Mempolitikkan Keadaan

9 06 2012

 

Yuran Universiti Tidak Percuma tetapi ditanggung kerajaan.. Ini kena faham…

Janji PKR: RM5,000 setahun untuk siswa
  • Jonathan Yong
  • 3:46PM Jun 6 2012
Rancangan PKR untuk membiaya pendidikan tinggi percuma melibatkan dana berjumlah RM2.5 bilion setahun bagi menyediakan elaun RM5,000 kepada setiap 500,000 penuntut universiti setiap tahun.

Pengarah strategi parti itu Rafizi Ramli berkata jumlah tersebut akan dapat menampung perbelanjaann asas pelajar, manakala yuran pengajian pula akan diberikan percuma.Katanya, elaun sebanyak RM5,000 itu boleh digunakan untuk mengimbangi yuran pengajian.
Rafizi berkongsi tawaran Pakatan Rakyat kepada sekumpulan siswa di Shah Alam.

Katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang menyediakan pinjaman murah kepada siswa tidak dapat dilestarikan.

Katanya, hutang siswa sebanyak RM24 bilion kepada PTPTN itu akhirnya perlu ditampung oleh kerajaan.

Rafizi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran rancangan berkenaan.

  • COKAM:   Janji PKR untuk memberikan pendidikan percuma masih mengelirukan.Menurut kenyataan jurucakap mereka si Rafizi, kerajaan PKR akan memberikan duit sebanyak RM5,000 kepada setiap pelajar. Pada masa yang sama beliau menyatakan duit pemberian tersebut bakal mengimbangi Yuran pengajian para pelajar. 
  • Kalau dah percuma kenapa masih lagi disentuh berkenaan yuran pengajian seolah-olah belajar di Universiti masih lagi mempunyai yuran.  Minta maaf kerana aku tak berpa faham, apa sebenarnya yang cuba dinyatakan oleh Rafizi. Adakah pengajian di Universiti masih mempunyai yuran pengajian atau percuma. Apakah yang dimaksudkan dengan  percuma itu?. Adakah secara tersembunyinya belajar di Universiti masih dikenakan yuran dan siapa yang membayar yuran pengajian dan berapakah jumlah yuran pengajian tersebut?
  • Aku berpendapat bahawa yuran masih dikenakan oleh pihak kerajaan kepada para pelajar tetapi yuran tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini bermakna masih terdapat akaun debit dan kredit yuran para pelajar Universiti.
  • Konsep inilah yang digunakan oleh kerajaan Selangor dalam pemberian air percuma kepada rakyat Selangor. Hakikatnya kos ataupun bil air masih ada dan bil tersebut ditanggung oleh kerajaan negeri. Sampai suatu ketika bilamana kerajaan kekurangan dana untuk menanggung bil air yang berjuta-juta tersebut, maka bil air tersebut akan tertunggak.
  • Begitu juga dengan Yuran Universiti yang dikatakan diberikan secara percuma. Hakikatnya yuran masih lagi ada dikenakan tetapi kos yuran tersebut ditanggung oleh kerajaan melalui peruntukkan bajet pada setiap tahun. Apabila sampai suatu waktu seperti contoh kelembapan ekonomi, kerajaan akan menghadapi kekurangan bajet untuk menanggung kos yuran tersebut, maka langkah berjimat cermat pasti dilakukan dengan mengurangkan peruntukkan bajet mereka. Apa berlaku kepada Universiti kita pada mas itu?
  • Apabila bajet kurang, maka pihak Universiti akan kekurangan dana untuk mentadbir universiti termasuk menyediakan alat sokongan pembelajaran dan juga menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti. Akhirnya mahasiswa yang dilahirkan kurang bermutu dan kurang berdaya saing di dalam pasaran. Maklum sahajalah sesuatu yang percuma, sudah tentu ada kekurangan di sana sini.
  • Perkara ini telah berlaku kepada perkhidmatan Awam suatu ketika dahulu apabila kerajaan mengambil langkah berjimat cermat kerana keadaan ekonomi yang merudum, banyak perkara telah dilakukan oleh kerajaan termasuk menghadkan bajet-bajet kursus, menghadkan elaun-elaun kakitangan awam dan sebagainya. Produktiviti pun merosot apabil;a banyak bajet dipotong dan sebagainya. Perkara ini aku percaya akan berlaku juga kepada Universiti-Universiti kita jika semua yuran ditanggung oleh kerajaan.
  • Bagi sebuah negara yang masih menuju status negara maju, maka masih banyak lagi dana-dana kerajaan perlu disalurkan selain pelajaran. Tidak ada gunanya kita melahirkan pelajar universiti yang melimpah ruah tetapi apabila mereka keluar dari Universiti, peluang pekerjaan tidak disediakan kepada mereka. Bagaimana hendak menyediakan peluang pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan mereka sedangkan pembangunan kerajaan ‘terhincut-hincut’. Oleh itu aku berpendapat belum masanya lagi kerajaan menyediakan pelajaran percuma kepada para pelajar Universiti kerana pendapatan negara yang sedikit perlu diagihkan kepada banyak perkara, bukan hanya kepada pelajaran sahaja.

Actions

Information

2 responses

9 06 2012
Ajeng

“Minta maaf kerana aku tak berpa faham, apa sebenarnya yang cuba dinyatakan oleh Rafizi.” –

Sebenarnya Rafizi pun tak faham apa yang dia sendiri cakap. Dia hanya nak kata pelajaran percuma, pelajaran percuma sahaja. Bukan dia dah kaji dengan mendalam pun.

Bila PTPTN di bekukan, sibuk Unisel merayu minta PTPTN di berikan kapada penuntut baru. Nyata lah Pakatan Rakyat pun tak boleh aturkan pelajaran tinggi percuma. Sekarang pihak berkenaan sudah tidak bekukan PTPTN lagi. Sudah terbukti tembelang PR.

10 06 2012
Sifar

Mengarut Pakatan Rakyat cakap nak buat pelajaran percuma. Kalau percuma, universiiti swasta pun mesti beri pelajaran percuma juga. Tak sanggup, tutup iniversiti seperti itu. Universiti yang di biayai oleh Kerajaan sahaja yang beroperasi. Tak banyak lah tempat di universiti untuk anak muda.

Sebaliknya, kalau Pakatan Rakyat jadi Kerajaan, ambil semua universiti swasta jadikan universiti pelajaran percuma juga macam yang lain, mana wang untuk pentadbiran negara, untuk perbelanjaan keselamatan dalam negara, untuk pertahanan negara dari ancaman luar, untuk penambahan infrastruktur, untuk pembangunan negara di berbagai segi, untuk kegiatan kegiatan yang menambah pekerjaan?

Mereka itu cadangkan pelajaran percuma dengan tidak fikir panjang ke? Bukan kah pendapatan negara atau hasil dari cukai dsbnya terhad? Kalau tidak di tambah infrastruktur, di buat pembangunan di berbagai aspek, tidak akan berkembang perlaburan dan tidak bertambah hasil atau pendapatan negara. Mana ada wang untuk buat pelajaran percuma? Tak masuk akal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: