Berita Tahun Lepas – Kursus Bahasa Malaysia Untuk Pembantu Rumah

16 05 2012

Pembantu rumah asing: Kursus Bahasa Malaysia 6 bulan dicadangkan

2011/11/01

PUTRAJAYA: Kerajaan bercadang mewajibkan semua pembantu rumah asing kecuali dari Indonesia mengikuti kursus Bahasa Malaysia selama enam bulan sebelum mereka dibenar bekerja di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata langkah itu penting kerana kebanyakan masalah berpunca daripada kurangnya keberkesanan komunikasi dan pemahaman antara majikan dan pembantu rumah.

“Keberkesanan komunikasi mampu mengeratkan hubungan baik selain mengelakkan permasalahan antara majikan dan pembantu rumah,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Diploma dan Sijil kepada 6,835 penuntut pada Konvokesyen Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Beliau berkata, melalui kaedah baru itu, pembantu rumah akan didedahkan dengan asas Bahasa Malaysia yang membolehkan mereka berkomunikasi, memahami budaya, cara hidup dan undang-undang negara ini.

“Kita akan meminta semua negara pembekal pembantu rumah kecuali Indonesia mewajibkan mengikuti kursus Bahasa Malaysia. Ia dianggap sebagai penyelesaian jangka panjang dengan mengambil kira kepentingan majikan dan pembantu rumah. Komunikasi berkesan sememangnya mengurangkan tekanan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata, kementerian sedang meneliti cara pelaksananan dan pengendalian kursus Bahasa Malaysia di negara-negara pembekal pembantu rumah.

Mengulas isu pembantu rumah Kemboja, Dr Subramaniam berkata, kerajaan negara itu sedia menarik balik pembekuan pembantu rumah mereka dalam masa terdekat berikutan mendapati isu itu tidak serius seperti yang dilaporkan media.
“Kedua-dua pihak (Malaysia dan Kemboja) sedang berbincang mengenai satu perjanjian persefahaman sepertimana yang kita sudah tandatangani dengan Indonesia,” katanya. – BERNAMA


Actions

Information

One response

16 05 2012
Ilham

Saya fikir lebih baik majikan yang kurang fasih BM di syaratkan 6 bulan kursus BM sebelom di bolehkan menggunakan pekerja asing seperti pembantu rumah. Ramai majikan bukan Melayu yang tidak boleh berbahasa Melayu, Pekerja Indonesia yang di anaiya hingga mati itu rasanya berpunca dari masalah perhubungan. Kalau pembantu rumah dari negara lain pun biasanya merka mempelajarai sedikit sebanyak BM bila ke kedai dsbnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: