Kerana terlampau mengalah

2 05 2012

 

Dong Zong Masih Belum Puas

 


Belum puas menghalau guru bukan Melayu dari sekolah Cina, kini Dong Zong membuat tuntutan lagi iaitu inginkan agar kemasukan pra-universiti dibuka atau dilonggarkan kepada semua kaum. Alasan Dong Zong ialah kemasukan pra-universiti di negara ini adalah tidak begitu telus kerana ia disusun agar memberi kelebihan atau memudahkan bumiputera mendapat tempat di universiti, sekali gus mengurangkan ruang kepada kaum lain.

Kita tidak pasti bagaimana Dong Zong menilai perkara ini tetapi kita yakin ia ada kena mengena dengan syarat wajib lulus Bahasa Malaysia. Sedangkan syarat ini patut dianggap sebagai syarat semulajadi kerana sudah menjadi keharusan bagi semua warganegara untuk fasih berbahasa Malaysia. Dengan pemberian taraf warganegara percuma kepada kaum pendatang suatu ketika dahulu, kewajipan untuk anak cucu mereka fasih berbahasa kebangsaan adalah bayaran yang terlalu kecil dan tidak perlu dipersoalkan langsung kerana ia merupakan perkara semulajadi bagi semua negara di dunia.

Kita percaya, tuntutan ini bukan tuntutan terakhir Dong Zong. Mereka akan terus menuntut dan menuntut sehingga budaya dan bahasa Cina diiktiraf sebagai setaraf atau lebih tinggi dari budaya dan bahasa rasmi Malaysia. Tidak keterlaluan rasanya dikatakan bahawa inilah ikrar Dong Zong yang akan dipegang mereka selama-lamanya atas alasan memperjuangkan nasib kaum Cina di Malaysia.

Dan inilah masalahnya dengan manusia hipokrit seperti Dong Zong. Apabila UMNO bercakap mengenai memperjuangkan nasib Melayu yang masih ketinggalan dari segi pendidikan dan ekonomi, UMNO dituduh rasis. Tetapi apabila Dong Zong memperjuangkan bangsa Cina yang sedia mendahului kaum lain dari segala segi, Dong Zong dikatakan memperjuangkan keadilan.

Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO telah banyak bertolak ansur dengan kaum lain dengan membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan, mengamalkan budaya serta agama masing-masing secara meluas dan bebas. UMNO juga tidak mengehadkan kek ekonomi kepada kaum lain dan hasilnya mereka telah mengaut kekayaan yang bukan sedikit di Malaysia ini. Pendek kata, UMNO banyak mengalah dengan kaum pendatang demi kemerdekaan dan keamanan negara ini.

Malangnya, sikap yang sama tidak dapat dilihat dalam diri Dong Jiao Zong – atau kubu pertahanan Cina, yang tegar membawa bersama mereka polisi yang dimulakan oleh penjajah yang memisahkan kaum-kaum di Malaysia melalui sekolah. Polisi ‘pecah dan perintah’ ini diperkenalkan oleh penjajah British bertujuan menyukarkan perpaduan di kalangan kaum di negara ini dengan harapan Malaysia tidak akan mampu mempertahankan kemerdekaan.

Untuk sekian lama, Malaysia berjaya mengatasi segala cabaran yang timbul dari polisi pecah dan perintah tersebut. Walaubagaimanapun, risiko yang wujud dari polisi ini kekal dan terus meningkat selaras dengan meningkatnya semangat perkauman yang diterapkan secara langsung dan tidak langsung akibat pemisahan kaum di sekolah-sekolah serta semangat keCinaan yang tebal yang diperjuangkan Dong Zong.

Kata-kata bekas Presiden Dong Zong, Lim Lian Geok suatu ketika dahulu dengan sendirinya membuktikan sifat rasis tegar pertubuhan ini, iaitu “Budaya adalah jiwa bagi sesuatu kaum, dan nilainya adalah sama seperti nyawa sendiri. Dan jika bangsa Cina ingin mewarisi warisan budaya dan menjadi seorang Cina yang tulen, maka anak mereka wajib dihantar ke sekolah Cina”.

..selanjutnya baca disni..

Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net oleh Obey-One


Actions

Information

One response

16 05 2012
Hussin

” Dan jika bangsa Cina ingin mewarisi warisan budaya dan menjadi seorang Cina yang tulen,maka anak mereka wajib dihantar ke sekolah Cina”DI NEGARA CINA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: