Multi bahasa?

12 05 2012

Kerajaan beri keutamaan tingkat mutu capai bertaraf dunia: Muhyiddin

USAHA meningkatkan kualiti sistem pendidikan supaya bertaraf dunia menjadi keutamaan kerajaan bagi memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi pada 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sistem pendidikan di sesebuah negara perlu terus berkembang untuk kekal bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah selain berupaya memenuhi aspirasi negara.

“Sebagai pemimpin hari ini, menjadi tanggungjawab kerajaan dalam memastikan generasi muda hari ini dapat melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

“Oleh itu, setiap kerajaan yang efektif perlu membabitkan semua sektor untuk bersama-sama memikul tanggungjawab dalam membantu menjayakan transformasi sistem pendidikan termasuk mengambil kira pandangan mereka dalam membentuk hala tuju pendidikan, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Leading Across – How Do Effective Government Leaders Engange Across Sectors? pada Sidang Kemuncak Mentransformasikan Pendidikan (TES) anjuran Majlis Pelajaran Abu Dhabi (ADEC) di sini, semalam.

Persidangan yang julung kali diadakan itu dinaungi Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang juga Pengerusi ADEC merangkap Timbalan Ketua Pemerintah Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kira-kira 200 pakar dalam bidang masing-masing termasuk pemimpin, ahli akademik dan penggiat dalam sektor swasta dijemput menghadiri sidang kemuncak berkenaan.

Selain Muhyiddin, turut menyampaikan ucaptama pada TES bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown; bekas Presiden Finland, Tarja Halonen dan bekas Menteri Pelajaran Ireland, Mary Hanafin.

Muhyiddin yang turut berkongsi pengalaman Malaysia dalam membangunkan sistem pendidikan sejak mencapai kemerdekaan berkata, kerajaan perlu menangani pelbagai cabaran bagi melaksanakan program bersesuaian membabitkan semua pihak berkepentingan.

“Ketika ini, ada 400,000 guru, lebih lima juta pelajar di 10,000 sekolah dan 27 juta rakyat merangkumi pelbagai etnik, agama dan latar belakang sosial di Malaysia.

“Oleh itu, cabaran utama dalam menjayakan transformasi untuk mengimbangi dan mencari kesamaan di kalangan setiap pihak ini untuk melaksanakan program serta polisi bersesuaian,” katanya.

Sementara itu, pada majlis berasingan, beliau berkata, kerajaan sedang mengkaji kemampuan penguasaan pelbagai bahasa di kalangan murid bagi membolehkan generasi muda hari ini bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kita sudah biasa dengan (pengajaran) dwibahasa di sekolah di negara ini dan kajian sedang dijalankan sama ada kita boleh menggalakkan pengajaran multi bahasa,” katanya kepada wartawan Malaysia sejurus melakukan lawatan ke Sekolah Al Mushrif di sini, kelmarin.


Actions

Information

4 responses

12 05 2012
1Sekolah

Aku tak kisah sangat mutu bertaraf dunia ke tidak. Yang penting mesti ada 1Sekolah, 1Bahasa. Jangan banyak jenis sekolah, banyak bahasa pengantar macam sekarang ni.

Mengarut, dah 54 tahun tak boleh selesai masalah hormatkan Perlembagaan, Perkara 152 Bahasa Kebangsaan. Dah bermacam kecoh Dong Zong nak buang cikgu yang Kementerian Pelajaran hantar ke sekolah Cina pulak. Mana boleh macam tu?

Pastu cari helah nak duduk bantah, bantah itu, bantah ini pulak. Itu pasal mesti ada 1Sekolah supaya generasi depan boleh timbul cita cita dan aspirasi yang sama dan bersatu.

Boleh berbeza pendapat tapi matlamat dan tujuan mesti sama – majukan Malaysia. Tidak fikirkan China ke apebende.

13 05 2012
Hamid

Boleh nak belajar lebih bahasa. Tapi sebagai mata pelajaran tambahan di sekolah kebangsaan. Jangan pulak benarkan lain bahasa jadi Bahasa Kebangsaan. Macam Singapore. Ingat, Malaysia ada Perlembagaan yang kata BM Bahasa Kebangsaan. Satu sahaja Bahasa Kebangsaan, bahasa resmi. Tak boleh tukar. Kalau cuba tukar mesti jadi gaduh besar.

13 05 2012
Ragu

“bersama-sama memikul tanggungjawab dalam membantu menjayakan transformasi sistem pendidikan termasuk mengambil kira pandangan mereka dalam membentuk hala tuju pendidikan, ” kata TS Muhyiddin.

Tapi saya tak setuju pandangan Dong Zong di ambil kira. Tak boleh di ambil kira jika mahukan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, melanggar Perlembagaan berkenaan Bahasa Kebangsaan. Tak boleh di ambil kira jika mereka mahu “multi nations within a nation”. Itu memporak perandakan keadaan. Kita mahukan perpaduan dan suatu bangsa Malaysia yang tak ambil kira etnik tapi semua sama harapan dan aspirasi berdasarkan Perlembagaan negara. “The emergence of a united and cohesive Malaysian nation by which time the word race shall not be written in official forms and documents except where legally required, like for medical and legal purposes.”

Rakyat Amerika pun berbagai etnik tetapi semua di kenali dan bangga mengenalkan diri mereka sebagai American, cintakan negara, bersedia bermati matian pertahankan atau memajukan kepentingan negara berperang di Vietnam, di Iraq dan di Afghanistan. Pengikut Dong Zong masuk Polis pun tak mahu, lagikan masuk Tentera. Mereka mementingkan diri sendiri sahaja, mengasingkan diri tidak bercampur dengan rakyat jelata. Tak boleh ambil kira pandangan sebegitu rupa.

14 05 2012
Cikyong

Matlamat pendidikan di negara ini mestilah membina suatu masyarakat yang kukuh dan bersatu padu. Kalau tidak jahanam kita akibat perselisehan kaum seperti 13 Mei.

Memestikan mata pelajaran Sejarah di sekolah sekolah itu amat baik menuju kapada saling mengerti, saling menghormati, dan perpaduan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: