Tanah Melayu yang kini MALAYsia

26 05 2012

 

Pas- Cina No Problem Jadi PM TAPI Mesti Potong ! Amacam Karpal ?

“There is nothing in the Federal Constitution which says that non-Malays cannot be the prime minister.” 

Tidak ada disebut langsung dalam Perlembagaan yang mengatakan Bukan Melayu tidak boleh jadi Perdana Merteri. Begitulah ketegasan kata-kata Karpal Singh. Dan beliau akan menjadi seorang yang paling gembira sekiranya Lim Guan Eng mampu jadi Perdana Menteri Bukan Melayu yang pertama !

Anwar nak letak mana ? Hehehehe ……

Kekadang tu memang kelakar lihat gelagat pemimpin2 ketiga parti komponen PR ini berlakon sesama mereka. Si Dap bersungguh nak tonjolkan diri sebagai mesra Melayu dalam pada mereka mahu menghapuskan sebarang Hak Melayu ………..  Maka menyalaklah mereka konon akan mempertahankan apa saja yang sudah terkandung dalam Perlembagaan …

Merekalah rakyat yang paling taat pada Raja …. tapi kalau pada pandangan mereka Raja tidak memihak kepada mereka, mencuka muka sekor-sekor ! Maka bertebaranlah para soldadu siber mereka meluahkan geram pada institusi DiRaja dalam alam maya, penuhlah ruangan komen2 mengutuk campurtangan Raja, menuduh Raja tidak adil dan sebagainya …. semuanya menggunakan nama samaran.

Dalam bahasa Melayu yang pelat walaupun dah beranak cucu cicit disini, mereka akan melaungkan merekalah pejuang Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara ! Padahal masalah anak-anak cina yang lebih ramai tidak fasih dari yang fasih dalam Bahasa Melayu di Sekolah2 cina tidak pernah walau sekali pun mereka cuba atasi …… malah mereka menuntut supaya diberi lebih kelonggaran pula kepada murid yang gagal Bahasa Melayu ini bukannya mereka cuba atasinya dengan memberi lebih penekanan kepada penguasaannya di sekolah cina.

Mereka juga konon bersimpati dengan nasib orang Melayu yang jauh ketinggalan dalam ekonomi dan menyokong Dasar DEB tapi waktu sama merekalah yang paling kuat melalak konon DEB adalah dasar apartheid yang menindas orang cina yang telah menguasai lebih 70% ekonomi negara !

Terbaru dalam bahasa Loyar yang klasik, Karpal tidak sekalipun mempertikai kewujudan status Bumiputera tapi kalau boleh mahu semua yang lahir selepas Merdeka diberikan status Bumiputera ! Barulah DEB hidup dalam suasana Malaysian Malaysia…Hahahahaha … kaki belit no 1 negara !

Merekalah yang paling hormat kepada Islam sebagai agama resmi negara tapi apa maksud RESMI itu pada mereka, wallahualam. Segala kelebihan Islam yang dipraktikkan sesuai dengan status resminya, mereka kritik kerana dikatakan tidak adil kepada agama lain. Layanan mesti saksama. Kalaulah sesiapa dapat bertanya pemimpin2 Dap apa yang mereka fahamkan dengan maksud RESMInya Islam diMalaysia ?

TAPI kalau disebut perkara-perkara ini, mereka akan melenting dan menafikan sekeras2nya dakwaan mereka tidak hormat kepada Perlembagaan !

Sememangnya payah untuk mempertikai NIAT seseorang. Hanya melalui KONSISTENSI tindakan seseorang itu mampu dijadikan kayu ukur apakah dia ikhlas dengan apa yang diucapnya.

Untuk menilai keikhlasan seseorang itu juga memerlukan keikhlasan sipenilai.  Kalau sipenilai itu sendiri tidak mahu terima sebarang ketidak konsisten orang yang dinilainya pun, tidak ada gunanya. Biar banyak mana bukti negatif pun yang mata orang biasa dapat lihat, mata sipenilai yang tidak ikhlas akan melihat nya secara positif juga. Tidak akan ketemu negatif jika hanya positif saja yang dicari !

******************************

OK, balik kepada PM Bukan Melayu diatas ….. seperti diduga Pas akan keluarkan kenyataan –

Dewan Ulamak PAS Pusat berpendapat mana-mana bangsa boleh dilantik menjadi Perdana Menteri asalkan mereka beragama Islam. Harakah.

Sememangnya mereka konsisten walaupun ada beberapa pemimpin mereka yang pernah menyatakan PM haruslah Melayu memandangkan Melayu adalah majoriti.  KLiK

Pas konsisten ! Dap pun konsisten ! Jom kita tengok apakah konsistensi mereka BERTEMU ATAU TIDAK .

Amacam Karpal Singh, apa komen anda tentang syarat Pas – PM MESTI ORANG ISLAM ?

Mengikut syarat Pas, Karpal masih boleh celebrate Lim Guan Eng sebagai PM bukan Melayu pertama Malaysia asalkan Anwar diketepikan dan Lim Guan Eng ……….POTONG ! ! !

Advertisement

Actions

Information

2 responses

28 05 2012
Simat

Tidak timbul isu PM bukan Melayu. Non-Malay PM is a non issue. Ini negara Tanah Melayu, kemudian Malaya, sekarang Malaysia. Melayu majoriti di negara ini. Ketuanan Melayu sudah ada “since day” one, kata Menteri Penjajahan British di Parlimen Britain masa mendebat Malaya Independence Bill. Ketuanan Melayu itu ada tersemat di peruntukan peruntukan Perlembagaan negara yang berkaitan dengan kedudukan, fungsi dan tanggong jawab YDP Agong, Raja Raja Melayu, dll.

Karpal Singh hanya degil – “being naughty and mischievous”. Consistent with DAP’s position of being anti-Malay and anti-Islam.

28 05 2012
Simat

What purpose does he hope to achieve raising that subject other than being naughty and mischievous? Even PAS is opposed to the idea. Tok Guru Nik Aziz, PAS Spiritual Leader, wielding a lot of influence in the party, has said only a Muslim can become PM of this country. Hope he refrains from such acts lest he gets labelled “a dirty old man.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: