Inisiatif terbaru DBP dalam usaha memperkasakan Bahasa Kebangsaan

14 07 2012

 

 

DBP akan audit penggunaan Bahasa Melayu dikalangan kakitangan kerajaan

Oleh Thanusya Shanmuganathan
July 13, 2012

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan melancarkan program audit bahasa tahun hadapan untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dikalangan penjawat awam, kata timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program audit ini adalah inisiatif terbaru DBP dibawah pelan strategik untuk 2011-2015 untuk meningkatkan pengunaan bahasa Melayu dikalangan rakyat tempatan.

Di bawah program audit ini, DBP akan bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan kementerian untuk memastikan bahasa Kebangsaan digunakan dengan sebaiknya oleh rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian, kata timbalan perdana menteri.

“Program audit ini mensasarkan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan bahasa Kebangsaan dikalangan pekerja kerajaan,” kata Muhyiddin yang juga menteri pelajaran.

Program ini akan dimulakan dengan jabatan kerajaan dan kementerian seperti kementerian perumahan dan kerajaan tempatan, kementerian pengajian tinggi, kementerian kewangan dan kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.

“DBP akan membantu kementerian perumahan untuk mengaudit papan iklan ditepi jalan untuk memastikan ejaan mengikut standard an menggunakan bahasa Melayu yang betul di semua institusi pengajian tinggi,” kata beliau.

“Saya yakin semua usaha ini boleh dilakukan secara konsisten melalui pengelibatan semua kementerian, agensi kerajaan dan pihak swasta.

“Bahasa Melayu tidak akan dipinggirkan,” tambah beliau.

Muhyiddin mencadangkan DBP menggunakan teknologi seperti telefon pintar dan komputer “tablet” yang kini digunakan secara meluas oleh pelajar dan profesional muda untuk mempromosikan bahan rujukan dalam bahasa Melayu.

 

 


Actions

Information

2 responses

15 07 2012
Sentosa

Apa kah saya silap fahaman dengan tujuan audit ini atau dengan cara laporan itu di tulis? TPM di sebut sebagai berkata, “untuk memastikan bahasa Kebangsaan digunakan dengan sebaiknya oleh rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian,” kata timbalan perdana menteri. Jika demikian, bagus. Tetapi kenapa di pejabat pejabat Kerajaan sahaja?

“untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan bahasa Kebangsaan dikalangan pekerja kerajaan,” tambah nya. Itu juga bagus. Apa kah maksudnya juga ini langkah permulaan, akan di susuli dengan langkah langkah lain bagi mengaudit penggunaan BM di lain lain tempat? Apa hal pun, bagus lah TPM mengambil langkah membuat audit itu.

Tetapi di negeri negeri pemerintahan Pakatan Rakyat seperti Selangor sudah ada papan tanda mengarut tidak menggunakan BM atau menggunakan dengan tidak mengikut cara biasa, ada yang mula berbagai bahasa keluar. Apa kah Majlis Bandaran berkenaan di arah jangan menaudit dan mengambil tindakan ke atas mereka yang menggunakan papan tanda yang luar biasa? Peminat Bahasa Kebangsaan dan mereka yang hormatkan Perlembagaan negara perlu ambil kira pekara seperti ini di PRU13.

15 07 2012
budakhebat

Peminat Bahasa Kebangsaan dan mereka yang hormatkan Perlembagaan negara…

tahukah anda bahasa kebangsaan anda telah dikhianati oleh UMNO dengan menjadikan tulisan rasmi BM dalam skrip rumi(latin).

walhal ia sepatutnya dalam skrip melayu(jawi) seperti mana Perkara 152 Perlembagaan.

under the National Language Act 1967: “The script of the national language shall be the Rumi [Latin] script: provided that this shall not prohibit the use of the Malay script, more commonly known as the Jawi script, of the national language.”

jangan bicara soal PR di sini..mereka sedia melakukan apa sahaja asalkan sekutu mereka DAP senang hati. papan tanda muhibah sebagai contoh. wujudnya 3 bahasa pada satu papan tanda jalan. Melayu, mandarin, tamil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: