Peruntukan Perlembagaan Perlu Dipelihara dan Dilaksanakan

2 08 2012

 

Kelulusan Sek. Men. Chong Hwa untuk sukatan KBSM

Dalam memenangi hati masyarakat tertentu dalam Malaysia yang plural dan majmuk ini perlu kepada ketelusan dan keikhlasan, walaupun isu isu tertentu seperti pelajaran sering menjadi bahan yangdipolitikkan dan senjata politik, terutama oleh golongan minoriti yang tegar dengan agenda chauvinis mereka. Isu Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan sebenarnya tidak dijelaskan dengan tepat.

Laporan NST:

29 July 2012 | last updated at 12:58AM

RM30m Chinese high school in Kuantan

APPROVED: School will be built on 6.07ha site near the city

 The Education Ministry has approved the building of a  new independent Chinese high school in Kuantan.

MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek made the announcement on Friday together with Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong.

“We have informed the prime minister and deputy prime minister of the application by Chong Hwa Independent High School.

“After one month of continuous efforts and working to ensure all requirements were fulfilled, the ministry agreed to the application by Chong Hwa to build a school in Kuantan.

The school will offer both the United Examinations Certificate and Sijil Pelajaran Malaysia examinations,” Chua said at the ministry.

Wee also said the Education Ministry had “approved as per request” the proposal made by the Kuala Lumpur Chong Hwa Independent Chinese High School.

“A school building committee to discuss school issues will be established. It is hoped that in two years, the school will be in operation.”

The RM30 million school will be built on a 6.07ha piece of land, located 6km from the city.

Chua said MCA took up the issue as it concerned the people’s education.

“It is our obligation to the community and nation.”

At the ministry, Education director-general Tan Sri Abd Ghafar Mahmud presented the approval letter to Chong Hwa Independent High School, Kuala Lumpur board of governors vice-chairman Lim Yew Jin.

Read more: RM30m Chinese high school in Kuantan – General – New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/rm30m-chinese-high-school-in-kuantan-1.114634#ixzz22JSHrjkt

***********************

Kelulusan permohonan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan sebenarnya bukanlah sebagaimana yang diumumkan iaitu sekolah persendirian Cina (Independent Chinese School). Dipercayai kelulusan keatas permohonan yang dimajukan oleh Tan Sri Tong Yoke Kim pada Jun 2012 ialah untuk sebuah sekolah menengah swasta Cina.

Difahamkan, antara syarat syarat yang diluluskan untuk permohonan ini ialah Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan ini perlu melaksanakan sukatan pelajaran kurikullum baru sekolah menengah (KBSM) dan bahawa penghantar ialah Bahasa Melayu. Kelulusan ini sesuai dan sealiran sebagaimana peruntukan bawah  Akta Pelajaran (1996).

Kementerian Pelajaran memahami permintaan masyarakat Cina Malaysia agar sekolah vernakular atau jenis kebangsaan Cina dikekalkan, demi memenuhi keperluan masyarakat Cina agar anak anak mereka diberikan peluang untuk mempelajari budaya dan bahasa ibunda mereka memalui pendidikan formal. Namun, peruntukan Perlembagaan dan dasar kerajaan juga perlu dipelihara dan dilaksanakan, agar keadilan secara menyeluruh untuk semua golongan dalam kemajmukan Malaysia kekal tanpa mana mana pihak menimbulkan prejudis dan perasaan kurang senang.

Dianggarkan pembetulan maklumat ini akan menimbulkan kontroversi oleh NGO Chauvinis Cina Dong Zong dan terus mempolemikkan permohonan untuk Sekolah Menangah Chong Hwa Kuantan diberikan taraf sebagai sekolah persendirian Cina (independent Chinese school). Kementerian Pelajaran hendaklah tegas dalam isu seperti ini.

Untuk memenuhi kepentingan politik mereka, MCA mungkin akan terus memperjuangkan agar kelulusan diberikan sebagaimana yang dipohon dan bukan kehendak golongan Chauvinis Cina seperti Dong Zong. Dalam keghairahan untuk meraih undi masyarakat Cina, MCA perlu memainkan peranan untuk mempertahankan sebagaimana yang sedia diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan dasar Kerajaan Persekutuan.

MCA perlu menjelaskan kedudukan sebenar Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, yang tertakluk bawah Akta Pelajaran (1996), termasuk perlaksanaan sukatan pelajaran KBSM.

Kematangan politikus dalam MCA sebagai rakan kongsi UMNO yang mewakili aspirasi majoriti orang Melayu, dalam Barisan Nasional semenjak enam puluh tahun lampau perlu menyerlah. Agenda untuk mengintegrasikan semua masyarakat demi kepentingan strategik Malaysia bergerak kehadapan, terutama dari bangku sekolah wajar dijadikan prioriti walaupun usaha mengekalkan kuasa dan sokongan masyarakat Cina juga penting.


Actions

Information

2 responses

6 08 2012
pemuda_youth

kalau quality sek kebangsaan makin lama makin haprak…..bagus jugak alternatif. kalu si dungu jadi menteri pelajaran cam ni lah jadi.

8 08 2012
Aman

Anda perlu berlajar membuat komen dengan memberi hujah hujah. Boleh memberi pendapat tetapi perlu lah ada fakta.

Apa yang anda keluarkan di atas ada lah hanya pendapat anda. Pendapat tidak di hemah orang jika tidak ada bukti, justifikasi atau penerangan mengapa tidak baiknya, di mana tidak baiknya, apa sebab anda fikir tidak baik.

Mengeluarkan pendapat secara menohmah liar biasa di lakukan oleh parti parti Pembangkang. Mereka tidak di hormati khalayak ramai sebab menggunakan cara itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: