihantar balik. Bayangkan jika sikap sosialisasi politik ini terus menerus diamalkan.
  • Perlu saya ingatkan, perkara berkaitan dengan kedudukan Islam dan adat istiadat orang Melayu berada di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Inilah sistem yang telah kita warisi sejak zaman berzaman apabila negara kita dijajah dan sistem ini kekal sehingga kini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak tertakluk kepada orang bukan Melayu, apatah lagi ultra kiasu. Majlis Fatwa berhak untuk memberikan pandangan berhubung kait dengan kehidupan orang Islam dunia dan akhirat, perkara-perkara yang boleh menimbulkan kontroversi termasuk tarian, latihan yoga dan sebagainya seperti yang dibangkitkan.

  • Ini hal ehwal umat Islam. Jangan campurtangan. Kami, umat Islam tidak pernah campurtangan dalam kehidupan agama orang bukan Islam. Hormatilah, jangan biadab dan kurang ajar. Ultra kiasu ini sengaja mengundang bahaya.
  • Saya fikir, toleransi beragama di kalangan pemimpin-pemimpin Islam di negara sudah sampai kepada tahap maksima. Cuma kita mahu lihat sebaliknya, terutama ultra kiasu. Ada kalangan kita sanggup berada dalam majlis agama bukan Islam seperti perayaan Buddha, Thaipusam,  Chinggay dan lain-lain lagi. Untuk melihat ultra kiasu memakai songkok dan baju Melayupun jauh sekali kerana mereka takut dikaitkan atau dilabelkan sebagai Melayu. Negara ini tidak akan kucar kacir dengan adanya Majlis Fatwa kebangsaan kerana Islam amat menghormati hak bukan Islam. Tetapi negara akan kucar kacir sekiranya ada ultra kiasu yang tidak menghormati, tidak berasimilasi dan terus mahu mencampuri hal-hal orang Islam, apatah lagi mengambil haknya.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Prof Madya
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: