Produk “sahabat sejati” kerajaan DS Najib

11 07 2012

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak mengatakan bahawa kerajaan pimpinan beliau adalah sahabat sejati pendidikan sekolah cina. (KLIK DI SINI)

Mencari identiti bangsa Malaysia

  •  (Sinar Harian 9 Jul 2012)
  • Ada orang bertanya, kenapa bukan Melayu di Malaysia lebih Cina daripada orang Cina di negeri China atau lebih India dari orang India di India? Sehinggakan orang Cina di China (India di India) yang berkahwin dengan orang Cina (India) Malaysia pun menggeleng kepala melihat gelagat mereka di sini, terlalu ultra kiasu. Saya katakan, tidak semua bukan Melayu  sebegitu. Produk Cina (India) aliran sekolah kebangsaan kurang kiasunya berbanding dengan produk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC/T, SMJKC dan IPTS) yang kebanyakannya ultra kiasu dalam tindakan. Pokoknya, mereka perlu bercampur.
  • Malangnya, masih ramai yang tidak bercampur, tidak dapat menguasai dan menghayati agenda kebangsaan, misalnya bahasa kebangsaan, seperti generasi pertama. Sedangkan hari ini rata-rata terdiri daripada generasi kedua dan ketiga. Persoalannya, kenapa terlalu sukar untuk ‘mengasimilasikan’ diri (bercampur)? Wujudkah bangsa Malaysia sebagaimana yang diwar-warkan?
  • Sebenarnya tidak! Ini kerana, setiap bangsa memperjuangkan agenda masing-masing dengan begitu ultra sama seperti generasi pertama. Semuanya berpunca daripada kesengajaan tidak mahu memahami sejarah dan mempergunakan kebebasan yang diberikan.
  • Terus terang, walau pun di negara ini mempunyai aliran agama, aliran ini jauh lebih terbuka berbanding dengan aliran jenis kebangsaan yang terlalu menekankan agenda bangsa berbanding agenda negara, sehingga kita tidak tahu apakah identiti mereka yang sebenar. Nak dikatakan sama seperti negara asal, tidak juga. Sebab orang Cina/India) di China/India tidaklah seultra Cina/India di sini. Orang Cina di China masih lagi terbuka, walaupun berada dalam pemerintahan komunis.
  • Lebih malang lagi apabila sikap ultra kiasu ini telah diadunkan dengan satu lagi pemikiran yang disebut sebagai Asian Settler Colonialism (ASC) yang diwarisi daripada generasi pertama. Pemikiran ASC mengambil kira apa yang berlaku di Hawai’i yang berkait rapat dengan penghijrah dan peneroka. Tidak semua pendatang adalah peneroka. Adakalanya peneroka datang untuk tinggal, dan mengasas politik mereka menjadi bangsa yang berdaulat. Tidak berlaku penjajahan secara langsung. Tetapi mereka berstrategi mahukan kaum asal lenyap. Jika tidak lenyap, mereka akan menggunakan tenaga pekerja mereka sebelum mereka dilenyapkan. Jika ada kekuatan mereka akan menguasai bangsa asal itu. Keadaan inilah sedang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang.
  • Orang bukan Melayu begitu sukar untuk menerima institusi Islam atau bumiputera seperti sekolah agama, matrikulasi dan institusi MARA. Sedangkan secara umumnya boleh dikatakan orang Melayu, sama lulusan sekolah agama atau MARA, tidak ada masalah untuk menerima institusi-institusi perkauman bukan Melayu, seperti sekolah jenis kebangsaan dan pertubuhan perkauman yang lain. Kenapa boleh jadi begini? Di manakah identiti bangsa Malaysia sebenarnya?
  • Kenapa pemikiran ultra kiasu dan ASC terus membelenggu kehidupan rakyat hari ini? Kenapa perkara-perkara yang sudah jelas termaktub dalam perlembagaan tidak mahu disetujui? Sedangkan umat Islam cukup bertoleransi dengan kehendak orang lain?
  • Identiti apakah yang kita bawa? Mereka seolah-olah berada dalam kelompok sendiri. Tidak bercampur. Hidup dalam tempurung sendiri.  Hujah ini diperkukuhkan lagi apabila cerdik pandai bukan Melayu apabila menulis, membentang kertas kerja atau ceramah, bersastera, berdrama, sukar sekali untuk mendengar hujah mereka dikaitkan dengan sejarah Tanah Melayu. Mereka  sanggup mengorek sejarah negara lain sebagai bukti,tetapi terlalu sukar merujuk sejarah Tanah Melayu.
  • Sering kedengaran, mereka menggunakan hujah-hujah logik akal semata-mata, terutama merujuk kepada hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Rata-rata kedengaran mereka mahukan layanan sama rata dan sama rasa atau fair and square. Sebarang diskriminasi akan ditentang habis-habisan tanpa mahu berpaling melihat kepada sejarah negara. Apakah formula sama rata dan sama rasa ini tidak perlu bertunjangkan sejarah dan perlembagaan?
  • Sesiapa sahaja yang menggunakan hujah sejarah dan perlembagaan akan ditolak walaupun sebangsa, misalnya orang-orang seperti Khoo Kay Kim dan Teoh Kok Seong. Sudah tentu termasuk saya. Kami dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa.
  • Jenis apakah bukan Melayu yang sedang dilahirkan di Malaysia ini? Apa jua agenda nasional yang menggugat kononnya dikatakan hak bangsa, akan ditentang habis-habisan. Mereka akan berhimpun dan berdemonstrasi untuk menunjukkan kekuatan mereka. Kelompok ini juga sudah tidak diterima pun jika mahu berhijrah ke tempat asalnya.
  • Sedangkan permintaan dan desakan mereka telahpun dipenuhi, walaupun tidak sepenuhnya. Sudah tentulah menjadi kesukaran kepada kerajaan untuk memberi sepenuhnya. Pemikiran ASC dan ultra kiasu ini mesti diubah dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Jika tidak, negara ini tidak akan  ke mana-mana. Kita akan banyak membuang masa melayan kerenah itu dan kerenah ini terutama apabila menjelang pilihan raya.
  • Apabila ia diberikan, sudah tentu akan menjadi precedence. Apabila sudah menjadi precedence. Pemikiran ini tidak berkurang, malahan terus bertambah dan bercambah. Apa yang membimbangkan jika sikap ultra kiasu dan ASC ini terus bersarang dalam pemikiran dan diterjemahkan dalam bentuk realiti, sudah tentu orang Melayu selaku penduduk tidak akan berdiam. Pasti akan berlakunya pertembungan yang tidak dapat dielakkan.
  • Dalam menyelesaikan masalah ini seperti yang dikatakan oleh Yuri Kochiyama (2008), aktivis hak asasi manusia,  “When Native Hawaiian activists lash out against Asian settler colonialism, we must remember what Malcolm X said: ‘The conditions that our people suffer are extreme, and an extreme illness cannot be cured with moderate medicine”.
  • Mungkin ada selepas ini ada yang akan membanding tidakkah produk-produk Sekolah Agama atau institusi bumiputera seperti Matrikulasi, MARA dan UiTM juga mempunyai pemikiran sebegini? Apakah dalam pemikiran mereka tidak ada ASC dan ultra kiasu? Jawapannya, ada.Tetapi sifat umat Islam ini dibendung oleh kesejagatan agama Islam yang meraikan orang lain.

Actions

Information

12 responses

13 07 2012
budakhebat93

serius, berapa kali nak cakap..

1. identiti bangsa malaysia mesti berasaskan penduduk pribumi asal malaysia, iaitu bangsa melayu

2.maka apabila kita berbicara soal identiti, maka tidak dapat tidak kita mesti melibatkan bahasa sebagai komponen utama perpaduan bangsa yang bersatu.

3. masalahnya, bahasa melayu sendiri kehilangan identiti asalnya. identiti bangsa melayu adalah bangsa jawi. identiti bahasa melayu pula adalah tulisan jawi. memang tak boleh dipisahkan sama sekali. kalau dipisahkan inilah jadinya sekarang..bahasa melayu jadi macam sampah..tiada nilai jati diri sendiri.

4. nasib tulisan jawi sekarang ibarat hidup segan mati tak mahu. tak ada satu patah perkataan pun dalam perlembagaan yang memelihara tulisan jawi. sedangkan ia adalah tunjang kepada bahasa melayu itu sendiri.

5. dalam SPM dulu ada juga terbaca yang karangan BM boleh ditulis dalam jawi. masalahnya, dalam masa 11 tahun pembelajaran, tidak pernah sekalipun para guru menyuruh anak muridnya menulis karangan bertulisan jawi. tiba2 dalam SPM dia cakap boleh tulis jawi?

6. masalah yang terbesar seterusnya adalah kurangnya kesedaran anak2 muda melayu zaman sekarang. mereka beranggapan tulisan rumi itu adalah tulisan asal bahasa melayu! memang kenyataan paling tak masuk akal.

7. tidaklah bermakna hanya dengan tulisan jawi bahasa melayu mampu bangkit. tetapi ia merupakan satu anjakan paradigma yang terpenting dalam mengembalikan kembali kedaulatan bahasa melayu kepaada tulisan asalnya.

8. ramai orang melayu salah beranggapan dan menyangka bahawa tulisan jawi adalah tulisan arab. hal ini tidak benar sama sekali. banyak sekali bahasa yang diadaptasi daripada tulisan arab dan akhirnya menjadi tulisan rasmi milik bangsa tersebut. contohnya tulisan parsi, urdu, uighur, pashtun dan tulisan jawi sendiri.

9. tulisan jawi adalah milik eksklusif kita semata-mata. Harus diberi perhatian kata-kata nasihat tokoh bahasa Pendeta Za’ba dalam mukadimah buku Panduan Membaca dan Menulis Jawi (1957): “Kita tidak perlu membuang atau meninggalkan tulisan Jawi walaupun Melayu amnya menggunakan tulisan Rumi. Ini adalah kerana tulisan Jawi adalah kepunyaan kita dan merupakan sebahagian daripada warisan kita.”

10. ramai pejuang bahasa 153 masih keliru dan tidak tahu arah tujuan dalam isu mendaulatkan bahasa melayu. kesemua mereka memperjuangkan bahasa melayu dalam tulisan rumi. hakikatnya, bahasa melayu dalam tulisan rumi hanyalah sampah yang bermula pada 1966. sebelum itu keagungan bahasa melayu adalah kerana jawinya. ini merupakan salah satu faktor utama.

11. ketahuilah, tulisan pada batu bersurat terengganu adalah dalam bahasa melayu bertulisan jawi. bahasa lingua franca ketika Kesultanan Melayu Melaka dahulu adalah bahasa melayu bertulisan jawi!

12. segala jenis undang2 tubuh, hukum kanun melaka, undang2 perak, undang2 99, sulalatus salatin, sejarah melayu dan segala cop mohor sultan menggunakan bahasa melayu bertulisan jawi. begitu juga akhbar melayu yang pertama.

13. abdullah munsyi, raja ali haji, tun sri lanang kesemuanya menulis menggunakan bahasa melayu bertulisan jawi sepenuhnya dalam penulisan mereka. tiada sepatah pun ‘bahasa melayu bertulisan rumi’ dalam karya mereka. istilah bahasa melayu bertulisan rumi itu sendiri hanya wujud awal 1900-an.

14. bahasa melayu bertulisan jawi merupakan bahasa dan tulisan rasmi bagi bangsa melayu pada ratusan tahun zaman penjajahan portugis, belanda mahupun british. juga merupakan bahasa dan tulisan rasmi bangsa melayu di negeri2 selat,negeri2 melayu bersekutu/tidak bersekutu di bawah british. pada masa persekutuan tanah melayu di bawah tunku abdul rahman juga begitu.

15. tunku abdul rahman sendiri hanya menulis pengisytiharan kemerdekaan dalam bahasa melayu bertulisan jawi, malah tandatangannya dalam tulisan jawi!

16. para pejuang melayu, pejuang perkara 153 hari ini hanya mengambil bahasa melayu dan meninggalkan tulisan jawi. hanya mengambil roh dan membiarkan jasad mati. maka roh tidak dapat hidup jika bukan dalam jasad yang sepatutnya. analogi semata-mata.

17. jangan terlalu kerap menyalahkan bangsa lain, menyalahkan ultara kiasu, dong zong, cauvenis cina mahupun sekolah vernakular. tetapi lihat kembali kepada diri kita sendiri. apakah perkara paling bodoh yang telah kita lakukan pada bahasa kita sendiri. british menjajah kita dan kita masih menggunakan tulisan jawi. kita merdeka dan kita ambil pula tulisan rumi british sebagai tulisan rasmi bahasa kita sendiri. jenaka apakah ini?

15 07 2012
Tanpa nama

budak hebat,

Saya dengan ikhlasnya mengesyorkan anda membaca buku, “Tamadun Alam Melayu”, oleh Mohd Arof Ishak, penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia, 2009.

Buku itu menyatakan berbagai kajian telah di buat sejak ratusan tahun yang lalu hingga sekarang oleh pakar pakar kaji bahasa (linguists), kaji asal usul maanusia (anthropologists) kaji purba (archaeologists) dll berkenaan tamadun orang Melayu.

Nyata tidak ada di sebut di buku itu bahawa Jawi ada lah skrip tulisan orang Melayu. Sebaliknya, orang Melayu ada skrip tulisan mereka sendiri, tetapi tidak meluas kegunaannya, yang “bersifat tempatan, yakni tidak tersebar dengan meluas di Alam Melayu” – (ms 246).

Contoh contoh skrip tulisan yang telah muncul di Alam Melayu itu ada lah

1. Skrip di Pulau Bohol
2. Skrip di Pulau Jawa
3. Skrip di Pulau Woleai

Kawasan kawasan tersebut ada lah di dalam Gugusan Pulau Pulau Melayu atau “The Malay Archipelago”.

Buku itu boleh di beli di Muzium Negara atau di bangunan Persatuan Sejarah Malaysia di hadapan IJN, Jalan Tun Razak, KL (RM90 senaskah)

15 07 2012
budakhebat

Tanpa nama,

1. saya berpendapat saudara tidak memahami isu sebenar di sini. saya tidak mengatakan tulisan jawi sebagai tulisan asal yang pertama bagi bangsa melayu. tetapi ya, tulisan jawi digunakan secara meluas oleh orang melayu sejak abad ke-15 dan merupakan hak eksklusif orang melayu. jadi ia mesti dijadikan tulisan rasmi bahasa melayu.

2. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam. Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Ache dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka.

3. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa.

4. Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja João III dari Portugal (1521); surat daripada Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja James I dari England (1615); dan surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis (1719).

5. Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karya-karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu.

6. Bahkan sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri. Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

7. Sedangkan zaman penjajahan pun kita masih menggunakan jawi, kenapa apabila kita berkuasa kita sendiri yang menguburkannya? memang diakui dengan perkembangan pesat teknologi terdapat banyak istilah sains yang lebih mudah dikekalkan dalam rumi. namun itu tidak perlu menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi bagi bahasa Malaysia. mengapa perlu diubah sampai begitu sekali?

8. isunya sangat mudah di sini. ada seseorang dalam kementerian pelajaran yang telah menguburkan warisan bangsa yang begitu berharga, yang seharusnya kekal sebagai tulisan rasmi bahasa melayu pada 1966. bahkan telah dinukilkan dalam perlembagaan Perkara 152. jadi kita yang sedar harus membetulkan kesilapan ini.

9. Perkara 152 perlembagaan sepatutnya berbunyi begini; Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai tulisan Jawi. ini sahajalah yang seharusnya diperbetulkan.

15 07 2012
Tanpa Nama

Tidak setuju dengan pendapat anda bahawa masalah penggunaan BM sekarang ada kaitan dengan Jawi tidak di gunakan.

Kalau Jawi itu skrip tulisan Melayu, lain cerita. Jawi skrip tulisan Arab. Mengapa mahu di tambah masalah penggunaan BM?

Bukan kah fokus perlu diberi kapada mendapatkan Dong Zong dan penganut sekolah Cina setuju dengan 1Sekolah atau SSS yang menggunakan BM sebagai bahasa pengantar, dengan tidak menyusahkan lagi bagi mereka mempelajari Jawi pula?

Buang masa nak fikirkan Jawi di masukkan kedalam Perlembagaan. Perlembagaan itu di derap oleh pakar undang undang British kolonial tetapi dengan rundingan dan penyertaan pemimpin pemimpin negara ini sebelom Merdeka. Sudah di bahath dan di luluskan di Parlimen dua kali – sekali di masa Merdeka, sekali lagi di masa penubuhan Malaysia.

15 07 2012
budakhebat

1. izinkan saya membetulkan fakta anda di sini, skrip tulisan melayu adalah tulisan jawi. ini merupakan fakta yang tidak dapat diubah. under the National Language Act 1967: “The script of the national language shall be the Rumi [Latin] script: provided that this shall not prohibit the use of the Malay script, more commonly known as the Jawi script, of the national language.”

2. bagi bahasa melayu bertulisan jawi, seawal abad ke-15 telah digunakan secara meluas untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa.

3. aku ulang banyak kali perenggan di atas supaya kau faham akan kepentingan jawi di zaman silam. hal ini secara tidak langsung menjadikan tulisan jawi sebagai skrip asli bahasa melayu yang digunakan oleh setiap lapisan masyarakat samada dalam politik, ekonomi, perdangangan, persuratan mahupun bahasa ilmu.

4. aku setuju 100% kenyataan kau, fokus perlu diberi kapada mendapatkan Dong Zong dan penganut sekolah Cina setuju dengan 1Sekolah atau SSS yang menggunakan BM sebagai bahasa pengantar. memang tepat sekali. inilah prioriti utama kita setakat ini.

5. tapi aku tak setuju kenyataan, “dengan tidak menyusahkan lagi bagi mereka mempelajari Jawi pula”. adakah bila sesuatu bahasa itu susah dipelajari, maka perlu menukarkan tulisan bahasa tersebut kepada tulisan rumi?

6. cuba bayangkan, satu hari nanti, rakyat Republik China berkata, “seiring dengan perkembangan terkini dan teknologi maklumat, kami bersepakat menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi bahasa mandarin. ia juga dilakukan supaya memudahkan orang luar mempelajari bahasa cina.” aku yakin seantero dunia akan mengutuk china kerana menghapuskan warisan yang begitu berharga.

7. kemudian tiba2 seorang cina bangkit dan mahu mengembalikan tulisan cina sebagai tulisan rasmi bahasa cina(mandarin). maka perkara itulah yang cuba aku lakukan. mengembalikan bahasa melayu kepada tulisan yang digunakan oleh seluruh lapisan masyarakat melayu dahulu-kala, dalam politik, ekonomi dan sosial. bahkan wujud istilah jawi peranakan yang mengeluarkan akhbar mereka sendiri dalam tulisan jawi..alangkah bersatunya masyarakat dahulu dengan satu bahasa dan satu tulisan.

8. bahkan sehingga kini boleh didapati di kilang2 cina lama tulisan jawi yang digunakan secara meluas dahulu. jika anda mengatakan jawi itu bukan skrip bahasa melayu, mengapa terdapat tulisan jawi pada setiap wang kertas ringgit? kenapa masih terdapatnya sekolah2 agama rakyat bantuan kerajaan yang wajib belajar jawi? kenapa logo UMNO sebagai parti pemerintah bertulisan jawi? kenapa hampir setiap papan tanda jalan di KL terdapat tulisan jawi di atasnya. mengapa tidak dibuang sahaja tulisan jawi tersebut jika ia bukan skrip melayu dan tidak kena-mengena dengan bahasa melayu?

9. ia membuktikan bahawa kerajaan sememangnya tahu peranan tulisan jawi dalam bahasa melayu suatu ketika dahulu. tapi perlaksanaannya sekarang hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan sekadar acuh tak acuh. bahasa melayu tidak akan dapat didaulatkan selagi mana tulisan jawi tidak dijadikan tulisan rasmi bahasa melayu, sebagai mana asalnya.

10. Buang masa nak fikirkan Jawi di masukkan kedalam Perlembagaan? inilah sikap seorang rakyat yang pasif, tidak mengenang budi, bagaikan kacang lupakan kulit, bagai lalang ditiup angin. sebagaimana perlembagaan nyatakan, maka biarlah seadanya. kalau masalahnya adalah perlembagaan telah dipinda oleh individu, dan tidak demokratik, adakah anda akan ikut sahaja? tulisan rumi hanya dimasukkan ke dalam perlembagaan pada 1966. sebelum itu semua pembelajaran dalam bahasa melayu adalah menggunakan tulisan jawi. adakah anda masih tidak faham akan fakta sejarah ini?

11. lagi sekali aku nyatakan; under the National Language Act 1967: “The script of the national language shall be the Rumi [Latin] script: provided that this shall not prohibit the use of the Malay script, more commonly known as the Jawi script, of the national language.”

12. aku perincikan lagi apa yang terkandung dalam perlembagaan, bahawa tulisan rasmi bahasa melayu hari ini, bukan skrip bahasa melayu sebenar; “The script of the national language shall be the Rumi [Latin] script”. Skrip bahasa kebangsaan mestilah dalam Rumi (skrip Latin).

13. bahawasanya skrip melayu sebenar adalah jawi; ” the Malay script, more commonly known as the Jawi script, of the national language”.

14. ini untuk kamu, dan untuk 95% rakyat malaysia di luar sana yang tidak tahu bahawa skrip bahasa melayu adalah tulisan jawi. semuanya yang tamat tingkatan 5 selepas 1967. semuanya telah diperdayakan dan dibutakan sejarah asal bahasa mereka.

15. Perlembagaan itu di derap oleh pakar undang undang British kolonial tetapi dengan rundingan dan penyertaan pemimpin pemimpin negara ini sebelom Merdeka? adakah kamu pasti? sebuah suruhanjaya bebas yang diketuai oleh Lord Reid telah dibentuk bagi menyediakan draf perlembagaan Tanah Melayu merdeka. Anggota-anggota suruhanjaya yang lain termasuk Ivor Jennings sebagai wakil British, Sir William McKell wakil Australia, B. Malik wakil India dan Hakim Abdul Hamid wakil Pakistan. tiada seorang pun wakil melayu yang menyediakan draf itu melainkan hanya mengemukakan satu memorandum kepada suruhanjaya tersebut. ini sebelum merdeka.

16. kenyataan ini juga saya setuju; perlu dapatkan penggunaan BM di semua lapisan masyarakat dan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah sekolah dahulu.

15 07 2012
Tanpa nama

“the Malay script, more commonly known as the Jawi script, of the national language”. –

“more commonly known” tidak bermakna ia sebenarnya ada lah “Malay script”.

Baca lah buku yang disyorkan itu.

Bak kata orang putih, “I rest my case”.

15 07 2012
budakhebat

bro, jgn nak promote sgt laa
aku bkn ade kt msia pon skg
lgpon bku tu mahal kot..rm60
ce cite…amende buku tu bgtau sebnrnya..

jgn nak ajar aku english sgt laa kat sini
yg penting rumi/latin tu konfem bukan skrip BM
budak2 pon tau bukan..
aku mls nak berbahasa dah kat sini

sori laa kalo ko lg tua dr aku..

15 07 2012
budakhebat

aku tak nak cakap banyak, cuma hayatilah kisah yang mungkin ko pernah dengar ni..

Bila Penjajah Terkejut Tulisan Jawi Dikuburkan

Semasa bekerja di Queen Mother Library, saya diminta untuk melayan seorang pengunjung, warga emas Scottish.

Walaupun saya menjangkakan yang umur beliau sudah mencecah umur 70-an dan sudah bertongkat, tetapi datuk Scottish ini kelihatan ‘cerah’ fizikal dan akal.

Semasa menguruskan kad keahlian perpustaan beliau, banyak soalan diajukan kepada saya.

Antara yang amat menarik perhatian saya ialah:

“Are you jawi people… errr I mean from Malaya?”

“Yes I am from Malaya. We call our country now as Malaysia.”

“How do you have a good English (Latin character) writing?”

“Because simply I’d been grown up by this.”

“Ohh dear me, I thought Malayan people are still using this Arabic or Quranic font to write their language. I still remember it’s called jawi, and even a lot of people call your people as jawi.”

Rupa-rupanya pakcik itu, seperti ratusan bahkan mungkin ribuan lagi warga British yang lain, pernah berkhidmat menjajah Tanah Melayu suatu masa dahulu.

Beliau terkejut kerana tulisan jawi sudah tidak lagi digunakan secara meluas di negara kita, sedangkan semasa beliau bertugas di negara kita sepanjang sekitar tahun 40-50an, tulisan jawi digunakan secara meluas.

Bahkan beliau sendiri boleh mengingati beberapa huruf arab/jawi.

Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan warga emas di Malaysia lebih fasih membaca tulisan jawi berbanding tulisan rumi.

Mana tidaknya, itulah dia tulisan rasmi sewaktu mereka di bangku persekolahan. (kisah benar dari iluvislam.com)

habis baca?
aku tak nak komen apa2 kisah nih..
cumanya nak bagitau
kita memang bodoh dan mencelakakan bahasa sendiri!

kurang2 aku (dan mungkin anda) dah ada kesedaran..walaupun aku lahir di zaman tulisan rumi/latin sebagai tulisan rasmi bahasa aku sendiri.. tapi setelah pengkajian dilakukan,
aku sedar kita tersilap dan mesti kembali ke pangkal jalan.

kalau mengikut Dr Faisal Tehrani, kita dah tak mampu untuk balik ke tulisan jawi!

tapi aku masih merasakan yang kita mampu.. melalui satu pindaan dalam perlembagaan dan dengan bantuan dasar2 kerajaan yang prihatin akan nasib bahasa melayu di bumi sendiri.

15 07 2012
Tanpa Nama

Saya fikir perlu dapatkan penggunaan BM di semua lapisan masyarakat dan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah sekolah dahulu.

Sudah itu, bahru fikirkan fasal Jawi.

14 07 2012
Gejala Jahanam

Mengarut kamu cakap di beberapa point:

3. Tolong kassi tahu siapa cakap “identiti bahasa melayu pula adalah tulisan jawi”?

4. Perlembagaan negara telah di bahath, di luluskan di Parlimen secara demokratik. Kamu nak ungkit sebab kamu tak demokratik ke? Kalau tak faham apa makna demokratik, sila beri tahu di sini.

Nanti ada masa lapang mungkin aku nak tulis lagi menunjukkan kamu mengaraut di sana sini.

14 07 2012
budakhebat

ayyoo..gaya kamu cakap macam cina loo..tapi saya tatak kisah loo..haha..relaks bro..gurau2 je..

3. apa maksud identiti sebenarnya? kalau dari dulu org melayu makan nasi pakai tangan, maka identiti cara makan org melayu adalah menggunakan tangan. orang cina pakai chopstick. satu contoh saja maa. aku dah bagi berlambak contoh sejarah bahasa melayu yang semuanya menggunakan tulisan jawi.

4. perlembagaan negara kita tahukah anda siapa yang telah menulisnya? Suruhanjaya Reid yang telah menulisnya dalam tahun 1956. dan sejak daripada itu berlaku pindaan sebanyak 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. manakala pindaan individu pula adalah sebanyak 650 pindaan.

dalam isu tulisan jawi pula ia dipinda secara tidak demokratik oleh Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Beliau terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada Bahasa Melayu pada 1966. Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi.

aku tak pernah menyalahkan beliau dalam isu menghapuskan jawi ini. kau boleh lihat artikel 152 perlembagaan, Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang. ia dipinda pada 1966.

aku faham situasi dan keadaan pada masa itu yang memaksa beliau mengubah jawi ke rumi. tapi penyelesaian beliau itu hanyalah menguntungkan bangsa melayu dalam jangka masa pendek, dan tidak mengambil kira kesan negatif yang akan datang.

poin aku di sini ialah, terdapat satu kesilapan kecil dalam perlembagaan, yang tidak mendapat restu rakyat malaysia khususnya melayu ketika itu, iaitu tulisan rumi sebagai tulisan rasmi bagi bahasa malaysia. kau jangan anggap semua yang tertulis dalam perlembagaan itu sebagai demokratik. banyak lagi pindaan individu yang tidak diketahui umum dan diubah tanpa disedari.

jadi perkara 152 perlembagaan perlu diubah semula kepada tulisan jawi, bagi memperbetul kesilapan Tan Sri Khir Johari pada 1966. ramai orang masih kurang pencerahan tentang isu tulisan rasmi malaysia ni. jadi aku ingin mengingatkan kembali orang ramai bahawa berlaku sedikit kesilapan dan kita mampu mengubahnya.

itu saja yang ingin aku sampaikan. aku tak mahu tulisan jawi sekadar tempelan penghias ruang atau sebagai tajuk utama saja macam yang berlaku di kelantan. tapi aku menuntut ia dikembalikan kepada tempat asalnya, iaitu dalam tulisan jawi sebagai tulisan rasmi. sebagaimana agungnya bahasa melayu sebagai lingua franca dalam tulisan jawi suatu masa dahulu.

15 07 2012
Tanpa nama

Beli lah dan baca lah buku “Tamadun Alam Melayu” yang di syorkan itu dan selepas itu sila ke sini lagi keluarkan pendapat supaya boleh kita bincang dengan bermakna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: