Harapkan kepada orang politik

16 07 2012

 

Muhyiddin Dengan Bahasa Kebangsaan – Boring lah… Tak Kemananya …

Muhyiddin mahu gelombang baru penggunaan bahasa Melayu diwujudkan …..

“Usaha-usaha penyelidikan dan pengembangan bahasa dan persuratan Melayu perlu dilipatgandakan lagi. Penubuhan Pusat Persuratan Melayu Malaysia yang dicadangkan di bangunan lama DBP boleh dijadikan gerak awal untuk  memulakan usaha ini,”

Beliau bercakap tentang DBP, tentang Audit Bahasa dan memuji beberapa Kementerian diakhiri dengan … Saya yakin, jika usaha sebegini dapat dilaksanakan secara konsisten dan menyeluruh  melibatkan semua kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta, bahasa Melayu tidak akan terpinggir di buminya sendiri,”

BLA ….. BLA …… BLA ….

Saya tidak nafikan Muhyiddin banyak terlibat dalam usaha memperkasakan Bahasa Kebangsaan kita, setiap bulan Oktober beliau akan resmikan Bulan Bahasa dan bercakap lagi tentang memartabatkan Bahasa Kebangsaan ….. Apakah berkesan ?

Entahlah …. saya tidaklah menyalahkan Muhyiddin, beliau hanya menjalankan tugasnya. Terus terang saya cakap, SEMUA usaha itu tidak akan menunjukkan sebarang impak yang besar kearah penggunaan bahasa kebangsaan yang lebih meluas dikalangan rakyat Malaysia.

Buat bermacam program pun tapi yang terlibat adalah mereka yang sememangnya sudah mahir dalam Bahasa Kebangsaan … hmmmmmm ….. kemudian yang disasarkan pula adalah orang dewasa sedangkan saban tahun sekolah2 cina umpama kilang, berterusan mengeluarkan produk rakyat yang bukan saja tidak fasih dalam Bahasa Kebangsaan malah langsung tidak punya respek pada Bahasa Kebangsaan ….

Kemudian waktu sama, ada pula orang politik yang menyarankan jabatan kerajaan dan pihak polis menghantar pegawai mereka supaya belajar bahasa SELAIN dari Bahasa Kebangsaan bagi tujuan memberi perkhidmatan kepada rakyat yang tidak mahir itu ……

DongZong Apakenamanya pula tak henti2 membuat pelbagai tuntutan yang asasnya adalah memperkasakan bahasa cina dan kerajaan pula sering tunduk dek kepentingan politik …….

Sekali lagi saya ulang, isu Bahasa Kebangsaan ini BUKAN isu politik.

Habis tu nak buat macamana lagi dah ? Saya pernah sebut yang pemimpin kita perlukan political will untuk benar2 bertindak tegas dalam isu Bahasa ini dan sayangnya ….. saya TIDAK NAMPAK wujudnya political will itu pada Najib, Muhyiddin, Anwar, Hadi atau siapa saja pemimpin kedua belah pihak. Pemimpin cina tak usah cakaplah ……

Mereka semua lebih pentingkan survival politik masing2 dari mengambil risiko atas satu dasar yang pastinya mendapat tentangan hebat dari mereka yang pro vernakular.

Atas dasar itulah saya yakin, dalam soal bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan – sebagai bahasa resmi atau bahasa perpaduan, kita semakin hancur ! Segala usaha itu tidak akan kemana SELAGI TANGGUNGJAWAB ITU DILETAK DIBAHU ORANG POLITIK. Sebab orang politik, kepentingan mereka hanya satu – Kuasa.

Bagi saya, hanya melalui penubuhan satu badan bebas bertaraf DiRaja, yang menjawap terus kepada YDP Agung, yang tidak terikat kepada songeh orang politik saja yang mampu melaksanakan tugas memperkasakan Bahasa Kebangsaan dan meletakkannya ditempat yang sewajarnya.

Jadi orang politik tidak lagi terikat dengan sebarang keputusan yang dibuat. Dan pemimpin politik tidak perlu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan MEMBODEK dalam soal bahasa.


Actions

Information

6 responses

16 07 2012
budakterhebat

TIDAK NAMPAK wujudnya political will itu pada Najib, Muhyiddin, Anwar, Hadi atau siapa saja pemimpin kedua belah pihak. Pemimpin cina tak usah cakaplah ……

fakta salah. haji hadi berkemungkinan besar mampu menjalankannya dengan efektif. hal ini kerana beliau berpendidikan melayu sejak dulu. pastinya bahasa melayu menjadi prioriti beliau. tetapi tidak pada najib, muhyiddin mahupun anwar. kerana mereka lebih selesa berbahasa inggeris. dan mereka tidak mungkin tidak mengangkat bahasa inggeris.

sebab itulah perlunya kembali kepada tulisan jawi sebagai skrip bahasa melayu. pada jawi itu sendiri identitinya berbeza daripada bahasa inggeris(latin), mandarin mahupun tamil. dengan demikian suatu jati yang unggul akan kembali mendaulatkan bahasa melayu di seluruh pelusuk malaysia.

under the National Language Act 1967: “The script of the national language shall be the Rumi [Latin] script: provided that this shall not prohibit the use of the Malay script, more commonly known as the Jawi script, of the national language.”

pinda semula bahasa kebangsaan (Perkara 152) kepada tulisan asalnya(jawi) dan anda akan melihat perubahan yang ketara dalam aplikasi bahasa melayu di seluruh negara.

kenapa perlu kepada jawi? kenapa kita tidak buang sahaja jawi?

jawab soalan saya; kenapa pada setiap wang ringgit terdapatnya tulisan jawi di belakang? kalau jawi ini bukan skrip melayu asal kenapa perlu dikekalkan hingga sekarang?

tetapi malangnya…apakah kedudukan jawi sebenarnya? kenapa perlaksanaannya dalam diam? kenapa semakin banyak papan tanda jalan bertulisan jawi di atasnya? bukankah jawi bukan skrip melayu? lagipun…lagipun bukankah orang melayu sekarang ramai tak faham jawi..kerana bukan subjek wajib? kenapa masih wujudnya jawi?

konklusi mudah..wahai pejuang bahasa melayu, letakkanlah kembali bahasa melayu ke jasad aslinya iaitu tulisan jawi sebagai tulisan rasmi bahasa melayu. dan bukan sebagai tempelan semata-mata…

tukarkan KEMBALI semua subjek bahasa melayu ke dalam tulisan jawi, sebagaimana sebelum 1966. dengan demikian bahasa melayu akan sedikit demi sedikit kembali berkuasa di rantau ini. sebagaimana zaman kesultanan melayu melaka dahulu.

dikatakan bahasa melayu dituturi oleh hampir semua pedagang dari seluruh dunia yang singgah di melaka. yang orang ramai masih tidak faham ialah bahasa melayu tersebut menggunakan tulisan jawi, itulah yang membezakan dahulu dengan sekarang.

nashkah asal sejarah melayu yang menceritakan perihal KITA, semuanya dalam tulisan jawi. mengapa? kerana jawi itu tulisan KITA;

bodoh bagi pejuang bahasa yang tidak memperjuangkan jawi. kerana mereka tidak sedar bahasa mereka telah dikhianati kerana tulisannya sekarang adalah tulisan penjajah(rumi/latin) yang kita dakap setelah berambusnya penjajah dari tanah air ini.

sehingga bekas penjajah british amat2 terkejut kerana kita menguburkan jawi, dan menciplak tulisan mereka. sedangkan keberkesanannya tidak pernah terbukti semenjak dinobatkan menjadi tulisan rasmi(1966). malah makin parah keadaannya sekarang.

17 07 2012
Sifar

Nampak nya kamu budak bodoh, bukan budak hebat. Mengata “bodoh bagi pejuang bahasa yang tidak memperjuangkan jawi”, bukan kah nyata kamu bodoh?

Kalau kamu masih berlajar di luar negera, kamu patut pergi buat kajian lebih mendalam berkenaan politk negara ini jika mahu pendapat pendapat janggal kamu di terima pembaca. Jangan harapkan wikipedia saja sebagai punca maklumat kamu. Jangan fikir semua laporan akhbar atau pendapat di Internet itu benar. Bermacam penipuan ada di Internet. Lihat sahaja iklan iklan menjual Ijazah yang ada di Internet. Presiden Dong Zong, persatuan memajukan sekolah Cina pun menggunakan dua PhD yang di katakan palsu, di beli di Internet – ada di laporkan di akhbar The Star di masa Dong Zong buat himpunan di Kajang beberapa bulan lalu.

Perlu ada “critical thinking” sejauh mana “berita” boleh di percayai. Gunakan punca punca maklumat yang “terbina” (established fact), sah, sahih, yang di akui dan di terima pihak majoriti. Berapa ketul kamu ingat yang mahukan Jawi di Malaysia ini? Boleh kamu usulkan tapi kalau bertalu talu dengan hujah yang sama dan mengata orang bodoh pulak, bukan kah kamu sendiri yang bodoh?

Kalau kamu mahu berpolotik pun, kamu perlu keluarkan pendapat yang munasabah atau boleh di terima oleh majoriti. Jika tidak orang tidak pedulikan kamu. Seperti Mat Sabu Timbalan Presiden PAS mengatakan kominis yang membunuh anggota Polis dan membakar Blai Polis Bukit Kepong, Muar, di zaman Parti Kominis Malay itu pahlawan wira negara. Bukan kah mengarut begitu?

Berlajar lah menyebut kuasa atau quote authority” bila kamu keluarkan pendapat atau kata kata yang janggal. Contohnya, perenggan akhir kamu: Siapa kata “bekas penjajah british amat2 terkejut kerana kita menguburkan jawi, dan menciplak tulisan mereka”. Dan kata kata kamu seterusnya itu. Kalau sebut nama, perlu sebut di mana, bila,, dalam suasana apa dia menulis atau berkata. Kalau tidak, sifar sahaja lah apa yang kamu kata.

19 07 2012
ahchowfat

disebabkan aku tulis pendapat dalam internetlah aku copy paste wikipedia saja..malas mahu tulis..kalau di luar internet barulah aku kemukakan sumber lain..dan jangan kata kamu lebih bijak daripada wikipedia..wikipedia memang banyak cacatnya dan serba kekurangan namun 70% sumbernya adalah autentik dan fakta-fakta belaka…jadi boleh dijadikan hujah..

Mengata “bodoh bagi pejuang bahasa yang tidak memperjuangkan jawi”, bukan kah nyata kamu bodoh?

memang bodoh pun (maaf bahasa yang kasar)..memang bodoh bagi pejuang bahasa inggeris yang tidak memperjuangkan tulisan latin..memang bodoh bagi pejuang bahasa tamil yang memperjuangkan bahasa tamil dalam tulisan mandarin…memang bodoh bagi pejuang bahasa hebrew yang memperjuangkan bahasa hebrew dalam tulisan rumi.

setiap bangsa ada tulisannya tersendiri. bodohlah kalau satu hari nanti bahasa mandarin diubah ke tulisan rumi semata-mata mengikut peredaran zaman dan kemajuan teknologi. kebodohan kita dah memang terbukti pun. mungkin kerana faktor keadaan dan masa jawi terpaksa diubah dari jawi ke rumi. namun adalah tidak munasabah dengan meminggirkannya terus daripada tulisan rasmi bagi bahasa kebangsaan.

dan jangan keluarkan fatwa bodoh 90% rakyat malaysia yang mengatakan tulisan jawi adalah tulisan arab. tulisan urdu adalah tulisan urdu, dan kita tidak panggil tulisan arab walaupun mempunyai karakter arab. tulisan parsi adalah tulisan parsi dan kita boleh membezakannya dengan tulisan pashtun dan tulisan urdu. rajin-rajinlah melancong ya:)

Harus diberi perhatian kata-kata nasihat tokoh bahasa Pendeta Za’ba dalam mukadimah buku Panduan Membaca dan Menulis Jawi (1957): “Kita tidak perlu membuang atau meninggalkan tulisan Jawi walaupun Melayu amnya menggunakan tulisan Rumi. Ini adalah kerana tulisan Jawi adalah KEPUNYAAN kita dan merupakan sebahagian daripada warisan kita.”

Berapa ketul kamu ingat yang mahukan Jawi di Malaysia ini?
ini pendapat bodoh sekali..bukan isu berapa ramai yang mahu..jadi kalau sikit orang yang mahu, maka pendapat itu dikira salahkah? itulah yang aku sebutkan,

95% rakyat malaysia yang tamat tingkatan 5 selepas 1966 telah dibutakan dan ditipu bahawa skrip latin itu adalah skrip bahasa melayu. tapi aku sendiri, walaupun ting. 5 pada 2010, namun setelah pelbagai kajian dan pemerhatian dilakukan, aku mendapati kesimpulannya mudah..

19 07 2012
ahchowfat

quote authority;

1. Seorang pakar tulisan Jawi berbangsa Korea, Prof Dr. Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan Jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia. Menurutnya, tulisan Jawi sedang “tenat” dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti. Menurutnya, “Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan Jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?”

2. Pendeta Za’ba dalam mukadimah buku Panduan Membaca dan Menulis Jawi (1957): “Kita tidak perlu membuang atau meninggalkan tulisan Jawi walaupun Melayu amnya menggunakan tulisan Rumi. Ini adalah kerana tulisan Jawi adalah kepunyaan kita dan merupakan sebahagian daripada warisan kita.”

3. pandangan profesor Syed Muhammad Naguib al-Attas yang mengatakan bahawa sebelum Islam tiba di Kepulauan Melayu, tiada terdapat suatu bahasa umum yang dapat digelar bahasa Melayu. Menurut beliau, “Bahasa ‘Melayu kuno’ yang difikirkan orang itu sebenarnya tiada dapat dirumuskan sebagai Melayu, kerana zaman itu nampaknya belum timbul konsep bahasa Melayu. Prasasti-prasasti kala sebelum Islam tiada memberi kesimpulan yang cukup dan jelas terhadap bentuk sifat bahasaorang Melayu; hanya seolah-olah tulisan-tulisan yang terpahat padanya,adalah bentuk sifat bahasa campuran bahasa Pali dan lain-lain yang mungkin pula merupakan bahasa golongan tertentu yang tiada membayangkan bahasa orang sehari-hari. … Nampaknya besar pulakemungkinan bahawa pada zaman pra-Islam tiada terdapat satu tulisan tunggal, satu abjad, yang menyatu padu serta dengan kukuhnya mengikat bahasa meliputi golongan-golongan yang dapat diberi gelaran Melayu.”

4. kata dr Faisal Tehrani; “Kalau dulu tulisan Jawi diketepikan kerana sekularisasi pendidikan dan minda pemerintah, kini tulisan Jawi akan dipenjurukan lagi oleh pakatan liberal-pragmatik yang akan terus mempertikaikan sisa budaya Melayu-Islam yang masih ada.”

kata beliau lagi, Biar saya beritahu anda kenapa tulisan Jawi tercatat di papan tanda jalan tersebut. Biar saya beritahu kalau anda tidak tahu sejarah (baca: buta). Tulisan Jawi adalah salah satu tulisan terawal yang pernah ditemui di rantau ini.

Tulisan ini diterima pakai dan berkembang pesat sejak zaman Kerajaan Islam Pasai yang kemudian digunakan pula oleh Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M menunjukkan nilai sejarah tulisan ini, berbanding tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Tulisan Jawi telah menjadi mangsa sekularisasi selepas kemerdekaan. Tahukah anda, semasa British memerintah pun tulisan Jawi masih merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia misalnya tertulis dalam abjad Jawi.

jadi, teruskanlah pertahankan tulisan rumi kesayangan kau tu..eksklusif sgt kan? aku dah malas nak cakap panjang lagi dah. tapi serius, memang minoriti gila yang nakkan kembali tulisan jawi macam aku..mungkin 0.001% daripada seluruh rakyat malaysia..dan aku memang tak malu mengaku, mungkin aku antara 0.001% yang mendapat kesedaran tu..tapi aku tak kisah..

dan aku tak akan jadi pejuang bahasa melayu sampah macam korang (maaf bahasa terlalu kasar, maaf sekali lagi) yang hanya memperjuangkan isi tanpa kulit, roh tanpa jasad sebenar. aku perjuangkan bahasa melayu as a whole..secara kaaffah, secara bulat, keseluruhannya dan bukan main cuit2 je..sebagai bahasa perpaduan bangsa melayu yang pertama dan yang asal seperti mana yang diketengahkan oleh prof. Syed Naquib Al-Attas.

sebagaimana yang diperjuangkan oleh Tun Sri Lanang, Raja Ali Haji, Abdullah Munsyi, Nuruddin Raniri, Hamzah Fansuri, Za’ba dan lain2.

tapi aku faham minda kau sekarang memang tak lepas daripada soal politik. jadi pemikiran kau memang bias dan berat sebelah. kau terlalu mengutamakan prioriti BM sebagai bahasa rasmi kebangsaan. tapi dalam masa yang sama kau menolak fakta bahawa bahasa kita dah hilang separuh nilainya pun. dan kau sibuk memperjuangkan hanya 50% nilai Bahasa Melayu itu sendiri. tapi dalam 50% tu,memang aku sokong pendapat kau 100%. cumanya, buka sikit minda kau tu dalam soal tulisan jawi ni.

kalau kau tak kisah, berapakah umur anda?

19 07 2012
ahchowfat

1. skrip asal bahasa melayu adalah tulisan jawi sebagaimana sebelum dipinda pada 1966 oleh Tan Sri Khir Johari dalam Perlembagaan Perkara 152;

Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.

2. kalau ia bukan skrip asal bahasa melayu kenapa tertulis penggunaan jawi tidak dilarang? kerana ia memang skrip asal bahasa melayu dan mereka tidak sampai hati untuk membuangnya terus.

disebabkan itulah lambang jata negara malaysia mempunyai tulisan jawi BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU di sebelah kanannya. oh tidak! kenapa ada tulisan jawi di situ? kenapa kita curi tulisan ARAB? kenapa tidak biar tulisan rumi milik kita saja yang terpampang di jata negara?

oh, aku ada satu cerita..aku sedang menaip sms di sebuah kenderaan awam di mesir. tiba2 ada arab sebelah tanya aku, kau tulis dlm bahasa inggeriskah? kemudian aku gelakkan beliau, dan aku nyatakan; inilah tulisan rumi milik bangsa melayu kami. tulisan ini kami punya walaupun karakternya 100% sama dengan tulisan latin.

logo DBP pula tertulis BAHASA JIWA BANGSA dalam tulisan jawi sahaja, tidak dalam rumi. mengapa? kerana tulisan jawi itulah jiwa bahasa melayu. kalau anda kata bukan, tanyakan kepada DBP, suruh mereka buang saja jawi persetan itu. hidup tulisan melayu rumi kita!

sebab itulah logo UMNO sebagai parti pemerintah terhasil daripada tulisan jawi; PEKEMBAR(pa, kaf, mim, ba, ra). dan sebagai fakta, pihak UMNO jugalah yang menghapuskan peranan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi BM!

sebab itulah nama PAS sebagai parti pembangkang terhasil daripada tulisan jawi (pa, alif, sin) dan bukan PIS…kenapa? kerana ia parti melayu. dan skrip bahasa melayu adalah tulisan jawi.

sebab itulah wang ringgit yang baharu pun masih lagi mengekalkan tulisan jawinya di belakang. jawi bukan skrip asal BM? sekali lagi persetankan tulisan jawi! hapuskan huruf jawi daripada wang ringgit kita! biar dikekalkan tulisan rumi/latin kita yang terchenta..

sebab itulah jata negeri2 di malaysia masih kekal tulisan jawinya. jawi bukan skrip melayu? persetan semua tulisan jawi! mari kita buat logo baru tanpa jawi! hidup tulisan melayu latin kita!

3. dan itu semua masih berkekalan hingga sekarang. jadi isunya ialah, mengapa tidak kita KEMBALIKAN bahasa melayu kita ke pangkuannya yang asal, iaitu tulisan jawi?

19 07 2012
ahchowfat

apesal aku kene blok doh??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: