Bahayanya Sikap Mengenetepikan Perlembagaan

8 06 2012

 

Lupa sejarah punca utama Melayu berpecah.!

  • Di Malaysia atau dulunya Tanah Melayu banyak fakta sejarah yang kita tidak tulis atau berselindung jika pun mahu ditulis. Puncanya kerana menjaga keharmonian kaum. Sejarah sebaliknya, tidak mengenalbatasan kaum,bangsa,puak,warna kulit malah agama sekali pun!Siapakah yang berani menafikan sejarah? Jadi mengapa kita harus menipu sejarah demi menjaga hati pihak- pihak tertentu!
  • Jika kita semak buku sejarah untuk anak-anak kita atau pun buku sejarah, fakta sejarah yang sensitiviti kaum hanya ada sepintas lalu atau tidak dicatit langsung! Sedangkan ini adalah faktor sejarah yang patut diketahui olih jenerasi akan datang tanpa berselindung! Ini Supaya jenerasi baru tahu apa yang berlaku dan menghormati sesama kaum,celik sejarah,tahu asal usul,peka dan bukan pekak sejarah dan tahu dimana bumi dipijak dan disitulah langit yang harus dijunjung!
  • Sekadar beberapa Fakta sejarah yang mahu dilupakan untuk renungan!!
  • 1. Kekejaman Komunis Bintang Tiga selama beberapa bulan selepas Jepun menyerah kalah!Perlu paparkan dalam sejarah.
  • 2. Kejadian ‘Hartal’pada tahun1967 di Pulau Pinang oleh peniaga dan kaum tertentu kerana tidak mahu menerima wang kertas gambar DYMM Yg Di Pertuan Agung mengganti wang kertas Kapal Layar untuk satu ringgit,lima ringgit dan sepuluh ringgit gambar Queen dan sawah padi warisan penjajah dan sebagainya.Mereka menconteng wang kertas tersebut kerana tak mahu guna wang ada gambar raja Melayu! Telah terjadi beberapa rusuhan.
  • 3. Peristiwa 13 Mei 1969. Siapa dalang dan Puncanya dan kesannya perlu dimaklum pada generasi muda sebagai satu iktibar bukan menyembunyikan nya!
  •                                         
                                       

  • Semuga peristiwa’Interlok’ yang memalukan penulis sastera Melayu tidak berulang dan menular kepada kesusasteraan Melayu yang lain!
  • ” 13 Mei merupakan satu ingatan berkekalan kepada kita semua tenang bahaya yang akan timbul daripada sikap mengetepikan Perlembagaan dan mempermain-mainkan soal-soal yang menyentuh perasaan ,adat resam , dan adat istiadat pelbagai kaum terutama sekali dalam masyarakat negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama   

  •  Tunku Abd Rahman Putra Al Haj


Actions

Information

2 responses

8 06 2012
Gejala Jahanam

Saya cadangkan Kerajaan masukkan Perlembagaan dalam sukatan pelajaran Sejarah bila matapelajaran Sejarah mula di mestikan di sekolah sekolah ditahun 2013. Bersama dengan sejarah bagaimana negara ini mendapat Kemerdekaan. Generasi akan datang mesti tahukan, hormatkan dan patuhi Perlembagaan negara ini. Tidak lain dan tidak bukan.

Bagi gnerasi generasi yang ada sekarang, Kerajaan perlu adakan kempen supaya rakyat mengenali, menghormati dan mematuhi Perlembagaan. Kempen bersepadu, ber ko-ordinasi, di media massa – TV, Radio, akhbar, media alternatif, keseluruhannya.

Ukuran ta’at setia dan cintakan negara atau patriotisme mesti lah berdasarkan kapada Perlembagaan negara. Tidak ada lain ukuran baginya. Melaungkan saya cintakan Malaysia seribu kali tiap hari tidak menentukan seorang itu ta’at setia dan patriotik kapada negaranya. Memahami, menghormati dan mematuhi Perlembagaan boleh menenutkan ta’at setia dan patriotisme rakyat kapada negara.

9 06 2012
Setia

Perlembagaan tidak boleh di ketepikan. Perlembagaan ada lah undang undang tertinggi setiap negara yang berdemokrasi.

Perlembagaan ada lah tulang belakang negara. Tiada Perlembagaan tiada lah negara. Hanya gerombolan gerombolan maanusia yang hidup mengikut undang undang hutan – the law of the jungle. Siapa kuat, siapa cepat, dia dapat. Merana, azab sangsara lah yang tidak kuat, yang tidak cepat.

Bila tiada Perlembagaan timbullah anarki, lintang pukang, tunggang langgang, tak ikut undang undang. Tentera boleh ambil kuasa, melalui coup d’etat atau sebagainya. Arab Mesir di perintah Hosni Mubarak selama 30 tahun atas “Kuasa Kecemasan” atau “Emergency Powers” selepas gulingan kuasa oleh Kolonel Gamal Nassir. Mubarak pulak di gulingkan oleh rakyat tak lama lalu. Sudah satu tahun pun belom ada Perlembagaan dapat di persetujukan, belom ada demokrasi dapat di bina.

Jagalah Perlembagaan kita yang telah di bincang dan di luluskan secara demokratik oleh Parlimen, yang di wakili oleh kesemua rakyat di negara ini. Hormati dan patuhi lah Perlembagaan itu. Jika tidak akan berat padahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: