Harapkan PENDATANG mendaulatkan Bahasa Kebangsaan negara ini?

9 07 2012

Semua kaum perlu sentiasa guna bahasa Melayu untuk berkomunikasi — Berita Harian

 

Pendirian tegas kerajaan untuk terus memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara adalah satu jaminan untuk membela, memelihara serta memartabatkan bahasa Melayu, sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan.

Dalam mengharungi era globalisasi, bahasa Melayu berdepan pelbagai cabaran bagi menghalangnya menjadi bahasa ilmu.

Pelbagai bentuk pencemaran bahasa akibat ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memburukkan lagi keadaan, sekali gus menuntut usaha bersepadu semua pihak bagi menjadikan bahasa Melayu terus relevan sebagai bahasa ilmu seiring perkembangan semasa.

Walaupun kedudukan bahasa Melayu dijamin Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan, usaha memastikan bahasa Melayu digunakan secara ilmiah di samping dapat menggambarkan citra Melayu perlu diperkukuhkan.

Toleransi dalam bertutur menggunakan bahasa ibunda mengikut kaum di negara ini memang sudah sebati, namun alangkah lebih manis jika semua kaum di negara ini menjadikan bahasa Melayu sebagai medium utama dalam berkomunikasi tanpa sebarang prejudis.

Komitmen ditunjukkan kerajaan untuk mempertahan bahasa Melayu tidak sepatutnya dipandang serong atau diiringi dengan perasaan perkauman kerana bahasa lain juga bebas dituturkan di negara ini.

Selepas 57 tahun Malaysia merdeka, rakyat sepatutnya tidak lagi memandang negatif terhadap kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu tinggi seperti digunakan secara meluas dalam bidang sains, teknologi dan perundangan termasuk digunakan dalam dokumen perjanjian serta surat-menyurat.

Hakikat sebenar yang mungkin kurang diketahui umum ialah kita sebenarnya mempunyai ribuan istilah dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi di dalam kamus serta glosari yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Panduan penggunaan bahasa kebangsaan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam pekelilingnya adalah antara formaliti yang harus dikekalkan, manakala kelemahan yang masih wujud adalah satu isu yang harus ditangani dengan berkesan.

Namun demikian, mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tinggi akan terkubur sekiranya rakyat sendiri tidak peka ke arah itu.

Sekiranya bahasa Melayu tinggi dipraktikkan dengan meluas dalam kalangan rakyat, maka amalan itu akan meningkatkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Amalan penggunaan bahasa Melayu rendah, seperti bahasa khidmat pesanan ringkas (SMS) dan bahasa rojak wajar dihindarkan dengan harapan martabat bahasa Melayu terus terpelihara.

Sebagai rakyat yang terdedah dengan bahasa Melayu, semua pihak perlu bersikap positif untuk menggunakan bahasa Melayu tinggi dalam semua urusan tanpa mengira status atau keturunan.

— Berita Harian


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: