Tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN

23 05 2012

INI DIA JALAN TERBAIK BUAT PENDEMO MAHASISWA 3.O BINGAI..!!!

Sejumlah 11,764 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar balik pinjaman yang ditukar kepada biasiswa apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata ini merupakan satu penghargaan kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam bidang pelajaran.

Datuk Ismail Mohamed Said

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang pendahuluan PTPTN di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Bandar Tun Razak, Jengka di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,133 pelajar menerima wang pendahuluan sebanyak RM1,500 melibatkan jumlah RM1.7 juta bagi kemasukan Mei/Jun 2012 di UiTM Pahang.

Untuk kemasukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara bagi sesi Mei/ Jun 2012, seramai 32,777 pelajar menerima wang itu membabitkan RM49 juta.

Bagi negeri Pahang, katanya sebanyak RM3.7 juta diperuntukkan sebagai wang pendahuluan PTPTN kepada 2,496 pelajar.

Sehingga 31 Dis lalu, sebanyak 553,913 waran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) telah ditunaikan dengan jumlah RM812 juta. Mengenai jumlah peminjam yang telah membayar balik hutang mereka, Ismail berkata sejumlah RM3.18 bilion berjaya dikutip daripada 759,526 peminjam.

Selain itu, sejak 31 Mac lalu, seramai 25,138 peminjam yang disenarai hitam datang berunding dengan PTPTN serta membayar balik dengan kutipan berjumlah RM178.9 juta, katanya.

— Bernama


Actions

Information

4 responses

23 05 2012
Zorro

Ini bagus, Tuan. Mana yang usaha kuat, beri habuan. Mana yang tak tentu arah berterabur di sana sini tu, suruh dia bayar balik. Cari dia orang suruh bayar balik walau sampai berjanggut pun.

Yang pergi demo jalanan tu, tarik balik segala bantuan. Macam Kerajaan Trengganu buat kapada 6 orang tak lama yang lalu. Mengarut punya budak. Di beri habuan untuk berlajar, pergi demo jalanan.

Saya sokong penuh mereka yang serius nak berlajar di bantu.

24 05 2012
Hamid

Bukan Melayu, terutamanya Cina, ramai di bidang professional. Melayu tak ramai. Beri peluang Melayu dapat pelajaran dalam bidang professional. Supaya seimbang dengan peratus rakyat di negara ini. Untuk aman dan damai di jangka masa panjang.

7 06 2012
oxcommerce

Kadang kala peluang kenalah berusaha dapat sendiri. Bukannya nak orang lain suap nasi sampai mulut kasi makan.

8 06 2012
Pincang

Apa maksud kamu cakap “peluang kenalah berusaha dapat sendiri”? Kamu menyindir ke Melayu tidak berusaha? Bukankah Melayu sudah berusaha sehingga mendapat 20% kekayaan korporat sekarang walau pun ada hanya 1% lebih sahaja bila di kira di tahun 1970 selepas pergaduhan kaum 13 Mei 1969?

Bukan kah sudah berganda ganda Melayu di bidang professional sekarang bila di beri peluang dan bantuan kewangan untuk berlajar? Kamu tidak sedarkah bahawa Melayu ketinggalan di bidang ekonomi dan pelajaran akibat dasar penjajah British yang menumpukan kemudahan ekonomi dan pelajaran kapada kaum Cina yang kebanyakan nya diam di bandar bandar?

Sedarkah kamu bahawa Melayu sudah berusaha dan mendapat demikian walau pun tidak berbudaya berniaga, mengambil keuntungan atau mengumpul harta, hanya berbudaya berdagang (barter trade) atau bertukar barangan keperluan harian. Baca lah buku “The Malay Civilization” dan “Tamadun Alam Melayu” yang di terbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia yang Professor Emeritus Khoo Kay Kim menjadi Ahli dan pernah menjadi Ahli Jawatan Kuasa Exconya.

Sedarkah kamu bahawa kaum Cina pun mendapat Tongkat sejak sebelom zaman British lagi? Di pertengahan abad 19, Menteri Larut Ngah Ibrahim bawa masuk Cina ke kawasan pemerintahannya di Perak untuk memodenkan lombong lombong bijih timah nya dan berikan beberapa dari mereka tanah lombong bijih timah serta pinjamkan modal untuk membuka lombong baru supaya dia boleh cukai untuk membina jalan dsbnya?

Sedarkah kamu bahawa Penjajah British pula beri berbagai Tongkat kapada kaum Cina untuk berniaga – tanah pajakan lombong, lesen melombong, lesen loteri (senang dapat wang untk besarkan modal niaga), berbagai lesen judi.

Sedarkah kamu bahawa selepas Merdeka pun kaum Cina masih di beri tongkat – Robert Kuok dapat monopoli impot dan jual gula begitu lama bagi menaikkan dia hingga sekarang jadi terkaya di negara ini. Vincent Tan di beri Menteri Kewangan Daim Zainuddin lesen loteri sehingga naik jadi peniaga besar juga. Sampai sekarang pun masih mahu Tongkat – mohon lesen judi bola (football betting license) yang DS Najib tak jadi keluarkan.

Kamu menyindir demikian sebab kamu ultra kiasu ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: